Review Hotel Eco Tree Melaka | Baru-baru ini nieyl baru berkesempatan redeem voucher hotel dari Traveloka . Melaka menjadi pilihan sebab kos perjalanan murah, ada tempat yang nieyl nak pergi walaupun pergi melaka dah berkali-kali. Dan kebetulan adik ipar yang kerja di Melaka cuti juga so, boleh lah pergi jalan-jalan.
Hotel yang menjadi pilihan nieyl ialah ECO TREE HOTEL. Seperti biasa kali ini nieyl menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dari Traveloka. Nieyl memang sangat rekemen kalau siapa yang nak pergi travel atau holiday menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh traveloka dan ianya sangat mudah,cepat dan mesra pengguna. Nieyl survey hotel ini dekat sebulan juga sebab nak cari yang terbaik dan murah.
Bahagian depan Hotel yang penuh dengan pokok-poko hijau dan air pancut yang sangat cantik, kemas sususan dan sejuk sahaja mata memandang Hotel ni.
sumber : google
Kebetulan hari sabtu tu nieyl dengan husband tersampai awal, sepatutnya check in pukul 2 petang tapi pukul 1.30 tu nieyl dah sampai, so terus check in..bilik pun dah ready, so kita terus naik cari bilik.
Kelakar juga sebenarnya time naik lif dekat Hotel ni, kebanyakkan Hotel kita naik lif lepas tu tekan tingkat berapa yang kita nak kan?nieyl dengan husband masuk lif,keluar semula sebab lif tak boleh tekan. Pergi dekat reception tanya,rupanya kena touch dulu..hahaha..kalau dekat Eco tree ni lepas korang naik lif,make sure korang touch dulu smartcard bilik korang dekat tempat scan tu,lepas tu baru tekan tingkat berapa kita nak pergi..hahaha..
Eco tree Hotel mempunyai 163 room,antaranya superior Queen/Twin, Executive Deluxe King/Twin, Executive Suite, Family Suite,Premier Suite dan Studio Suite. Bilik yang nieyl ambil ni Executive Deluxe King. Harga semalam RM145.24 yang nieyl dapat time booking.. So, kalau korang nak dapat harga tawaran yang best-best jangan lupa selalu la tengok di website traveloka.
Masuk sahaja bilik hotel perkara pertama yang biasa di buat adalah check toilet dan bilik air dulu,sangat bersih dan teratur sahaja barangan yang ada dalam bilik air.
Bilik air hotel ini banyak sangat cermin, jangan terkejut kalau almari baju pun dieorang letak di kawasan bilik air juga dan ada cermin juga. So, pada pandangan nieyl..bilik Executive Deluxe King ini sangat sesuai untuk suami isteri yang honeymoon sebab pintu bilik air dia tak ada lock..hihi..dia just pintu slaiding je..😍😍
Kalau ada banyak barang-barang yang berharga, bilik hote juga ada menyediakan peti besi untuk pelanggannya menyimpan barangan yang berharga. Nieyl tak guna pun sebab tak ada yang berharga pun selain dari duit.
Di bahagian atas hotel, ada swimming pool tau..time nieyl pergi jalan-jalan sekitar hotel ni tak ada orang pun sebabnya dia ada waktu yang dibenarkan iaitu dari 7.00 am - 6.00 pm ..
Kemudahan lain yang ada di Eco Tree Hotel
- Coffee house
- Bilik Mesyuarat
- Milan & holand Restaurant
- Skydeck 360
- Gym
- Laundry Services
- Bilik Solat
- Free Wifi
- 24 hours Security and CCTV
- Ample Free Parking
- Rak Tourist information
Kenapa pilih Eco Tree Hotel?
- Harga bilik yang ditawarkan adalah mampu milik
- Keadaan bilik dan hotel sangat kemas dan bersih
- Kedudukan Hotel sangat strategik dengan tempat-tempat yang nieyl nak pergi
- Hanya perlu jalan kaki sahaja untuk pergi ke tarming sari, Dataran Pahlawan, makan asam pedas popular di Melaka.
* nanti nieyl sambung story lagi tentang percutian nieyl dekat Melaka Okay..
1, Jalan Melaka Raya 9,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka, Malaysia.
Telephone:+606 - 292 1888
Fax:+606 - 281 9991
wahh cmtu ke nak guna lif kat sna ? kalo ju pun confirm kluar balik tny reception sb xtau =D
ReplyDeleteBtw best nmpk swimming pool tu =D
Thanks atas infonya. Lama x singgah sini. Cantik betul hotel dia... berbaloi dgn harga. Part lif tu, huhu sama dgn fiza 1st time tahu kena scan kad bilik jugak nak naik lif. Lagi selamatlah maknanya tu Nieyl :)
ReplyDeletesinggah sini. nice review. boleh jadi panduan bila ke melaka ni...
ReplyDeletebestnya..:)
ReplyDeletemenarik juga ni nieyl hotel ni..ada swimming pool
ReplyDeleteCantiknya view kolam renang.. Kalu saya ada kat situ, memang dah terjun dah.. hihi
ReplyDeletecanggih pula nak guna lif tu hehehe. cantik hotelnya
ReplyDelete