14 May, 2017

My Local Travel Story #MYTravelAdventure

My Local Travel Story - Melaka #MYTravelAdventure  | Kalau sebut sahaja Melaka, siapa je yang tidak tahu kan. Negeri Melaka merupakan bandar bersejarah dan dikenali juga sebagai Bandar Warisan Dunia. Kalau zaman kanak-kanak time sekolah rendah dulu, tempat lawatan sekolah selalunya akan tertumpu di Negeri Melaka. Betul tak?

Walaupun sudah beberapa kali nieyl jejakkan kaki di negeri bersejarah ini, banyak tempat-tempat yang kita boleh lawati bersama keluarga, suami ataupun kawan-kawan. Ada kalanya mereka yang mengunjungi Melaka hanya balik hari, maksudnya datang pagi pulang lewat petang. Tapi bagi mereka yang ingin menginap di Melaka. Jangan risau kerana dengan menggunakan perkhidmatan Traveloka , urusan booking bukan sahaja mudah malah murah dan berbaloi. 


Sebelum menuju ke Pusat Bandar, kebiasaanya mereka yang membawa anak-anak terutamanya akan singgah ke Taman Buaya Melaka ini, termasuklah nieyl kalau pergi bersama family. Dalam taman buaya ini menempatkan 100 spesis buaya dari seluruh dunia. Selain dapat melihat buaya, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan yang indah di Taman Burung dan tarikan lain taman ini adalah rumah hantu dan train Ride ke Dunia Jurassic.


Kalau dah sampai Melaka,jangan lupa naik Melaka River Cruise tau, bot-bot yang membawa pelawat akan mengelilingi Sungai Melaka, korang akan nampak bangunan-bangunan bersejarah, gudang lama,gereja dan kampung-kampung.Sambil kita naik bot tu kita akan dapat lihat lukisan-lukisan dinding yang sangat cantik, pelbagai lukisan yang membawa maknanya yang tersendiri. Waktu operasi river cruise ini adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam sahaja. 


Kalau dah sampai Melaka adalah sangat rugi kalau tak pergi restoran asam pedas. Masakan asam pedas adalah antara yang terkenal di negeri Melaka ini. So,adalah sangat rugi kalau dah sampai Melaka tidak cari restoran Asam pedas. Nieyl nak share 2 restoran yang selalu nieyl singgah bila datang ke Melaka ini iaitu Restoran Asam Pedas Selera Kampung dan Restoran Hajjah Ruhana Asam Pedas. Bukan sahaja di Melaka sahaja makanan dia sedap-sedap, di Malaysia ni semua makanan dia sedap-sedap belaka. 


Bila perut sudah kenyang, tenaga dah ada kita teruskan misi yang paling-paling orang perempuan suka,apa dia?Shopping la.. Kalau di Johor,kita ada JPO( Johor Premium Outlet) , di Melaka kita ada MPO (Melaka Premium Outlet) atau lebih di kenali sebagai Freeport A'Famosa Outlet. Di sini menawarkan lebih 70 fesyen, sukan dan aksesori. Ianya merupakan sebuah pusat membeli-belah yang terbuka menampilkan tasik,air pancut dan kincir angin dengan seni bina bertemankan warisan Belanda di Melaka. Sambil shopping bolehlah ambil gambar berlatar belakangkan air pancut dan kincir angin tu..sangat cantik...


Tidak melepaskan peluang,melihat matahari terbenan..Sangat Indah dan cantik jika ke Melaka jangan lepaskan peluang untuk ke Pantai klebang dan dikawasan pedalaman pantai itu terletak satu tempat yang sangat cantik ianya seperti padang pasir di mesir tetapi realitinya hanya di Malaysia. Perjalanan yang sangat mencabar kerana  jarak tempat letak kereta ke kawasan padang pasir itu mengambil masa lebih dari 30minit..so,pada nieyl pengalaman yang tidak boleh di lupakan. 

Kalau nak sharing percutian di Malaysia ni, terlalu banyak tempat yang menarik di bumi Malaysia ini. Apa yang penting, sebelum pergi bercuti rancang percutian korang dengan teliti, termasuklah tempat penginapan, tempat makan dan tempat yang hendak di lawati. Perancang yang baik membuatkan percutian lebih bermakna dan berbaloi. 

So, kalau nak bercuti secara percuma yang bernilai RM1000, korang boleh sertai #MyTraveladventure sekarang dan bakal taman pada 15 Mei 2017. Untuk maklumat lanjut oleh pergi ke website ini. 

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)