16 December, 2020

LIVEON Bantu Kulit Wanita Kekal Muda dan Melambatkan Penuaan

by on December 16, 2020

LIVEON Membantu Kulit Wanita Kekal Muda dan Melambatkan Penuaan | Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan, begitu juga dengan kecantikan dan kesihatan. Untuk mendapatkan kecantikan yang menawan dan muda kita perlu menjaga kesihatan dari dalam, barulah ianya terserlah diwajah kita. Baru-baru ini syarikat pengeluaran produk kecantikan dan kesihatan iaitu Wellous telah melancarkan satu produk terbaru iaitu minuman botanik  LIVEON

LIVEON adalah Minuman botani campuran yang diformulasikan daripada empat ramuan utama iaitu ekstrak kulit pokok pinus, SOD Extremel, kunyit hitam dan buckthorn laut dihasilkan bagi membantu melambatkan proses penuaan. Selalunya wanita akan tertarik pada sesuatu produk apabila mengetahui khasiat dan kesan yang postif untuk melambatkan proses penuaan. Siapa yang tak suka kan?

Kegigihan Wellous dan konsep yang teguh berkenaan kesihatan amat digemari dan disokong boleh syarikat penyelidikan dan pembangunan antarabangsa yang terkemuka iaitu Enzo Nutraceuticals, Bionov, Puredia dan Tokiwa Phytochemical . Untuk pengetahuan Wellois telah menjalankan 13 tahun penyelidikan bertaraf dunia dalam mencipta formula terunggul anti- penuaan pada abad ke 21, LIVEON


Khasiat yang terdapat pada kulit pokok pinus dapat meningkatkan prestasi kognitif sementara SOD Extremel yang merupakan antioksidan terkuat dapat melambatkan proses dan tanda-tanda penuaan.Sementara kunyit hitam membantu meneutralkan radikal bebas dan Puredia Seaberry yang merupakan ekstrak buckthorn laut membantu mengaktifkan pertumbuhan sel kulit. LIVEON dikatakan dapat membantu menghidupkan semula DNA untuk meningkatkan prestasi organ dan sel untuk mengembalikan tenaga muda.

"Penuaan adalah proses semula jadi yang dialami oleh semua orang seiring dengan pertambahan usia disebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian besar organ dalam badan mengalami kerosakan sel"


LIVEON diperkaya dengan kandungan antioksida untuk membantu menambah nutrien dan tenaga bagi sel-sel yang lemah untuk mengundurkan penuaan.Produk keluaran Wellous ini diformulasi dengan  dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi , superoksida dismutase (SOD), kunyit hitam Sirtmax, biji anggur, vitamin C dan teh hijau. bahan-bahan ini dapat membantu dalam anti-oksidasi, anti-radang dan anti-glikasi bagi memperoleh kesan anti -penuaan dengan mengaktifkan sel-sel badan. 

PERUBAHAN LUARAN

  • Mengekalkan keanjalan kulit
  • Menaikkan keserian
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan bintik hitam
PERUBAHAN DALAMAN
  • Meningkatkan metabolisme
  • Mebaikpulih mekanisme badan
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Mengekalkan kecergasan dan awet muda

6 Fungsi utama liveon untuk anti -penuaan
  • Menguatkan sistem imun 
  • Merancang sel otak
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Menghalang saluran darah tersumbat
  • Menghalang kedutan dan bintik hitam
  • Mengembalikan tenaga
Produk LIVEON juga telah mendapat kelulusan KKM dan juga kelulusan HALAL dari Panel JAKIM. Jadi tidak perlu rasa ragu-ragu untuk mencuba LIVEON untuk  keremajaan kulit kita bersama.







Untuk pengetahuan semua, nieyl telah merasai sendiri produk LIVEON ini selama 7 hari. Apa yang boleh nieyl kongsi dengan pembaca blog nieyl, rasa minuman ni sangat sedap dan ada rasa sedikit masam-masam dari buah anggur. Keberkesanan yang boleh nieyl nampak pada diri adalah walaupun nieyl tidur pukul 12 atau pukul 1 pagi, dan bangun pada pukul6 pagi sepanjang hari di pejabat , nieyl tidak langsung rasa penat mahupun mengantuk. Walaupun kita tidur kurang 7 jam tetapi kualiti tidur tu kita dapat. 

Dan yang kedua adalah pemulihan kulit yang terluka akibat kekeringan dibahagian jari sembuh dengan cepat.Manakala untuk jerawat yang baru nak tumbuh mula merosot dalam masa sehari dan kulit muka nieyl semakin hari semakin cerah dan halus walaupun tidak mengenakan sebarang solekan. 


Secara peribadinya nieyl memang syorkan produk LIVEON ni kepada mereka yang ingin menjaga kesihatan tetapi tak ada masa kerana terlalu sibuk menguruskan urusan harian dan pada mereka yang sering kali terdedah kepada cahaya matahari secara langsung serta mereka yang menjaga penampilan tetapi tidak cukup tidur. Mudah sangat dengan LIVEON ni korang boleh menjaga luaran dan dalaman dalam satu sachet. 


Cantikkan kotak LIVEON ni, setiap kotak mengandung 16 Sachet dan cara pengambilan adalah sehari satu sachet selepas makan. Insya'Allah jika korang konsisten ia akan menampakkan hasil yang terbaik okay, selamat mencuba!


website :www.wellous.com
Facebook : 
WellousMalaysia








09 December, 2020

Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care

by on December 09, 2020


Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care | Aduh!sakit kepala ku..apa ingat iklan tv ke nak aduh aduh tu. Siapa yang pernah tengok minyak angin ni?rasanya semua orang pernah tengok, beli dan guna betul tak? Untuk diri nieyl sendiri memang minyak angin ini menjadi pilihan nieyl bila sakit kepala, mahupun perut kembung. Dia ada pelbagai jenis flavour, so boleh pilih mengikut kesukaan korang la. 

Fungsi Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care 
  • Meringankan sakit kepala
  • Melegakan perut kembung/ masuk angin
  • Mengurangkan mabuk dalam perjalanan
  • Melegakan selsema
  • Melegakan kesan gigitan serangga
Cara untuk menggunakan
  • Gosokkan pada kening, dada, hidung ataupun bahagian yang sakit

Minyak Angin Aromatherapy ini amat penting untuk yang ada migrain seperti nieyl yang boleh serang bila-bila masa sahaja. Bila ada minyak angin ini nieyl dah tak ambil lagi panadol untuk melegakan sakit kepala. Dengan sapu minyak di kening, dahi, hidung dan tidur seketika bila bangun Insya'Allah sakit kepala mungkin berkurangan sedikit ataupun hilang terus. Jadi, minyak angin ni sentiasa ada dalam handbeg satu, di pejabat satu, dalam kereta 1 dan di rumah satu. 

*recommed



 

07 December, 2020

Si Pejuang Garis Dua

by on December 07, 2020

 


Si Pejuang Garis Dua | Bukan sesuatu yang mudah untuk diceritakan tentang perjuangan untuk mendapatkan garis dua tetapi hati ini terdetik untuk berkongsi sedikit tips bagaimana diri ini begitu sabar, tabah untuk mengharui hari-hari sebagai pejuang garis dua. Ia bukan sesuatu yang kau cakak, esok lusa kau akan dapat. Setiap pejuang terutamanya wanita adalah berbeza dan setiap wanita yang bergelar pejuang garis dua juga mempunyai dugaan dan ujian yang berbeza.  

Next month merupakan tahun yang ke-9 bergelar pejuang garis dua. Setiap tahun azam tahun baru tidak pernah berubah since bergelar isteri dan begitu juga soalan-soalan orang disekeliling tetap sama. Bohong!tipu!kalau tidak pernah terasa hati dengan setiap persoalan berkaitan tentang anak, ofcouse sebab ia tentang hati dan perasaan. Pada awal 3 tahun awal perkahwinan memang soalan-soalan itu membuatkan diri ini stress, mudah terasa , cepat sentap dan naik angin. 

Apa soalan yang sering di tanya?
  • Anak dah berapa orang?
  • Dah berapa lama kahwin?
  • Dulu kahwin sekali dengan adik ipar kan?dia dah ada anak kan?
  • Tak pergi berubat ke?
  • Tak pergi berurut ke?
  • Lama tak ada anak, entah-entah mandul
Wow!hebatkan soalan-soalan wartawan yang tak ada lesen ni, pada awalnya memang Allah sahaja yang tahu apa perasaan ini bila ditanyakan soalan-soalan sebegitu rupa. Rasa seperti nak duduk dalam rumah taknak berjumpa dengan orang. Malu dengan diri sendiri atas kekurangan ini. Rasa diri ini sangat kerdil, tidak sempurna untuk menjadi isteri dan menantu dalam keluarga husband. Setiap kali tahu kawan-kawan mengandung dan bersalin, rasa sayu di hati itu sukar nak di gambarkan bagaimana. Tapi sentiasa cakap dengan diri, one day Allah will give me too..Insya'Allah..

Dalam pada orang menjemur dengan kekurangan diri ini. Allah kurniakan diri ini suami yang memahami, tidak pernah persoalkan tentang kekurangan diri, tidak pernah memaksa. Bukan itu sahaja, dikurniakan mak mertua yang tidak pernah menjadikan kekurangan diri ini satu masalah besar untuk berikan kasih sayang. Dari situlah diri ini mendapat seribu kekuatan dan kesabaran untuk berdepan dengan dunia. 

Sumber kekuatan diri 
  • Percaya pada rezeki Allah swt pada setiap hamba-Nya
  • Selagi wanita itu ada rahim, Insya'Allah ia boleh jadi seorang ibu
  • Jadikan setiap soalan-soalan orang dikeliling itu satu doa yang mohon Allah makbulkan
  • Fikir positif , orang bertanya tanpa orang ambil berat
  • Happykan diri sendri dengan membuat perkara-perkara boleh mendatangkan kegembiran pada diri dan suami.
Apa yang paling penting, sentiasa bersyukur apa yang Allah beri pada kita. Walaupun Allah tidak kurniakan zuriat pada kita, tidak semestinya kita tidak boleh bahagia seperti pasangan lain. Lihat disekeliling kita, Allah kurniakan kita anak-anak sedara yang ramai yang boleh menjadi tempat kita curahkan kasih sayang. Allah beri lagi kesenangan dalam hidup seharian kita, masa yang banyak untuk kita berbakti pada mak ayah kita, jika kita fikirkan banyak yang Allah beri pada kita yang mungkin kita tak perasan sebab fokus kita hanya pada zuriat. 

Apa yang nieyl cuba sampaikan, kepada mereka yang senasib dengan nieyl, korang jangan sesekali sedih, kita teruskan usaha, percaya pada Allah, hiduplah dengan kegembiraan, sentiasa berfikiran positif kerana ianya amat membantu kita untuk fokus dalam apa yang kita buat. Insya'Allah sesiapa sahaja yang membaca entry ini, doakan segalanya untuk nieyl dan kawan-kawan yang lain supaya ada rezeki, Allah kurniakan zuriat yang comel-comel untuk kami. ♥

Cara Pakai Pelitup Muka Yang Betul

by on December 07, 2020

Cara Pakai Pelitup Muka Yang Betul | Pelitup muka ketika ini amat penting untuk semua. Pada awal pemakaian agak tidak selesa tetapi lama kelamaan Ianya telah menjadi perkara wajib untuk kita setiap kali keluar dari rumah. Namun, cara pemakaian yang betul haruslah dipraktikan juga bukan hanya sekadar pakai sahaja. 

Kerap kali kita melihat orang disekeliling kita, meletakkan pelitup muka di bawah dagu ketika makan betul tak? Apa salahnya kalau nak makan tu, korang tanggalkan seketika, letak dalam plastik dan letak dalam handbag, supaya tidak kotor dan boleh digunakan semula. Ini ada yang letak di dagu, makan ada kesan makan, ada juga yang berpeluh, terus pakai semula, itu akan mengakibatkan bakteria berkumpul di pelitup muka dan membuat kulit kita mula bermasalah. 

Selain itu juga, sekiranya memakai pelitup muka pakai buang sebaiknya 1 hari 1 pelitup muka, jangan guna berhari-hari ya. Dan yang menggunakan pelitup jenis fabrik, jangan lupa untuk tukar filter dan cuci pelitup muka tersebut untuk menggelakkan pembiakan beteria ada pelitup muka.


 

Tauhu Begedil Montoq Paling Sedap Dengkil/ Cyberjaya

by on December 07, 2020


Tauhu Begedil Montoq Paling Sedap Dengkil/ Cyberjaya | Tauhu begedil merupakan salah satu makanan kegemaran nieyl tetapi tak semua tauhu begedil kena dengan selera. Hari ini nieyl nak share dengan korang yang tinggal berdekatan Dengkil dan Cyberjaya, korang wajib cuba tauhu begedil montoq ini. Dia bukan sahaja besar, lembut malah isi dalam tauhu juga tidak kedekut dan sos kicap dia sangat sedap. Makan seketul tak cukup, mesti kena makan 2 ketul.



Tauhu begedil montoq ini dah terkenal dengan kesedapannya yang tersediri, kalau korang yang diluar kawasan cyberjaya ni, korang boleh taip sahaja di IG ataupun google tauhu begedil, pasti ada agent-agent di tempat korang. Setiap pek mengandungi 12 ketul tauhu begedil. 

Kebiasaannya kita makan Tauhu Begedil Ayam dan Daging kan, tapi di Tauhu begedil montoq ni korang boleh order tauhu begedil kambing dan Rusa. Ha..rusa tu susah nak dapat, jarang-jarang kita jumpa kan, jadi jangan lupa order dan cuba.Dan kalau korang suka cheese pun boleh request juga untuk yang siap goreng.



Harga?

TBM FROZEN☃️

(12 pcs dengan sos kicap merecik)

🐓Ayam RM14.00

🐄Daging RM15.50

🐐Kambing RM19.50

🦌Rusa RM21.00


TBM GORENG🔥

(12 pcs dengan sos kicap merecik)

kena order awal 2jam sebab kena defrost dulu TBM Frozen

🐓Ayam RM18.00

🐄Daging RM19.50

🐐Kambing RM22.50

🦌Rusa RM24.00


**Tambah cheese 🧀 +RM1

**Extra cheese 🧀 🧀 +RM2


🚘COD Charge💰

🏡DENGKIL RM3

🏘CYBERJAYA RM5

*Rumah/office bertingkat penghantaran sehingga ke lobi shj😊


http://www.wasap.my/60172541120/TBMDENGKIL


Terima kasih kerana berurusan dengan kami di THE KUAT MAKAN CATERING 



 

Nikmat bila bersyukur

by on December 07, 2020

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Permulaan hari baru bekerja pada minggu baharu
Kadang-kadang rezeki yang Allah itu KECIL tetapi 
kalau kita bersyukur nikmatnya adalah BESAR..
DUGAAN yang kita rasa berat, bila kita bersyukur dan berfikiran positif..
Ia akan menjadi dugaan yang kecil untuk kita selesaikan...
Allah menurunkan ujian dan dugaan pada hamba-Nya mengikut tahap kemampuan kita..
cuma kita sentiasa percaya bahawa, Allah sentiasa ada 
untuk membantu dengan cara
kita berusaha. 

03 December, 2020

01 December, 2020

My New Office Room

by on December 01, 2020


My New Office Room  | Guys!I dont believe it , this is my room now..Alhamdulillah, dapat view pokok-pokok walaupun tingkat 2 je pun, tunduk sikit nampaklah parking lot kereta bawah tu. Actually, look yang sekarang ni telah di ubah oleh nieyl mengikut keselesaan. Kalau ikutkan plan, ada beberapa decoration yang nieyl nak buat dalam bilik ni. Tak apa nanti bila dah 100% , i will share okay.

Let's move,  first section yang menjadi kegemaran nieyl bila bekerja di mana-mana sahaja. Tak kisah la tempat lama ataupun baru iaitu section atas meja. Benda yang wajib ada di atas meja nieyl adalah bunga, alat tulis berwarna warni, Sticker noted dan gula-gula. Mesti korang tertanya kenapa banyak pen warna warni tu kan, sebenarnya nieyl memang dari sekolah rendah lagi memang suka pen warna warni untuk buat nota ataupun tulis peringatan yang berwarna -warni. Nampak lebih kemas dan teratur je bila orang tengok pun tak serabut. 


Beralih ke section yang kedua yang nieyl suka dalam bilik ini adalah ruang meja panjang ni. Sebelum terjadi seperti gambar di bawah ini, tempat ini adalah timbunan segala mak nenek fail atas meja ni, memang buat mata ni serabut tengok. Jadi, kita clearkan dan kita deko kan mengikut konsep simple but nice orang putih kata ha..Tapi bilalah mood kita kan boleh berubah, jadi deko pun sama juga nanti kalau dah jemu nantu, kita tukar yang lain pula.


Next tempat dimana nieyl letakkan 2 bakul yang berisi biskut dan minuman oat yang setiap pagi nieyl minum untuk gantikan sarapan pagi. Bakul dia simple je dan di atas bakul tu nieyl letakkan buku 365 hari Dr. F sebagai bahan bacaan nieyl setiap hari, kalau ikutkan perancangan bahagian ni nanti nieyl akan buat satu sudut bahan bacaan nieyl, tapi belum terlaksana lagi..coming soon la ya. Ok sebelah bakul ini pula, rak kertas warna dan juga letter head jabatan untuk kegunaan nieyl dan bahagian. Atas rak tu nieyl letak je tempat kunci bilik dan kunci kereta. 


Move..move ke next section yang menjadi perhatian orang bila masuk bilik ini adalah taman mini nieyl, ala tapi taman ni belum sempurna lagi, banyak lagi yang pending. Ada beberapa pokok lagi dekat rumah yang baru disemai dan belum boleh bawa ke pejabat lagi..Coming soon i share okay. 


The last part yang wajib adalah tempat tampal sticker noted. Disebabkan nieyl masih baru lagi di pejabat baru ini, banyak perkara yang nieyl kena belajar, setiap kali dapat benda baru, nieyl akan tulis atas kertas mengikut kefahaman nieyl dan i tampal dekat kalender tu. Tak berfungsi langsung dah kalender meja tu, sekarang jadi tempat i tampal sticker noted je kita guna apa sahaja yang ada depan mata. 


Itu sahaja yang dapat nieyl share dekat korang. Tidak kira work station di luar ke dalam bilik ke kita nak bekerja dalam tempoh yang lama dalam sehari kan, so..kita kena buat work station kita seperti rumah kita sendiri sebab kadang-kadang masa kita lebih banyak di pejabat berbanding di rumah betul tak?jadi, tempat kerja kita kena bersih, kemas dan best ok..bye² ♥






 

Hidup dan Masalah

by on December 01, 2020



Assalamulaikum dan Salam sejahtera..

Kata orang selagi nyawa dikandung badan
selagi itulah masalah akan ada
Satu pesanan nieyl jika dihadiri masalah walaupun sekecil zarah
please selesaikan sebelum sekecil zarah itu menjadi barah okay..
jangan lupa tau!