Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

22 March, 2021

Cosmoderm Perfect Balanced Series Merah Jambu

by on March 22, 2021

Cosmoderm Perfect Balanced Series Merah Jambu | Penjagaan kulit wajah menjadi sangat penting bagi seorang wanita tidak kira sesibuk manapun wanita tidak sesekali mengabaikan penjagaan kulit muka. Ianya bagi memastikan kulit wajah sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat. Apa yang paling penting adalah memastikan produk yang kita pilih adalah yang terbaik dari segi bahan-bahan yang digunakan dan juga selamat untuk kita apply ke wajah kita. 

Sebelum ni nieyl menggunakan brand lain untuk menjaga kulit wajah nieyl, tetapi setelah diperkenalkan dengan rangkaian produk dari Cosmoderm Tea Tree Oil sehingga ke hari ini nieyl setia dengan rangkaian cosmoderm. So, hari ini nieyl nak share dengan korang rangkaian produk terbaru cosmoderm yang super cute warna pink gitewww..


Nieyl pasti korang pernah dengar  tentang kebaikan prebiotik dan calamine dari sudut kesihatan mahupun kecantikan. Untuk pengetahuan semua, kombinasi dua formulasi ini sesuatu yang baru dan banyak manfaatnya. Now!Kenalkan Cosmoderm Perfect Balanced  dengan rumusan prebiotik dan calamine. Cantik kan?Pink color uolss...


Kebaikan Prebiotik dan Calamine


Prebiotik:
Prebiotik dari sudut kecantikan dapat membantu mencerahkan kulit dan  menyeimbangkan ekosistem mikrobioma kulit dan memberi perlindungan yang konsisten.


Calamine:
Calamine pula berfungsi meredakan kegatalan dan iritasi pada kulit. Selain itu dapat mengurangkan masalah kulit berminyak dan kemerahan. Ianya juga memberi perlindungan kulit akibat pendedahan pengcahayaan matahari.


Cosmoderm Perfect Balanced ada 4 produk mengikut 4 langkah penggunaaan :-

1. Foaming Cleanser
2. Toning Lotion
3. Soothing Wow Cream
4. SunMilk SPF 25 PA ++


Perfect Balanced Foaming Cleanser (120ml)- Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect Balanced Foaming Cleanser adalah langkah terbaik untuk kulit yang sihat dan menenangkan. Ia membersihkan pori-pori anda dengan mendalam dan membersihkan kulit sambil melegakan kemerahan.

Perfect Balanced Toning Lotion- Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect Balanced Toning Lotion adalah yang kedua dan paling penting untuk kulit yang lebih sihat dan cantik. Dengan Prebiotik dan 20,000 ppm Calamine, jumlah yang lebih tinggi membantu menenangkan dan melegakan kemerahan sambil meningkatkan keupayaan penyerapan kulit anda.

Perfect Balanced Soothing WOW Cream-Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect Balanced Soothing WOW Cream adalah langkah ketiga untuk menyihatkan dan menenangkan kulit. Dengan 30,000 ppm prebiotik dan calamine, jumlah yang lebih tinggi membantu soothe and calm kulit sambil meredakan noda pada permukaan kulit. Menggunakan WOW (Air -dalam minyak dalam air) dan triple Moisture Boost Complex, ia juga membantu mengembalikan kelembapan kulit anda


Perfect Balanced  SUNMILK  SPF 25PA++ -Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect Balanced SUNMILK SPF 25PA ++ adalah langkah terakhir ke arah kulit yang lebih sihat dan lebih cantik. Dikemas dengan nutrien seperti Vitamin dan Mineral yang membantu melegakan kulit yang terbakar dan kering serta melindungi kulit anda dari UVA dan UVB. Selain itu, ia improves kan  perlindungan permukaan kulit anda mengatasi tekanan persekitaran.


Rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced ini sangat praktik untuk nieyl gunakan sebab ianya telah ditanda dengan step number mengikut urutan yang betul  memudahkan nieyl ataupun korang yang first time nak menggunakannya. Selepas menggunakan set cosmoderm perfect Balanced ini kulit muka rasa fresh, lebih lembut dan bersih. Nieyl sangat yakin dengan semua produk rangkaian dari Cosmoderm ini. 


Boleh dapatkan produk Cosmoderm Perfect Balanced  di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons, Guardian dan Aeon Wellness. Selain itu boleh juga didapati di platform atas talian seperti  www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.

Keterangan lanjut boleh layari :-

09 March, 2021

Review: Kebaikan CC Cream yang bagus untuk sehari-hari Dari Hansaegee Nature

by on March 09, 2021

Review: Kebaikan CC Cream yang bagus untuk sehari-hari Dari Hansaegee Nature | Untuk pengetahuan semua, sejujurnya nieyl tak pernah cari ataupun cuba untuk membeli dan menggunakan sebarang cc cream sebelum ni. Nieyl lebih suka make up menggunakan foundation untuk base make up. 

Dan untuk pertama kalinya nieyl mencuba cc cream by Hansaegee Nature beberapa hari terus jatuh cinta dan ia bukan sekadar cc cream malah ia mempunyai banyak keberkesanan dan kebaikan pada kulit nieyl.

Serius tak sangka rupanya cc cream ini sangat menjimatkan masa untuk nieyl bersiap terutama ketika bersiap nak pergi kerja. Untuk mereka yang mementingkan kecantikan cc cream ini sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit. 

Apabila umur dah semakin meningkat, perkara yang paling ditakuti nieyl ataupun wanita di luar sana  adalah kehadiran kedutan dan jeragat dikawasan permukaan kulit muka. Kepada mereka yang tidak tahu apa makna CC Cream ,CC Cream bermaksud Colour Control Cream,yang mana ianya boleh seimbangkan tona kulit kita dan merawat kulit kita.

Kalau korang tengok  krim ini secara fizikalnya ia berwarna putih dan terdapat sedikit warna coklat  dimana apabila kita apply menggunakan jari  dan blend ke keseluruhan muka akan berubah warna menjadi merah jambu ataupun coklat mengikut warna kulit korang sehingga menampakkan kulit korang menjadi lebih cerah semula jadi dan bukannya putih.

Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

  • *Perlindungan UV Sun SPF50 PA ++
  • *Mengimbangi nada kulit secara semulajadi
  • *Kurangkan penilaian liang
  • *Boleh bertindak sebagai Base Makeup atau Primer Makeup
  • *Mencerahkan
  • *Mencegah kulit penuaan; Meningkatkan keanjalan kulit
  • *Glowing Skin, Smooth Skin
  • *Pastikan kelembapan
  • *Melegakan masalah kulit

Kandungan Bahan (ingredient)

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 bahan utama iaitu :

  • Mineral Water - mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit  
  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
  • Nano Gold - Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi

Cara Penggunaan 

  • Cara penggunaan Gold Nano CC Cream ini sangat mudah,  hanya apply dengan jari sahaja. Tak perlu guna berus pun,kemudian sapukan ke seluruh wajah dengan sekata. 
  • Kalau cara nieyl pakai , dap dap dap kat muka dan sapukan seluruh muka sehingga rata. Senangkan?
 

Apa Tekstur CC Cream ni?

 Wanita diluar sana kena cuba  krim ini  sebab ia mempuyai tekstur yang ringan dan  ianya sesuai digunakan setiap hari dalam tempoh yang panjang. Seperti nieyl yang bekerja dari pagi sehingga lewat petang tak adakan ada masa nak apply berkali-kali make up dalam sehari. Selain dari itu krim ni sanagt best sebab ia mengekalkan kelembapan apabila kita apply , ia tidak akan keringkan kulit muka kita, semakin lama kita pakai semakin flawless kulit muka kita nanti.



Dan tidak lupa juga, yang paling best tentang kirm ini sepanjang nieyl guna ianya tidak  berminyak dan tidak melekit. Jadi, ia sangat sesuai kepada mereka yang bekerja dalam cuaca yang panas terik ini. Walaupun berpeluh ianya tidak akan menjadikan kulit kita berminyak malah ia bertindak  menjadikan kulit muka kita lebih Nampak cerah dan natural.

 

Mempunyai penutup jenis twist lock dapat melindungi dan mengelakkan krim terkeluar dari bekas.

 

Selain itu juga, kalau korang perasan bila kita berpeluh ataupun muka kita terkena air hujan mesti kita akan lap menggunakan tisu kan, kalau guna make up yang pastinya kalau kita lap akan meninggalkan kesan pada tisu tetapi bila korang guna cc cream ni secalit kesan pun tak akan ada dekat tisu ini kerana Gold Nano CC Cream ini adalah  tahan peluh dan waterproof. Jadi, tak perlu risau kalau muka korang kena air hujan lepas ni, ia tidak akan merosakkan make up korang.

Korang boleh lihat sendiri perbezaan sebelum dan selepas nieyl menggunakan cc cream ni, kulit muka lebih cerah dan glowing . Tak perlu menggunakan foundation yang tebal-tebal untuk mendapatkan kulit seperti ini. Hanya applykan Gold Nano CC Cream pada muka dan hasilnya sangat puas hati.

Krim CC ini mempunyai fungsi Pelindung Matahari, mendapat SPF50 + PA +++, dapat melindungi kulit dari Sinaran UVA & UVB. Lagi lama kita guna, dibawah cahaya matahari lagi glowing kulit muka kita.

 

CC Cream ini boleh berfungsi sebagai asas solek. boleh menjadikan solekan anda lebih tahan lama dan solek warna lebih berpigmen. makeup kulit tak bercapuk walaupun berpeluh petang.

Nieyl  memang recommend korang untuk mencuba sendiri cc cream yang super best. Yang mempunyai normal. kulit berminyak dan sensitif pun boleh juga tau sebab ianya Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol dan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk yang suka make up yang simple natural dan ringan seperti nieyl , Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sesuai untuk korang jadikan skincare routine korang.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai produk Gold Nano CC Cream ini dan pelbagai lagi produk brand Hansaegee Nature, korang boleh klik dibawah ini okay..selamat mencuba…

Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 


04 January, 2021

Review Lipstick Mamasab x Neelofa Set Diva

by on January 04, 2021

Lipstick Mamasab x Neelofa Set Diva | Sejak ada masalah bibir kering dan selalu terkopek-kopek, nieyl sangat berhati-hati dalam membeli lipstick di pasaran. Beli yang mahal pun sebenarnya belum tentu lagi sesuai dengan bibir kita. Setakat hari ini dah lebih 6 lipstick yang dah cuba. Bukan kata yang mahal sahaja, yang murah pun pernah juga tetapi masih lagi masalah bibir kering tidak pulih malah makin teruk pula merekahnya last-last kopek berdarah, ha..yang itu memang satu habit nieyl dari kecil lagi.


Beberapa bulan yang lepas, selalu nieyl tengok salah seorang kenalan nieyl share product lipstick mamasab x neelofa ni. Memula tengok-tengok je, lama-lama tu risik jugalah harga dia sekotak normal price RM130. Kebetulan 12.12 sale, harga sale RM99 sekotak terus grab set diva. Actually Lipstick Mamasab x Neelofa ni ada 2 set iaitu DIVA dan PRIMADONA.. Kalau ikutkan nafsu shopping memang nak je grab sekali 2 set tetapi nieyl beli satu untuk percubaan. Lagipun setiap kotak mempunyai 4 batang lipstick yang berlainan warna. See, cuba tengok kotak dia berkonsepkan floral sangat memikat hatiku.


Bila buka kotak yang cantik tu, ada beg yang sangat cantik warna dia dan ada tagging nama neelofa. Suka sangat sebab warna dia memang cantik. Beg ni korang boleh jadikan sebagai purse ataupun isi barang-barang penting untuk disimpan. Kalau nieyl, rasanya nak letak barang-barang make up yang mini ke pejabat.


Tadaaa...kombinasi warna kotak lipstick tu je dah buat rasa macam nak makan je lipstick ini tau. Cantik sangat. Patutlah jualan lipstick mamasab x neelofa ni bila sale sahaja mencapai jutaan belian. Selain tu juga, kalau nampak ada juga disertakan cermin mini untuk kita guna bila pakai lipstick ke bedak ke..Jadi, beg ni sangat sesuai untuk barang make up nieyl ni nanti.. 

Ok nieyl nak zoom untuk korang tengok dengan lebih dekat warna dan tekstur lipstick ini. Nama-nama yang diberikan memang sangat sesuai dengan warna lipstick tu.

Major Love

Secret Admirer

Sexy Lady

Sweet heart

Setelah sebulan menggunakan lipstick ni apa yang boleh dikatakan ianya sangat sesuai dengan nieyl kerana ia bukan sahaja untuk cantik malah ia membantu merawat masalah bibir nieyl yang selalu kering dan untuk pengetahuan semua pembaca, Lipstick ni ada kelulusan KKM tau jadi kita tidak perlu ragu-ragu nak menggunakan produk ini.

Sedikit info untuk dikongsikan, Produk ini mengandungi bahan bahan seperti 🥥 Coconut oil 🌼 Sher butter 🌻 Vitamin E 🌱 Olive oil Yang berfungsi sebagai 🌸 Melembapkan bibir 🌸 Merawat bibir daripada merekah 🌸 Membuatkan bibir kelihatan lembap secara natural 🌸 Membuang sel kulit mati 🌸 Bertindak sebagai antioksidan yang mencegah bibir rosak yang disebabkan oleh radikal bebas 🌸 Menghidrasikan bibir sepanjang masa.


Dekat mana nak beli?Korang boleh beli dekat shopee ramai yang menjualnya sekarang ni. Insya'Allah kalau ada rezeki, next month nak grab set primadona pula, buat koleksi..

 

 

16 December, 2020

LIVEON Bantu Kulit Wanita Kekal Muda dan Melambatkan Penuaan

by on December 16, 2020

LIVEON Membantu Kulit Wanita Kekal Muda dan Melambatkan Penuaan | Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan, begitu juga dengan kecantikan dan kesihatan. Untuk mendapatkan kecantikan yang menawan dan muda kita perlu menjaga kesihatan dari dalam, barulah ianya terserlah diwajah kita. Baru-baru ini syarikat pengeluaran produk kecantikan dan kesihatan iaitu Wellous telah melancarkan satu produk terbaru iaitu minuman botanik  LIVEON. 

LIVEON adalah Minuman botani campuran yang diformulasikan daripada empat ramuan utama iaitu ekstrak kulit pokok pinus, SOD Extremel, kunyit hitam dan buckthorn laut dihasilkan bagi membantu melambatkan proses penuaan. Selalunya wanita akan tertarik pada sesuatu produk apabila mengetahui khasiat dan kesan yang postif untuk melambatkan proses penuaan. Siapa yang tak suka kan?

Kegigihan Wellous dan konsep yang teguh berkenaan kesihatan amat digemari dan disokong boleh syarikat penyelidikan dan pembangunan antarabangsa yang terkemuka iaitu Enzo Nutraceuticals, Bionov, Puredia dan Tokiwa Phytochemical . Untuk pengetahuan Wellois telah menjalankan 13 tahun penyelidikan bertaraf dunia dalam mencipta formula terunggul anti- penuaan pada abad ke 21, LIVEON


Khasiat yang terdapat pada kulit pokok pinus dapat meningkatkan prestasi kognitif sementara SOD Extremel yang merupakan antioksidan terkuat dapat melambatkan proses dan tanda-tanda penuaan.Sementara kunyit hitam membantu meneutralkan radikal bebas dan Puredia Seaberry yang merupakan ekstrak buckthorn laut membantu mengaktifkan pertumbuhan sel kulit. LIVEON dikatakan dapat membantu menghidupkan semula DNA untuk meningkatkan prestasi organ dan sel untuk mengembalikan tenaga muda.

"Penuaan adalah proses semula jadi yang dialami oleh semua orang seiring dengan pertambahan usia disebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian besar organ dalam badan mengalami kerosakan sel"


LIVEON diperkaya dengan kandungan antioksida untuk membantu menambah nutrien dan tenaga bagi sel-sel yang lemah untuk mengundurkan penuaan.Produk keluaran Wellous ini diformulasi dengan  dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi , superoksida dismutase (SOD), kunyit hitam Sirtmax, biji anggur, vitamin C dan teh hijau. bahan-bahan ini dapat membantu dalam anti-oksidasi, anti-radang dan anti-glikasi bagi memperoleh kesan anti -penuaan dengan mengaktifkan sel-sel badan. 

PERUBAHAN LUARAN

  • Mengekalkan keanjalan kulit
  • Menaikkan keserian
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan bintik hitam
PERUBAHAN DALAMAN
  • Meningkatkan metabolisme
  • Mebaikpulih mekanisme badan
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Mengekalkan kecergasan dan awet muda

6 Fungsi utama liveon untuk anti -penuaan
  • Menguatkan sistem imun 
  • Merancang sel otak
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Menghalang saluran darah tersumbat
  • Menghalang kedutan dan bintik hitam
  • Mengembalikan tenaga
Produk LIVEON juga telah mendapat kelulusan KKM dan juga kelulusan HALAL dari Panel JAKIM. Jadi tidak perlu rasa ragu-ragu untuk mencuba LIVEON untuk  keremajaan kulit kita bersama.







Untuk pengetahuan semua, nieyl telah merasai sendiri produk LIVEON ini selama 7 hari. Apa yang boleh nieyl kongsi dengan pembaca blog nieyl, rasa minuman ni sangat sedap dan ada rasa sedikit masam-masam dari buah anggur. Keberkesanan yang boleh nieyl nampak pada diri adalah walaupun nieyl tidur pukul 12 atau pukul 1 pagi, dan bangun pada pukul6 pagi sepanjang hari di pejabat , nieyl tidak langsung rasa penat mahupun mengantuk. Walaupun kita tidur kurang 7 jam tetapi kualiti tidur tu kita dapat. 

Dan yang kedua adalah pemulihan kulit yang terluka akibat kekeringan dibahagian jari sembuh dengan cepat.Manakala untuk jerawat yang baru nak tumbuh mula merosot dalam masa sehari dan kulit muka nieyl semakin hari semakin cerah dan halus walaupun tidak mengenakan sebarang solekan. 


Secara peribadinya nieyl memang syorkan produk LIVEON ni kepada mereka yang ingin menjaga kesihatan tetapi tak ada masa kerana terlalu sibuk menguruskan urusan harian dan pada mereka yang sering kali terdedah kepada cahaya matahari secara langsung serta mereka yang menjaga penampilan tetapi tidak cukup tidur. Mudah sangat dengan LIVEON ni korang boleh menjaga luaran dan dalaman dalam satu sachet. 


Cantikkan kotak LIVEON ni, setiap kotak mengandung 16 Sachet dan cara pengambilan adalah sehari satu sachet selepas makan. Insya'Allah jika korang konsisten ia akan menampakkan hasil yang terbaik okay, selamat mencuba!


website :www.wellous.com
Facebook : 
WellousMalaysia








05 February, 2020

Lovingly signed hk | Personalised baby gift

by on February 05, 2020
Personalised baby gift by LOVINGLY SIGNED | Bila ada berita kelahiran sahaja mesti perkara pertama yang difikirkan adalah nak beri apa sebagai hadiah kan? Tidak kira rakan sekerja, kawan-kawan sekolah mahupun saudara mara. Kalau sebelum-sebelum ni , kita akan pilih untuk berikan hamper sebagai hadiah. Hampers di pasaran kalau kita tengok , lebih kurang sama sahaja. Dalam hampers mesti akan ada barang keperluan baby, mandian baby dan juga set baju baby mengikut jantina.

Mesti kita dah boring dengan hamper yang ada dipasaraya kan, meh nieyl nak share satu online shop yang paling best untuk beli hamper yang lain dari yang ada dipasaraya, ha...percaya ke tidak?kalau tak percaya jom klik-klik LOVINGLY SIGNED. Korang boleh dapatkan baby gift di Lovingly Signed Hong Kong.


Lovingly Signed?

Lovingly Signed mengeluarkan produk bayi yang paling cantik dari seluruh dunia, ianya boleh di-personalises barangan tersebut dengan nama pilihan anda, dibungkuskan dengan penuh kasih sayang dalam signature gift boxes dan delivery terus ke pintu anda. From Singapore with Loveee Lovingly Signed membawa bersama teknologi terkini, inovasi dan reka bentuk untuk mencipta hadiah yang paling indah hanya untuk anda, dengan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa untuk dipadankan. Kini bukan sahaja di Singapore malah ia kini di jual di Hong Kong juga. 

Gift Hampers

Wow!bila klik je website https://lovinglysigned.hk/ ni rasa terus nak pengsan sebab semua barangan dan hampers dia sangat comel, geram nieyl tengok lagi-lagi warna pink tu. Rasa kalau kaya nak beli semua hampers dalam website tu. 


PERSONALISED BABY GIRL WELCOME GIFT SET


Set ini mengandungi 3 produk seperti berikut:-

  • Pink Gingham Robe Size: 0-6 months. Fabric: 100% Cotton Towelling. Machine washable at 40 degrees. 
  • Cotton Baby Grow Size: 0-3 months. 100% Cotton. Machine washable at 40 degrees. 
  • Cotton Pink Cellular Blanket Size: 70 x 90cm. Pink Fabric: 100% Cotton. Machine washable at 40 degrees. 
  • Pink JellyCat Bunny Suitable from birth upwards.

PERSONALISED MAGIC BUNNY GIFT SET


Set ini mengandungi 2 produk seperti berikut:-
  •  selimut tebal : 90 x90 cm
  • The Magic Bunny : 15 cm 


HOSPITAL TO HOME



Set ini mengandungi 3 produk seperti berikut:-
  • Soft Grey Cotton Cellular Blanket Size: 70 x 90cm. Fabric: 100% Cotton. 
  • Cream Bunny Comforter Suitable from birth onwards. 
  • Grey Bunny Suitable from birth onwards.

Yang nieyl share ini hanya sebahagian je tau, banyak lagi hamper - gamper yang cantik dan comel-comel di website lovingly signed tu, korang boleh pilih mengikut kesukaan korang.

Selain dari itu, kita boleh  personalized nama di setiap produk ( dalam 8 - 12 huruf mengikut spesifikasi produk) dan oleh pilih warna untuk nama yang di sulam di atas produk mengikut kesesuaian dan citarasa kita dan yang paling best  setiap produk di bungkus cantik di dalam Signature Lovingly Signed gift box. Best kan? so, sangat rugi tak beli dekat website tu. Nieyl pula rasa teringin nak beli untuk diri sendiri.

Cara Membuat Pembayaran dan Penghantaran

Penghantaran adalah Percuma dari Caj untuk semua tempahan yang akan dihantar di Hong Kong dan mengambil purata antara 2 hingga 3 hari bekerja.

Pembayaran Anda pada kad kredit atau resit PayPal akan muncul sebagai caj yang Dibawah Lovingly Signed. Lovingly Signed Limited menggunakan Braintree dan PayPal untuk mengambil pembayaran. Braintree adalah pintu masuk pembayaran yang dimiliki oleh PayPal. Braintree adalah platform pembayaran penuh yang membolehkan fleksibiliti menggunakan pembayaran melalui Visa / MasterCard dan PayPal .

Lovingly Signed menggunakan langkah-langkah keselamatan terkini untuk melindungi maklumat anda apabila anda berbelanja dengan kami. Semua pembayaran dikumpulkan dan diproses oleh pembekal Braintree dan PayPal kami yang selamat. Kami tidak melihat atau menyimpan nombor kad kredit anda sebelum ini.




FACEBOOK : Lovingly Signed 
INSTAGRAM : Lovingly Signed 

01 February, 2020

Boxy.my Menjadi Pilihan T-Shirt Rakyat Malaysia

by on February 01, 2020
Boxy Menjadi Pilihan Di Malaysia | Sejujurnya nieyl memang susah nak cari T-shirt yang plus size dan selesa untuk dipakai ketika sukan dan bersantai. Kalau tengok dalam almari atau rak baju nieyl tu boleh di bilang dengan jari berapa helai saja yang ada terutamanya T- Shirt lengan panjang. Setiap kali nak pergi kursus je mesti bingung nak fikir kena beli T-shirt sebab sekarang ni susah nak dapat baju T-Shirt yang ada plus size dan kualiti yang bagus. 




Zaman sekarang ni kalau tak google memang tak sahlah. Dari tempat makan yang best sehinggalah nak beli barang dapur pun kadang-kadang kita nak beli yang online betul tak?jangan nak tipu la. So, nieyl nak share satu website yang menjual T-shirt untuk lelaki dan wanita dari size XS hingga XXXL. Menarik kan? jadi cepat- cepat klik Boxy.my 

Boxy adalah sebuah kedai online yang menjual T-Shirt yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Boxy telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan sejak itu kedai online ini sering menjadi pilihan pelanggan kerana kualiti T-Shirt serta harga yang ditawarkan sangat menarik minat pelanggan yang mengunjungi website mereka.  Selain dari itu juga, semua T-Shirt yang Boxy jual tidak akan korang jumpa di luar pasaran kerana ianya hanya di jual secara dalam talian. 

Jenis  T-Shirt yang dijual di Kedai Boxy Online seperti :-

  • Microfiber T-Shirt
  • Cotton T-Shirt
  • Polo T-Shirt 
Microfiber T-Shirt merupakan salah satu koleksi yang sering menjadi pilihan dan popular dikalangan pelanggan-pelanggan Boxy kerana ianya diperbuat dari fabrik microfiber yang berkualiti tinggi dan ia juga sesuai dipakai secara santai dan sesuai digunakan untuk bersukan. Microfiber T-shirt ni korang boleh pilih sama ada nak lengan pendek,, lengan panjang,  round neck ataupun polo style . 


Premium Cotton Casual Tee

T-Shirt dibuat menggunakan 100% premium kapas , selesa, lembut , kualiti baik , sesuai dipakai ketika sukan dan santai. Ianya adalah unisex mempunyai size dari xs sehingga 3xl. 


Polo Shirt 

Polo Shirt terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-
  • Microfiber Polo Shirt
  • Cotton Polo Shirt
Microfiber Polo Shirt boleh  dipakai untuk kerja, acara kasual dan sebarang aktiviti sukan. Lebih penting lagi, siapa yang pakai akan  kelihatan lebih pintar dengan Microfiber Polo shirt. Selain itu  sesuai untuk percetakan skrin sutera, sulaman dan percetakan. 




Pilihan Warna T-Shirt Boxy yang disediakan seperti berikut, korang boleh pilih warna dia semuanya cantik-cantik .

  • White
  • Black
  • Navy Blue
  • Royal Blue
  • Red
  • Maroon
  • Yellow
  • Sea Blue
  • Turquoise
  • Apple Green
  • Purple
  • Neon Yellow
  • Dark Grey
  • Khaki
  • Orange
  • Irish Green
  • Forest Green
  • Island Paradise
  • Light Grey
  • Cool Mint
  • Pink
  • Brown
  • Army Green
  • Dark Violet
Cara-cara membeli di Boxy.com









My Review :- Nieyl pilih microfiber long Sleeve untuk review ini. Jujur cakap nieyl memang suka sangat T-shirt dari Boxy, yang pertamanya sebab fabrik yang digunakan adalah yang berkualiti sangat berbeza dengan T-shirt microfiber yang nieyl pernah beli dekat pasaran luar. Yang keduanya, ianya tidak panas sesuai sangat kalau nak berjoging ataupun bersukan. Dan yang terakhir sekali, harganya sangat berpatutan. Korang boleh cuba sendiri. Mana nak dapat T-shirt yang berkualiti tinggi dengan harga murah dan mampu milik..




Jangan Lupa, Shopping Now!
Ada promosi potongan harga!
serius korang, murah sesangat!

https://www.boxy.my/

https://www.boxy.my/