Review: Kebaikan CC Cream yang bagus untuk sehari-hari Dari Hansaegee Nature | Untuk pengetahuan semua, sejujurnya nieyl tak
pernah cari ataupun cuba untuk membeli dan menggunakan sebarang cc cream
sebelum ni. Nieyl lebih suka make up menggunakan foundation untuk base make
up.
Dan untuk pertama kalinya nieyl mencuba cc cream by Hansaegee
Nature beberapa hari terus jatuh cinta dan ia bukan sekadar cc
cream malah ia mempunyai banyak keberkesanan dan kebaikan pada kulit nieyl.
Serius tak sangka rupanya cc cream ini sangat menjimatkan masa
untuk nieyl bersiap terutama ketika bersiap nak pergi kerja. Untuk mereka yang
mementingkan kecantikan cc cream ini sememangnya sesuai untuk semua jenis
kulit.
Apabila umur dah semakin meningkat, perkara yang paling ditakuti
nieyl ataupun wanita di luar sana adalah kehadiran kedutan dan jeragat
dikawasan permukaan kulit muka. Kepada mereka yang tidak tahu apa makna CC
Cream ,CC Cream bermaksud Colour Control Cream,yang
mana ianya boleh seimbangkan tona kulit kita dan merawat kulit kita.
Kalau korang tengok krim ini secara fizikalnya ia berwarna putih
dan terdapat sedikit warna coklat dimana
apabila kita apply menggunakan jari dan blend
ke keseluruhan muka akan berubah warna menjadi merah jambu ataupun coklat
mengikut warna kulit korang sehingga menampakkan kulit korang menjadi lebih
cerah semula jadi dan bukannya putih.
Kelebihan Hansaegee Nature
Gold Nano CC Cream
- *Perlindungan UV Sun SPF50 PA ++
- *Mengimbangi nada kulit secara semulajadi
- *Kurangkan penilaian liang
- *Boleh bertindak sebagai Base Makeup atau Primer Makeup
- *Mencerahkan
- *Mencegah kulit penuaan; Meningkatkan keanjalan kulit
- *Glowing Skin, Smooth Skin
- *Pastikan kelembapan
- *Melegakan masalah kulit
Kandungan
Bahan (ingredient)
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi
3 bahan utama iaitu :
- Mineral Water - mengekalkan
keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit
- Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - anti
bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
- Nano Gold - Mencegah penuaan kulit,
menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi
Cara Penggunaan
- Cara penggunaan Gold Nano CC Cream ini sangat mudah, hanya apply dengan
jari sahaja. Tak perlu guna berus pun,kemudian sapukan ke seluruh wajah
dengan sekata.
- Kalau cara nieyl pakai , dap dap dap kat muka dan sapukan
seluruh muka sehingga rata. Senangkan?
Apa Tekstur CC Cream ni?
Dan tidak lupa juga, yang paling best tentang kirm ini
sepanjang nieyl guna ianya tidak
berminyak dan tidak melekit. Jadi, ia sangat sesuai kepada mereka yang
bekerja dalam cuaca yang panas terik ini. Walaupun berpeluh ianya tidak akan
menjadikan kulit kita berminyak malah ia bertindak menjadikan kulit muka kita lebih Nampak cerah
dan natural.
Mempunyai penutup jenis twist lock dapat melindungi
dan mengelakkan krim terkeluar dari bekas.
Selain itu juga, kalau korang perasan
bila kita berpeluh ataupun muka kita terkena air hujan mesti kita akan lap
menggunakan tisu kan, kalau guna make up yang pastinya kalau kita lap akan
meninggalkan kesan pada tisu tetapi bila korang guna cc cream ni secalit kesan
pun tak akan ada dekat tisu ini kerana Gold Nano CC Cream ini adalah tahan
peluh dan waterproof. Jadi, tak
perlu risau kalau muka korang kena air hujan lepas ni, ia tidak akan merosakkan
make up korang.
Korang boleh lihat sendiri perbezaan sebelum dan selepas nieyl menggunakan cc cream ni, kulit muka lebih cerah dan glowing . Tak perlu menggunakan foundation yang tebal-tebal untuk mendapatkan kulit seperti ini. Hanya applykan Gold Nano CC Cream pada muka dan hasilnya sangat puas hati.
Krim CC ini mempunyai fungsi
Pelindung Matahari, mendapat SPF50 + PA +++, dapat melindungi kulit dari
Sinaran UVA & UVB. Lagi lama kita guna, dibawah cahaya matahari lagi
glowing kulit muka kita.
CC Cream ini boleh berfungsi sebagai
asas solek. boleh menjadikan solekan anda lebih tahan lama dan solek warna
lebih berpigmen. makeup kulit tak bercapuk walaupun berpeluh petang.
Nieyl
memang recommend korang untuk mencuba sendiri cc cream yang super best. Yang
mempunyai normal. kulit berminyak dan sensitif pun boleh juga tau sebab ianya Bebas
Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol dan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk yang
suka make up yang simple natural dan ringan seperti nieyl , Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sesuai
untuk korang jadikan skincare routine korang.
Untuk
mendapatkan lebih lanjut mengenai produk Gold Nano CC Cream ini dan pelbagai
lagi produk brand Hansaegee Nature, korang boleh klik dibawah ini okay..selamat
mencuba…
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
great product
ReplyDelete