Restoran Nyonya Tingkat Di AEON Mall Taman Equine, Seri Kembangan | Tiffin bertingkat yang dipamerkan dihadapan kedai menari perhatian nieyl dan keluarga untuk mencuba makanan di Restoran Nyonya Tingkat ni. Selain dari itu dekorasi restoran ini berkonsepkan warisan Baba & Nyonya di Melaka, bila masuk memang dapat rasa suasana berada di kedai Baba & Nyonya di Melaka.
Reka bentuk, konsep dan penyajian moden menjadikan kita rasa puas hati dan dapat menghidupkan warisan Baba & Nyonya. Korang boleh lihat gambar yang nieyl snap di atas ini. Ini adalah pintu masuk restoran yang mempamerkan tiffin tingkat,meja makan bulat dan gambar-gambar hiasan menggambarkan melaka.
Korang tengok hiasan dibelakang tu, baju kebaya Nyonya yang di framekan untuk dijadikan salah satu dekorasi di dinding restoran. Dalam restoran juga dibuat suasana seolah-olah kita sedang makan di Melaka. Very nice place lah, nieyl suka.
Sesuai untuk waktu ketika itu, nieyl pesan makanan-makanan yang sesuai untuk minum petang. Yang pertama nieyl order adalah Char Kuew Teow bersama cili kicap. Not bad rasa dia sedap juga cuma dia rasa macam kuew teow goreng je..hehehe
Yang kedua menjadi pilihan minum petang nieyl adalah roti jala bersama kuah kari. Ok yang ini nieyl boleh bagi 5 bintang, serius memang sedap kari dia okay, rugi order 1 hari tu..
Menu yang ketiga ni husband nieyl yang pilih, sebab sebelum keluar gi shopping kami suami isteri akan pastikan kita makan lunch di rumah terlebih dahulu, so bila dekat luar kita akan makan yang ringan-ringan sahaja. Untuk roti tu, maaf nieyl bukan pencinta telur goyang yang cair-cair gitu, tapi nieyl tengok husband makan sedap je..habiss, mungkin sedap la tu
Dan untuk yang terakhir adalah Yong Tau Foo. Ok yang ini pun sedap juga sebab sos dia memang cukup rasa. Untuk sepinggan ni korang boleh share 2 orang. Macam nieyl hari tu untuk kali pertama nieyl share 4 orang hahaha kira oklah tak nak membazir, takut tak kena pada anak tekak ni.
Selain makanan yang nieyl order tu, korang boleh juga cuba makan nasi kerabu, mee kari, kuih muih pun ada juga, banyak pilihan makanan yang disediakan.
Untuk pengetahuan korang, semua makanan di Restoran Nyonya Tingkat adalah halal. Sepanjang nieyl di restoran ni persekitaran dia sangat bersih dan ia amat sesuai untuk kita bawa keluarga dan diadakan perjumpaan bersama rakan-rakan.
AEON TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN
Nyonya Tingkat By Aroma Village
AEON Taman Equine (Next To AEON Wellness)
LG 18 Centre Court
43300 Seri Kembangan, Selangor
TEL: 03 – 9544 5626
Nyonya Tingkat By Aroma Village
AEON Taman Equine (Next To AEON Wellness)
LG 18 Centre Court
43300 Seri Kembangan, Selangor
TEL: 03 – 9544 5626
dapnye...
ReplyDeleteSedapnya tgk roti jalan dengan kuah kari tu.
ReplyDeleteuihhh sedap2 menu dia, nt nak try makan sini pulak hehehe
ReplyDeletebestnya hangouts
ReplyDelete