06 November, 2026

Geram betul lah dengan Si Haris ni

by on November 06, 2026

 


Apa yang buat nieyl geram tu?
Apa lagiii, geramlah tengok perangai si Haris dalam drama Suamiku Anak Mak tu..
Korang ada follow tak?

Drama yang mula ditayangkan pada 26 Oktober 2026 menerusi slot MegaDrama di Astro Ria ini menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Keith Foo, Dian P. Ramlee dan Izzue Islam.

Sinopsis Drama Suamiku Anak Mak

Drama ini mengisahkan Zaraa (Emma Maembong) yang berkahwin dengan Haris (Keith Foo) atas dasar cinta dan mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.

Namun, selepas berkahwin, Zaraa mula menyedari bahawa Haris terlalu mengutamakan ibunya, Mak Leha (Dian P. Ramlee).

Apa sahaja keputusan rumah tangga seolah-olah perlu mengikut kehendak Mak Leha. Haris pula sukar untuk meletakkan batas antara tanggungjawab sebagai seorang anak dengan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Lebih menyedihkan apabila pengorbanan Zaraa tidak dihargai. Sedikit demi sedikit, kebahagiaan rumah tangga mereka mula tergugat.

Mampukah Zaraa bertahan dengan keadaan tersebut?

Antara Kasih Ibu dan Tanggungjawab Suami

Bagi Nieyl, tema yang diketengahkan dalam drama ini memang menarik
 untuk dijadikan renungan. 
Mungkin tidak terjadi pada kita,
tetapi tak mustahil ada terjadi pada orang di luar sana..

Tidak salah seorang lelaki menyayangi ibunya. Malah,
 tanggungjawab berbakti kepada ibu bapa tetap perlu dijaga walaupun selepas kita berkahwin berkahwin.

Tetapi dalam masa yang sama, seorang suami juga perlu memahami
bahawa isteri mempunyai hak, perasaan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

Ibu tetap ibu, isteri pula pasangan hidup yang dipilih untuk membina sebuah keluarga.

Jadi, kedua-duanya mempunyai tempat tersendiri.
Tidak sepatutnya kasih kepada seorang menyebabkan seorang lagi terabai.

Apa yang Nieyl boleh katakan, drama ini memang menarik untuk diikuti kerana jalan ceritanya membawa kita melihat realiti kehidupan berumah tangga dari sudut yang berbeza.
Kadang-kadang, perkara yang nampak kecil seperti campur tangan keluarga, keputusan tanpa berbincang dan sikap terlalu mengikut kehendak orang lain boleh menjadi punca keretakan hubungan.

betul tak?

Dah lama nieyl tak tengok drama tv..
bila ada drama yang best je, nieyl baru akan tengok tapi
bila dah tengok geram la pula hahaha..

Astro Ria 104
Isnin – Khamis, 10 malam



Jangan Lupa Berselawat Hari Jumaat

by on November 06, 2026


Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. 

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan hari Jumaat. Hari yang penuh keberkatan dan menjadi penghulu segala hari.

Dalam kesibukan kita menguruskan rutin harian, jangan lupa untuk meluangkan sedikit masa memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kadangkala, amalan yang nampak kecil tetapi dilakukan dengan penuh kasih dan ikhlas membawa makna yang begitu besar.

happy working semua..

 

05 November, 2026

Tips Menyimpan Bawang Supaya Tidak Cepat Rosak

by on November 05, 2026


Pernah tak korang beli bawang dalam kuantiti yang banyak, tetapi belum sempat habis digunakan, bawang dah mula lembik, bertunas atau berkulat?

Rasa sayang pula nak buang, kan?

Sebenarnya, bawang boleh tahan lebih lama jika disimpan dengan cara yang betul. 

So, hari ini nieyl nak kongsikan beberapa tips mudah untuk menyimpan bawang supaya lebih tahan lama.

1. Simpan di Tempat Kering dan Berpengudaraan

Bawang mentah yang belum dikupas sebaiknya disimpan di tempat yang:

Kering dan tidak lembap.
Tidak terkena cahaya matahari secara langsung.
Mempunyai pengudaraan yang baik.
Jauh daripada kawasan panas.

**Gunakan bakul berlubang atau jaring supaya udara boleh bergerak dengan baik.

2. Jangan Simpan Bawang dalam Plastik Tertutup

 antara kesilapan yang sering dilakukan bila balik dari membeli

Bawang yang disimpan dalam plastik tertutup boleh memerangkap kelembapan dan menyebabkan bawang lebih mudah berkulat atau rosak.

Jadi,  keluarkan bawang daripada plastik asal dan pindahkan ke dalam bakul atau bekas yang mempunyai pengudaraan.

3. Jangan Basuh Bawang Sebelum Disimpan

Bawang yang masih mentah dan belum dikupas tidak perlu dibasuh sebelum disimpan.

Air yang tertinggal pada permukaan bawang boleh meningkatkan kelembapan dan mempercepatkan kerosakan.

Jika kotor, bersihkan tanah yang melekat secara kering terlebih dahulu.

4. Asingkan Bawang yang Sudah Rosak

Periksa bawang dari semasa ke semasa.

Kalau ada bawang yang lembik, berkulat atau mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, asingkan dan buang.

Jangan biarkan bawang yang rosak bercampur dengan bawang yang masih elok.

5. Simpan Bawang yang Telah Dipotong dalam Peti Sejuk

Kalau ada bawang yang sudah dipotong atau dikupas, cara penyimpanannya berbeza.

Masukkan ke dalam bekas makanan yang bersih dan bertutup.
Simpan di dalam peti sejuk pada suhu 4°C atau lebih rendah.
Gunakan dalam tempoh yang sesuai dan jangan biarkan terlalu lama pada suhu bilik.

Dan korang ada 1 lagi tips nieyl nak share..
sebab nieyl pun baru juga ni tahu, so nieyl share dengan korang juga..

Cara Penyimpanan Mengikut Jenis Bawang

🧅 Bawang besar
Simpan di tempat sejuk, kering dan mempunyai pengudaraan baik. Bawang yang telah dipotong perlu disimpan dalam peti sejuk.

🧅 Bawang merah
Simpan di tempat kering dan berangin. Elakkan kelembapan berlebihan.

🧄 Bawang putih
Simpan di tempat yang kering, sejuk dan mempunyai pengudaraan. Elakkan menyimpannya dalam bekas kedap udara ketika masih mentah dan belum dikupas.

Rupanya, menyimpan bawang pun ada caranya. Dengan cara penyimpanan yang betul, kita bukan sahaja dapat memastikan bawang tahan lebih lama, malah dapat mengurangkan pembaziran barang dapur dan juga dapat jimatkan duit kitaaa..

Rayhana dengan toys

by on November 05, 2026


Petang semalam Rahyana datang rumah kakak nieyl..
biasa dia datang rumah nieyl. kebetulan petang semalam nieyl ada dekat rumah kakak..
dia ikut nieyl, nampak ada toys baru Inara..
dia main sebab inara baru 3 bulan..hehehehe..
Geram tengok antena dia tu..


 

Setiap Pagi Adalah Peluang Baharu

by on November 05, 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk membuka mata dan menikmati satu lagi pagi yang indah.

Setiap kali matahari terbit, sebenarnya Allah sedang memberikan kita semua peluang baharu.
 Peluang itu untuk kita memperbaiki diri, mencuba sesuatu yang lebih baik .

Tak perlu terlalu memikirkan kesilapan semalam lalu.
 Jadikan ia pengajaran, bukan beban yang perlu dibawa sepanjang hari.

Mulakan pagi ini dengan senyuman, hati yang tenang dan fikiran yang positif.

Ingatlah...

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang dan esok adalah harapan.

Semoga hari Khamis ini dipenuhi dengan urusan yang dipermudahkan, rezeki yang melimpah dan berita-berita yang menggembirakan.

Happy working semua..

04 November, 2026

Buah tangan Dari Sabah

by on November 04, 2026


Alhamdulillah..
terima kasih kepada Pemberi..
boleh dikatakan setiap kali pergi Outstation..
Pegawai ni akan bagi something dekat nieyl sebagai ole-ole..
Macam tahu-tahu je ikan bilis dekat rumah dah habis..

National Stress Awareness Day

by on November 04, 2026


Assalamualaikum..
kejap nya dah rabu eh hari ini...

Pernah tak korang rasa penat, tapi bukan penat fizikal? Badan rasa okay,
tetapi fikiran macam penuh dengan macam-macam perkara. Kerja, keluarga, tanggungjawab dan hal-hal kehidupan yang kadangkala datang tanpa kita duga.

Haa... itulah antara situasi yang boleh menyebabkan kita mengalami stress.
untuk pengetahuan korang, hari ini  4 November diperingati sebagai National Stress Awareness Day atau Hari Kesedaran Stres. Hari ini mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga kesihatan mental dan belajar mengurus tekanan dalam kehidupan seharian.

Kadang-kadang  kita terlalu sibuk memikirkan orang lain, sibuk menyelesaikan urusan kerja dan tanggungjawab harian, sampai terlupa nak bertanya khabar pada diri sendiri.

Pesanan untuk diri sendiri

Jangan terlalu keras dengan diri sendiri. Tak mengapa kalau hari ini kita tak mampu buat semuanya. Tak mengapa kalau kita perlukan sedikit masa untuk berehat.

Ingat, berehat bukan bermaksud malas. Menangis bukan bermaksud lemah. Dan meminta pertolongan bukan bermaksud kita gagal.

Kita juga berhak untuk rasa tenang, gembira dan bahagia.

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi apa sahaja ujian kehidupan. Jangan lupa jaga diri sendiri kerana diri kita juga sangat berharga.

Happy working semua♥


03 November, 2026

Kiriman Foto Dari Anak Buah Nun Jauh

by on November 03, 2026


Ini sorang lagi anak buah nieyl yang membesar depan mata nieyl..
Adik kepada bella, sekarang tengah buat Degree  produksi dan kesihatan haiwan di Unisza, 
kampus Besut Terengganu.

Hari ni dia hantar gambar menunggang kuda..
semalam seharian dekat kandang kuda..

Khamis ni dia balik cuti seminggu..
khamis petang nieyl pergi ambil dia dekat KLIA..

Semoga dia dapat habiskan pengajian 4 tahun ni dengan cemerlang..
Amin..

Peti Sejuk Berbau? jom cuba Petua ini

by on November 03, 2026

 


Pernah tak korang buka peti sejuk, tiba-tiba terhidu bau yang kurang menyenangkan?
 Kadang-kadang bau tu datang daripada ikan, ayam, makanan yang sudah lama disimpan ataupun sisa makanan yang tertumpah yang kita tak perasan.

Walaupun peti sejuk tu fungsi dia  untuk memastikan makanan kekal segar,
tapi ia perlu dibersihkan. Ha..agak-agak bila kali terakhir korang bersihkan peti sejuk dekat rumah tu?

Hari ini Nieyl nak kongsikan beberapa petua mudah untuk membantu mengatasi masalah bau dalam peti sejuk. Jom cuba

🌷 1. Gunakan Baking Soda

Baking soda atau soda bikarbonat boleh membantu menyerap bau yang kurang menyenangkan.

Caranya:
Masukkan sedikit baking soda ke dalam bekas kecil yang terbuka.
Letakkan di salah satu bahagian dalam peti sejuk.
Gantikan dengan yang baharu secara berkala.

🌷 2. Bersihkan Peti Sejuk dengan Air Sabun

Kadangkala bau datang daripada kuah yang tumpah, susu atau makanan yang melekat pada rak.

Caranya:
Keluarkan makanan dan barang daripada peti sejuk.
Tanggalkan rak yang boleh dibuka.
Cuci menggunakan air suam dan sabun pencuci pinggan.
Lap sehingga bersih dan kering sebelum memasukkan semula makanan.

🌷 3. Simpan Makanan dalam Bekas Bertutup

Makanan yang mempunyai bau kuat seperti ikan,
sambal, durian dan lauk-pauk boleh mempengaruhi bau makanan lain.

Jadi, Gunakan bekas kedap udara supaya bau tidak mudah
merebak ke seluruh ruang peti sejuk.

🌷 4. Jangan Terlalu Penuhkan Peti Sejuk

Peti sejuk yang terlalu padat boleh menghalang peredaran udara sejuk.

Susun makanan dengan kemas dan pastikan ruang untuk
udara bergerak supaya suhu lebih sekata.

Ada macam-macam lagi petua..
korang ada petua lain tak?
Share lah dekat komen okay..

Tak perlu tunggu sampai bau busuk memenuhi ruang peti sejuk.
Amalkan rutin membersihkan dan menyusun makanan
supaya peti sejuk sentiasa berada dalam keadaan baik..

Suka Buat Minum Petang

by on November 03, 2026


Sekarang ni kalau ada hari cuti ke..cuti sabtu ataupun ahad..
nieyl dengan kakak-kakak nieyl suka buat minum petang..
berkumpul dekat luar rumah..
sambal makan, sembang-sembang adik beradik..
ipar duia, anak-anak buah..

Ini menu yang hari ahad baru ni..
cekodok kentang bawang, tempe goreng, kari kepala ikan dan sambal ikan bilis..
lepas tu kakak nieyl ada buat mee hailam juga..
masa tu makanan ni semua dah habis..

Minggu depan  isnin kan cuti kan..
tengah plan nak buat makan-makan juga nanti..

Semoga ikatan kekeluargaan ini kekal hingga jannah..
Amin..

97 hari lagi menuju Ramadan 1448H

by on November 03, 2026


Alhamdulillah… sedar tak sedar, semakin hampir kita melangkah ke bulan yang penuh keberkatan.

Hari ini, countdown menunjukkan 97 hari lagi menuju Ramadan 1448H. Tak terasa masa berlalu begitu pantas. Rasanya baru sahaja kita meninggalkan Ramadan yang lalu, kini sudah hampir tiba waktunya untuk bertemu kembali dengan bulan yang dinanti-nantikan.

Yang mana tinggal puasa tu, dah habis ganti ke belum tu?
kalau belum, moh kita ganti secepat yang mungkin..

Happy woriking semua..

02 November, 2026

Pengumuman Top Komentator Oktober 2026

by on November 02, 2026

Assalamualaikum...

petang baru sempat nieyl nak update Pemenang Komentator Oktober 2026..
Ini merupakan kali pertama untuk blog nieyl..

Sebelum tu, nieyl akan pilih pemenang yang berlainan setiap bulan supaya semua follow nieyl yang rajin singgah dan komen entry nieyl dapat gift dari  nieyl ♥



Tahniah di ucapkan kepada Encik Shaizhar..

Nanti emel details dekat nieyl okay...
(emel : nieyl.puteriimpian@gmail.com)

Terima kasih kepada semua yang tersenarai dalam TOP 10 Komentator nieyl..
selalu singgah blog nieyl yang biasa-biasa ini, dan tinggalkan komen..
insyaÁllah nieyl akan cuba untuk membalas BW juga nanti..

Jom jadi pemenang TOP Komentator November nieyl 

Korang, comel tak mereka?

by on November 02, 2026



Siapa yang comel tu?semestinyalah bukan nieyl..
ni ha crochet haiwan yang menjadi koleksi di meja nieyl..
Dari pada 1 , jadi 2 dan kemudian tambah satu lagii...
comel kan mereka 3 sekawan..

Bila orang datang ke bilik nieyl..
semua macam geram dengan dieorang ni..
tanya nieyl buat ke?
alamak..tangan tak berseni..
nieyl order dekat adik ipar kakak nieyl..
dia suri rumah, jadi nieyl membantu membeli..
sambil tu nieyl pun promote-promote dekat kawan-kawan..


Yang ini kawan nieyl order..
comel gila..

Yang ni cat , kawan nieyl order juga..
Untung siapa yang tangan, jari jemari kreatif ni..
kalau ada yang berminat nak order juga..
Boleh contact nieyl okay..

 

Hello November

by on November 02, 2026



Assalamualaikum..
Welcome November!
Semoga bulan November ini membawa lebih banyak kebahagiaan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan segala urusan dipermudahkan.

Semoga setiap hari hadir dengan cerita indah yang baru. 


30 October, 2026

Salam Jumaat

by on October 30, 2026


Gambar ini nieyl snap depan rumah kakak nieyl..
cantik pula, pandai pula abg ipar nieyl ni mendeko...

Mutiara Kata Hari Jumaat 

"Jumaat hadir membawa seribu keberkatan. Jangan lupa bersyukur atas nikmat yang masih kita miliki, bersabar dengan ujian yang sedang kita lalui dan terus berdoa untuk segala impian yang belum tercapai"

Semoga hari ini dipenuhi ketenangan, dimurahkan rezeki, diampunkan segala dosa dan dipermudahkan setiap urusan. Aamiin Ya Rabbal Alamin." 

Salam Jumaat, semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. 

29 October, 2026

Segmen Meracun : Sos Tiram Haday

by on October 29, 2026

 



Hari tu ammi ada komen, cadangkan nieyl buat 1 label segmen meracun..
Benda yang baik , haruslah dibuat dan share denagn orang lain..

Korang kalau masuk dapur, antara bahan wajib yang mesti ada tu apa? Kalau Nieyl, sos tiram memang antara bahan yang boleh membantu menyedapkan macam-macam jenis masakan. Daripada masakan sayur, ayam, daging sampailah mi goreng, memang banyak kegunaannya!

Kali ini Nieyl nak kongsikan satu produk yang menarik perhatian Nieyl,
iaitu Haday Superior Oyster Sauce. kalau korang buka TikTok sekarang, 
tengah ada PROMO Buy 1 Free 1..
nieyl dah beli dan dah try..

Memang rasa creamy dan masin , 
jadi kalau masak tu jangan letak banyak-banyak..
letak sedikit pun dah sedap..

Masa nieyl beli dapat harga RM8.99 
harga ni dapat 2 botol besar ya..
jimatlah 2 bulan..hehehe..

Selamat tercarun poket..




Potong Kuku Rayhana

by on October 29, 2026


Kali ini nak kongsi aktiviti Nieyl potong kuku Rayhana pula. 💕
dari kecil lagi memang nieyl yang akan potong kuku budak ni sebab mommy dia tak berani..

Nampak macam perkara kecil sahaja, kan? Tapi inilah antara rutin harian yang perlu diberi perhatian. Kuku yang panjang mudah memerangkap kotoran, jadi kena rajin potong dan pastikan sentiasa bersih.

Kadang-kadang, perkara kecil macam inilah yang menjadi sebahagian daripada kenangan manis dalam kehidupan seharian kita. Tak semestinya kena ada cerita besar baru boleh dijadikan entry blog. Cerita biasa pun ada kenangan tersendiri kan..

Selamat Pagi

by on October 29, 2026


Assalamualaikum..
awal pagi ni nieyl sampai pejabat..
lepak dulu dalam kereta sampai pukul7.40 macam tu..
baru naik atas. Sebab level nieyl tak berani nak naik awal sangat..
gelap dan tak ada orang...

Cuaca hari ini pun gerimis..
Alhamdulillah makin hilang jerebu dekat sini...
Happy working semua..

 

28 October, 2026

Kalah dengan pujukan BONANZA

by on October 28, 2026

Semalam Nieyl berkesempatan singgah ke Sushi King untuk menikmati Bonanza Sushi King. Siapa peminat sushi dekat sini? Angkat tangan! 

Bila sebut Sushi King, mesti ramai yang terbayangkan pelbagai pilihan sushi dengan aneka inti dan topping yang menyelerakan. Memang seronok kalau dapat makan banyak dengan harga sepinggan hanya RM3.50..Biasanya kalau bonanza, ada lebih 40 jenis sushi yang kita boleh makan dan order..
Jom tengok nieyl makan apa semalam...

Ini antara yang nieyl makan semalam, ada beberapa juga yang nieyl suka tapi time bonanza tak ada.
tapi biasalah sushi ni nieyl pun tak boleh nak makan banyak sangat cepat kenyang.. nieyl makan 8 pinggan je semalam hahaha..
Semalam pergi 3 orang, total pinggan semalam 27..
Bagi peminat sushi, promosi Bonanza memang antara yang menarik yang selalu dinantikan. Cuma, pilihan menu, harga dan syarat promosi mungkin berbeza mengikut kempen dan cawangan.

Korang yang suka sushi macam nieyl, 
jangan lupa kempen bonanza dari 24-30 Oktober 2026.

Rutin setiap pagi

by on October 28, 2026


Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Rutin bila dah sampai pejabat..
masuk pantry bancuh air coffee dan isi air sejuk dalam thumble besar nieyl..
dalam thumble tu boleh tahan sejuk lama, 
jadi sedaplah kalau nak minum tu..
nieyl jenis tak suka minum air tak sejuk hihihi..

Happy working semua..

27 October, 2026

Jamu kawan-kawan Makan

by on October 27, 2026

 


Kisahnya hari jumaat kan rehat lama..
macam dah boring makan nasi waktu rehat..
Saja ajak kawan-kawan potluck menu laksa..
Kuah dengan mee nieyl akan bawa..
Bahan-bahan lain kawan-kawan bawa..

Wanie bawa bawang, cili , salad dan timun..
Jun bawa telur..



Tada!Alhamdulillah nieyl dapat jamu 6 orang untuk makan laksa yang nieyl masak hehehe..
Siap suruh open order lagi..
jual-jual tak adalah, sesekali kalau nak makan tu..
boleh je nieyl masakkan..
makan ramai-ramai...

Petua Mengelakkan Nasi Cepat Basi

by on October 27, 2026

 


Pernah tak masak nasi pada waktu pagi, tetapi beberapa jam kemudian nasi dah berbau masam?
 Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas, nasi boleh rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul.

Sebenarnya, ada beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan untuk menjaga nasi supaya lebih selamat dimakan.

1.  Pastikan Periuk Nasi Bersih
Sebelum memasak nasi,
pastikan periuk dan bahagian dalam periuk nasi bersih.
Sisa nasi lama yang melekat boleh menjadi tempat pembiakan mikroorganisma

2. Jangan biarkan nasi terlalu lama pada Suhu Bilik
Nasi yang telah dimasak boleh mengandungi bakteria Bacillus cereus yang sporanya mampu bertahan selepas proses memasak. Jika nasi dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik, bakteria boleh membiak dan menghasilkan toksin.

Sebaiknya, simpan nasi dalam peti sejuk dalam tempoh 1 hingga 2 jam selepas dimasak. 

3. Jangan campurkan nasi baru dengan nasi lama
Kalau masih ada lebihan nasi semalam,
asingkan daripada nasi yang baru dimasak. Ini memudahkan kita mengurus penyimpanan dan mengetahui nasi yang perlu digunakan terlebih dahulu.

Menjaga nasi supaya tidak cepat rosak bukan sekadar tentang petua orang lama, tetapi juga cara kita mengendalikan dan menyimpan makanan dengan betul.

Amalkan kebersihan, sejukkan lebihan nasi dengan segera dan simpan di dalam peti sejuk. Dengan langkah mudah ini, kita dapat mengurangkan risiko keracunan makanan dan mengurus lebihan nasi dengan lebih selamat.

Semoga perkongsian kecil ini bermanfaat untuk semua.

Bersemangat Pergi Kerja Hari Ini

by on October 27, 2026


Assalamualaikum...
Selamat pagi..
amboi.. untunglah orang yang hybrid hari ini ye..
bersambung-sambung mood di rumah tu..

nieyl seperti biasa datang kerja seminggu 5 hari ya..
tak ada hybrid..#redha

Ya Allah pagi ni feeling pergi kerja tu sangat seronok..
sebab hari ini baru betul- betul nampak matahari terbit dengan sihat...
Udara clear, bersih dan pemandangan pergi kerja tiada lagi jerebu..
Terima kasih Ya Allah..
turunkan hujan untuk nyahkan udara tak sihat dari bumi Malaysia..

Semoga di tempat-tempat lain pun sama macam selangor dan KL..

Happy working semua!

 

23 October, 2026

Lamb Shank No.1 Batu Pahat

by on October 23, 2026



Kali ini Nieyl nak kongsikan tentang satu hidangan
 yang mungkin menarik perhatian penggemar makanan
berasaskan kambing, iaitu Lamb Shank No.1 di Batu Pahat, Johor.

Bagi peminat hidangan kambing, lamb shank sememangnya antara
 menu yang nampak menyelerakan. Potongan daging bahagian betis kambing ini
biasanya dimasak perlahan sehingga empuk
dan dihidangkan bersama kuah atau sos yang menaikkan lagi selera.


Inilah lamb Shank tu..
Nieyl tak berapa suka sangat Lamb Shank ni..
nieyl rasa sikit-sikit je...
tapi sedap!
pedas-pedas manis..


Nieyl dengan kakak ambil lauk ayam share dua..
sebab masih kenyang makan capati dekat melaka tu..

Kalau korang sedang mencari idea tempat makan
ketika berkunjung ke Batu Pahat, bolehlah
masukkan menu ini dalam senarai makanan yang ingin dicuba.

📍 Lokasi: Lamb Shank No.1, Batu Pahat, Johor

Salam Jumaat

by on October 23, 2026

 


Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua..
  Semoga hari Jumaat ini membawa ketenangan hati, melapangkan rezeki dan mempermudahkan segala urusan kita. Amin ya Rabbal Alamin. 🤍

Semalam nieyl MC tak sihat..
start dengan sakit tekak, lepas tu demam..
Alhamdulillah lepas makan ubat seharian semalam..
hari ni boleh kembali bekerja..
Nanti nieyl BW okay♥

21 October, 2026

Perancangan Pelaburan Penting

by on October 21, 2026


Hari isnin nieyl ambil cuti,
memang asalnya nak berehat di rumah..
Tapi biasalah, bila ada free time macam nie lah ..
kita pergi buat apa yang patut..

kereta saga flx nieyl usia dia dah 13 tahun..
setakat ini yang paling makan modal nieyl tukar seketul Gear Box..
kalau tak silap tahun PKP 2021..

Lepas tu dia sakit kecil-kecil je..
tak ada makan modal beribu..
Alhamdulillah..

Bulan ini ada sedikit extra..
nieyl dengan husband pergi tukar Mounting enjin,
service dan buat balancing and alignment tayar..
Bajet nieyl dalam RM800,
tapi kena dalam RM760 lebih kurang..

Alhamdulillah..
lain rasa dia bila dah tukar Mounting tu..
rasa macam bawa kereta baru..
Tapi husband nieyl kata banyak lagi kita nak buat saga tu..

Ramai suruh kiteorang beli kereta baru..
Memang lah ada hajat , tapi not now la..
nak berehat seketika dari hutang..
tahun depan punya perancangan tak tahu lagilah macam mana..

Kereta saga flx nieyl ni tak banyak ragam pun..
tapi biasalah bila dah tua, kena extra belai sikit..
tukar mana-mana yang patut ..
bagi dia rasa muda..hehehe..

next month ...
plan nak tukar exzober dan steering rack..
semoga nieyl ada rezeki lebih Amin...

Sakit tanda Allah syg..

by on October 21, 2026

Assalamualaikum
Salam pagi rabu..
Pernah tak korang terfikir,
kenapa kadang-kadang Allah hadirkan rasa sakit dalam hidup kita?

Ada masanya kita bangun pagi dengan tubuh yang sihat,
 tetapi keesokan harinya mula rasa tak sedap badan.
Tekak sakit, kepala pening, badan lesu dan akhirnya terpaksa berehat daripada melakukan rutin harian seperti biasa.

Bila sakit datang, barulah kita sedar betapa berharganya
nikmat kesihatan yang selama ini kita miliki.

Start petang semalam tekak nieyl macam dah terasa perit-perit bila minum air kosong..
ha..dalam hati ni memang dah berkata-kata dah ni..
memang akan sakit tekak..
Spray pula dah habis, 
Gigih pagi ni singgah 7e beli macam-macam jenis gula sakit tekak..
sebab malam tadi terasa sangat perit ye bila telan air liur tu..
berkali-kali terjaga dari tidur malam tadi...

Pagi ni nak kerja kan, 
jadi kena cari sesuatu yang boleh membantu mengurangkan rasa perit..
kalau tidak, nak bercakap pun terasa sakit sebab kena telan air liur..
Korang doakan sakit tekak nieyl ni tak berpanjangan ya...
sebab sangat tidak selesa sekarang...

Happy working semua...


 

20 October, 2026

Capati King Alor Gajah

by on October 20, 2026

Last weekend nieyl pergi Johor untuk site visit homestay..
gerak dari rumah dalam pukul8 pagi
 bila berjalan-jalan ke tempat orang,
perkara paling seronok ialah mencari port makan yang menarik untuk dicuba.
Dah alang-alang lalu melaka tu, 
kita singgahlah
Capati King di Alor Gajah! 😍

Inilah dia capati king yang sebelah talam ya..
nieyl pergi 5 orang, jadi kita ambil 2 set..
Ada kari ayam dan kari kambing..
Selain tu ada juga kari sardin kalau yang suka..
Ini nieyl bagi 5/5

Dia ada macam-macam jenis makanan, sate pun ada juga..
Masa sampai tu tak ramai lagi..
nieyl order soto bihun, meriah dengan bahan...
yang ini nieyl lagi 3/5 sahaja..

Kita ada juga order murtabak..
Murtabak sini lain, kulit dia macam kulit capati..sedap!
kalau korang on the way g melaka bila-bila bolehlah try capati dan murtabak dia...
dan murtabak nieyl bagi 5/5 juga..

Nama Kedai : Capati King by Atong Kitchen
Alamat: Lot 2212, Kampung Pengkalan, 78000 Alor Gajah, Melaka

Sambal Belacan Bakar

by on October 20, 2026

 


Nieyl mai lagi untuk meracun...
Konon nak rasa-rasa je sebab kalau beli online bukan semua kena tekak kita..
tapi yang ini..gerenti MANTAP..

Sambal belacan ini bukan sahaja sedap di makan dengan ayam goreng, 
ikan bakar, tapi makan dengan nasi kosong pun sedap..

Harga dia RM10..
kalau kena yang first time beli tu..
claim voucher tu, boleh dapat lebih murah..

Nieyl baru je order 3 botol lagi..
dapat harga RM9.50 sebotol..
sebab hujung minggu ni ada BBQ..
ha..sedang eloklah makan dengan sambal belacan bakar ni..

Korang kalau nak beli juga..
koran save gambar nieyl ni, masukkan dalam camera search tu..
nanti dia akan keluar..

5 Pemenang Segmen : Nieyl Cari Bloglist Baru

by on October 20, 2026

 

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tamat sudah pencarian bloglist baru nieyl..
Ada 11 blogger yang sempat join..
Terima kasih banyak-banyak..
nieyl sangat hargai..

Jom kita tengok 5 pemenang bertuah
yang akan berada di bloglist special nieyl..
 





Tahniah kepada 5 pemenang bloglist baru nieyl...

Tahniah juga kepada yang paling paling  bertuah! Sis Shuhaida
boleh claim gift dekat nieyl okay..
boleh emel dekat nieyl ASAP okay..

Selsai sudah!
InsyaÁllah ..
kita jumpa lagi di segmen yang akan datang..