26 November, 2026

Singgah Menikmati Suasana di Kopihut Kota Warisan

 


Awal bulan hari tu nieyl pergi Nilai 3 nak cari bunga telur untuk majlis aqiqah Inara..
Selesai urusan tekak haus, nieyl singgah Kota Warisan..
Nak try Kopihut sebab nak makan yang simple-simple je..

Nieyl pergi dengan kakak dan bella..
masa tu ramai juga orang dekat sini, 
nasib baik masih ada seat untuk kiteorang bertiga..

Kita belek -belek menu dulu, 
sambil pilih nak makan apa..
sekarang ni kebanyakkan restoran atau kedai makan nak order guna QR code je..
Dah jarang tengok orang datang dekat meja ambil order..

Jom tengok antara menu yang nieyl order..


Ini antara menu yang menarik perhatian.
Cucur udang dinikmati bersama kuah kacang,
gabungan yang cukup menyelerakan untuk penggemar makanan tradisional.
masa dapat ni panas lagi..

 Roti bakar antara pilihan klasik yang tak pernah lapuk ditelan zaman.
nieyl suka roti bakar kaya butter, ala tiber rindu roti bakar Old Town..


Sebagai pelengkap hidangan,
Kitaorang memilih air laici kang, teh ais dan jelly asam boi ke apa nama dia lupa lah,
Laicikang tu memang menyegarkan dengan pelbagai campuran bahan di dalamnya.

Dekat Kopihut tu banyak lagi menu-menu yang korang boleh try..
pada nieyl harga dia ok dengan rasa dia..
banyak dah cawangan dia sekarang ni..
korang boleh pergi mana-mana cawangan terdekat ok..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)