Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts

29 December, 2025

4fingers for lunch

by on December 29, 2025


Bila tak rasa nak makan nasi time lunch..
Kita makan ringan-ringan je..
ringan ke tu hahaha..
kita makan dekat 4fingers ..
sesekali ratah ayam macam tu pun sedap..
bulan ni rasanya dah 2x repeat makan 4fingers ni...
kentang macam biasa boleh order ori ataupun letak seaweed..
ayam biasa nieyl ambil spicy ..sedap!


 

24 December, 2025

First Time Makan di Sopoong

by on December 24, 2025

First Time Makan di Sopoong | Siapa suka makan makanan korea?kita tak geng hahaha..senang nieyl bukan pengemar makanan korea yang sejati tapi semalam di wanie ni ajak pergi makan dekat Sopoong. Dengan lapang hati, nieyl onz je lah sebab semalam last day keluar makan ramai-ramai sebelum semua bercuti panjang. 

Orang yang tak reti makan makanan korea, kecuali ramen hahaha, jadi nieyl order jela ramen yang mungkin boleh makan dengan rasa beef dia tu kan. So far, boleh lah makan separuh je nieyl mampu makan selebihnya tak terdaya nak habis kan sebab ramen dah kembang hahaha.. Dia punya side dish tu nieyl makan kimchi sikit dengan salad kobis tu je.. Kalau pergi lagi, mungkin nieyl akan pilih nasi goreng cheese macam wanie tu kot..



 

08 December, 2025

Raja Buah Siapa Mampu Menolak

by on December 08, 2025


Raja Buah Siapa Mampu Menolak | Ingatkan lepas makan lemang To'ki tu nak turun balik rumah dah rupanya si ikmal nak singgah makan durian, sebab kitaorang ni memang hantu durian. Boleh dikatakan sepanjang jalan bentong tu memang banyak jual durian.  Kesian dekat bella tak boleh makan, dia kena stay dalam kereta sahaja, hihihi... kami berempat je turun makan durian. 

Pilihan kitaorang petang tu nak makan musang king yang pahit-pahit sikit. Kitaorang ambil dalam 4 biji tak terlalu besar sebab takut nanti muak sebab baru lepas makan. Jujur cakap sedap gila Musang King dia, dah la murah, cantik isi dia dan puas hati betul makan sini.. 4 biji baru RM174.. kalau dekat tempat nieyl harga 4 biji ni tak ada maknanya RM174 silap-silap rm200 lebih ke 300.. Siapa suka makan durian?kita geng!

Kena Culik..

by on December 08, 2025

Kena Culik | Balik dari kenduri kahwin kan nieyl cakap nak berehat kan, tak adanya berehat. Nieyl kena culik dengan anak buah nieyl si Bella tu. Katanya nak pergi makan dalam pukul2 petang tu bergeraklah naik vellfire 5 orang. Bella dengan husband dia, kakak nieyl, nieyl dan abg ipar nieyl. Mak nieyl tak nak ikut. 

Tahu-tahu je sampai Bentong ya itupun dalam pukul4 petang. Ada orang mengidam nak makan lemang To'ki Bentong. Dia heret sekali makcik dia ni ha..

Ini harga - harga set lemang yang disediakan. Tak adalah mahal sangat pada nieyl ok la harga dia. Ini kali pertama nieyl sampai sini. Masa nieyl sampai tak ramai orang dah, so masih boleh pilih nak duduk dekat mana, 10 min lepas tu ramai orang baru sampai hehehe..pembawa rezeki kita ni hehehe..
Ini antara makanan yang kitaorang try. Datang sini memang semata-mata nak makan lemang dan rendang sahaja. Harga yang nieyl share tadi tu, sepinggang tu ada 4 keping lemang dan rendang daging atau ayam. Personally, nieyl rasa lemak dia memang sedap cukup lemak, masin dan tak keras. Rendang daging dan ayam pun sedap. Ada lagi yang special kalau korang pergi makan sini, korang ambil ayam bakar dan kuah air asam dia. Sangat sedap dan nieyl sampai beli sebotol air asam dia bawa balik hehehe..

Datang jauh-jauh takkan tak borongkan. Nieyl beli juga untuk bawa balik makan dekat rumah dengan mak. Masa on the way nak balik tu kononnya nak singgah bukit tinggi bila dah sampai dekat guard dah tak boleh masuk maybe takut turun gelap nanti kan. So, gerak la balik ke rumah tapi sebelum tu..ada singgah 1 tempat lagiiii...ok nanti sambung...
 

27 November, 2025

Malam Santai di Restoran Dapur Thai Cybersouth

by on November 27, 2025

 

Malam Santai di Restoran Dapur Thai Cybersouth | Semalam nieyl dan husband keluar makan malam di Restoran Dapur Thai Cybersouth ini salah satu tempat kegemaran nieyl bila teringin makanan Thai yang sedap, pedas, tapi tetap rasa “homey”. Walaupun kawasan Cybersouth ni tak sebesar kawasan lain, tapi vibe makan malam di sini memang tenang dan selesa.

Sama je menu-menu macam restoran thai yang membezakan adalah rasa masakan tu. Nieyl order tak banyak sebab memang dari pejabat lagi tekak teringin nak makan tomyam. Jom tengok apa nieyl order..

Biasalah apa-apa pun air akan sampai dulu. Husband nieyl order laicikang dan nieyl air laici. Nieyl tak minum air laicikang tapi semalam nieyl tengok air laicikang tu terliur hahaha, lagi-lagi biji-biji merah putih kuning tu sedap rasa macam jelly boba. Next time kalau makan sini nak order laicikang hehehe.. Harga laicikang ni RM6.00 dan air laici pun RM6.00.

Nieyl order kuey Teow Tom Yam Campur. Pekat dan pedas. Nieyl suka sebab dia tak kedekut bahan. Kalau tomyam campur dalam dia ada ayam, sotong, udang, lala, kepah hijau. Memang puas hati. Harga RM12.00

Husband nieyl makan nasi goreng biasa cuma kali ni kepedasan dia husband nieyl tak berapa nak tahan kesian dia. Dia makan banyak cuma tak habis tinggal 1 sudu macam tu. Dia tak tahan dah. Untuk nieyl ok je sebab nieyl makan pedas kot. Harga nasi goreng biasa ni RM8.00

Husband add on daging masak merah. Untuk nieyl rasa dia biasa je cuma daging dia banyak jenuh nieyl nak menguyah hihihi.. Harga Rm8.50. Sudahnya kan semua makanan nieyl yang habis kan. Aduhai..manalah tak naik kg macam ni kan..

Kadang-kadang bahagia itu ada dalam waktu-waktu sederhana macam ni , duduk berdua, berkongsi makanan, dan menikmati masa bersama.♥

29 August, 2025

Pertama Kali Makan di Bumbu Babah

by on August 29, 2025



Pertama Kali Makan di Bumbu Babah | Dah lama nieyl teringin nak makan dekat restoran Bumbu babah milik Ajak Shiro ni sebab dalam masa setahun banyak cawangan di buka, salah satu yang paling dekat dengan nieyl, dia Cyberjaya. So, last week rehat hari jumaat nieyl pergi makan dengan anak buah nieyl. Sampai tu orang dah beratur sampai pintu dah, selepas 10 minit orang beratur sampai keluar pintu. 

Nieyl tak beratur, nieyl pergi cop tempat sebab tempat dekat restoran dia tak banyak meja. Kebanyakkan orang yang beratur tadi tu ada yang makan dine in dan ramai juga yang take away. Restoran Bumbu Babah merupakan rangkaian nasi padang moden dan viral di Malaysia. Dengan gabungan masakan Minang tradisional dan pendekatan kontemporari yang semakin popular.  

Sementara menunggu makanan sampai tu, nieyl perhatikan keliling nieyl nasi padang ni bukan sahaja orang melayu suka kan, ada juga bangsa cina dan india juga suka makan tau..

Konsep set nasi padang ala moden; pelanggan pilih lauk sendiri, nasi disediakan dengan pelbagai sayur, telur separuh rebus, dan sambal dihidangkan dalam satu set. Contoh macam yang nieyl order dengan anak buah nieyl tu, cuma ada tambah paru crispy dan babat masak lemak cili api. Oh ye satu lagi air teh ais dari indonesia dalam botol, sedap nieyl suka. Total makanan nieyl RM49.++ untuk dua orang. Makanan pun sedap, harga berpatutan dan restoran bersih dan teratur. 

14 August, 2025

Gastrohub Nilai: Kafe Kaca & Suasana Estetik yang Menggamit Selera

by on August 14, 2025


Gastrohub Nilai | Selepas selesai kewajipan kita, kitaorang bergerak ke Cafe pilihan afika iaitu Gastrohub yang terletak di Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan lebih dikenali sebagai “Kafe Kaca”, di mana ruang utamanya adalah rumah kaca berhawa dingin dengan latar pepohonan hijau dan aliran sungai kecil dan boleh rasa vibe yang tenang. 

Ini kali pertama juga nieyl ke cafe ni, dari luar pun memang nampak teruja nak masuk dalam, nak tengok bahagian dalam dia macam mana. 

Kafe ini menawarkan tiga ruang makan berbeza: kawasan luar terbuka, ruang kaca berhawa dingin, dan ruang atas untuk acara peribadi. Sangat sesuai untuk majlis sambutan, hi-tea, atau pertemuan mesra kerana keselesaan dan reka bentuknya yang “Instagrammable” Yang atas ni adalah stesen take away air dan dessert.

Ini kaunter pembayaran berbelakangkan tempat buat air yang berkonsepkan transparent . So, boleh nampak staff tengah buat air tu. 

Selalu kalau coffee hunting, kitaorang takkan membazir nak order makanan yang banyak-banyak tu ya. Cukup lah order apa yang nak rasa sahaja. Antara menu ada sweet potato yang ini sumpah sedap makan panas-panas ya. Pizza pun sedap juga lembut je roti dia. Kalau sampai pizza tolong makan dulu pizza tau sebab panas-panas sedap sangat. Tiramisu pada nieyl biasa je dan croissant salted egg sedappp..

Total kitaorang makan dekat sini RM120. Untuk nieyl berbaloi sebab makanan dia sedap. Kalau korang nak buat sambutan birthday pun boleh tau , dia ada pakej juga sekali makan. Kalau scan menu nanti ada pakej-pakej yang ditawarkan dekat cafe tu. 

Yang mana dekat-dekat tu yang masih belum cuba cafe ni bolehlah cuba nanti okay..

Kafe ini dibuka setiap hari dengan waktu berbeza:

Isnin–Khamis: 12:30 pm – 10:00 pm
Jumaat: bermula 3:00 pm
Sabtu & Ahad: 9:30 am – 10:00 pm

Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai

by on August 14, 2025

 
Aunty Aini's Garden Cafe | Siapa ingat nieyl share yang weekend nieyl nak outing dengan afika dan syida?Weekend baru ni lah outing nya kalau ikutkan nak bincang-bincang pasal nak pergi Terengganu next month lah. Dan kebetulan pula dah lama tak berkumpul bertiga. Afika gerak dari Batu Hadap dalam pukul8.30 pagi sampai Cyberjaya dalam pukul11.00 pagi. Nieyl dengan syida pergi pick up Afika dekat rumah kakak dia.

Oh sebelum tu biasalah, kalau outing ni wajib ada tema warna ya hehehe. Kali ni nieyl pilih warna biru. Jadi seperti biasa semua mengikut tema ya yang paling kelakarnya bila afika masuk je dalam kereta masing-masing dah tergelak besar dah sebab baju dan corak afika dengan nieyl sama ahahaha. 

Tengah hari tu, kitaorang bertiga tiada hala tuju yang sebenar lagi ya. Cuma yang kita orang tahu nak pergi outing area Nilai , Seremban macam tu. Bila bertiga dah duduk satu kereta, baru kita gerak menuju ke destinasi pertama iaitu cari tempat makan. Masa tu nak masuk lunch time dah, masing-masing dah lapar. 

Untuk kali ini kita pilih untuk lunch dekat Aunty Aini's Garden Cafe Nilai Negeri Sembilan. Ini kali pertama nieyl menjejakkan kaki di sini. Actually kedai makan ni betul-betul tepi jalan so, jalan drive laju memang akan terlepas pandang. Walaupun tepi jalan korang jangan risau tentang parking sebab tempat parking memang ada disediakan dan ada RELA yang jaga. 

Masuk je pintu cafe ni rasa macam wow!sungguh kehijauan dalam tu memang redup dipayung oleh pokok-pokok yang besar dan cantik ya keliling dia. Love sangat. 

Ni gambar teaser IG story nieyl hari tu..

Tadahh...afika here!Masa sampai tu kan, korang kena tulis nama dan berapa orang dalam buku yang disediakan. Kemudian, disediakan tempat duduk untuk menunggu. So far, hari tu tak adalah lama sangat menunggu dalam 10 minit macam tu je. Sambil menunggu tu, bolehlah snap-snap gambar dulu..

Tak sangka pula kitaorang dapat seat pondok dan duduk bersila. Teruja pula rasanya, makan dalam pondok. Korang jangan risau setiap pondok disediakan kipas atas. Dan takkan panas ok..

Ini antara lauk pauk yang kitaorang order. Actually kitaorang bertiga ni kalau keluar memang suka kongsi makanan macam ni. Nieyl order nasi 3 , telur dadar, kerabu pucuk paku, ulam sambal belacan, ikan patin tempoyak , daging salai masak lemak dan 1 jug air sirap, total dalam RM80.40 

Siapa nak try makan suasana kampung, duduk bersila bolehlah makan di sini. Makanan dia pun sedap , terutamanya kerabu pucuk paku dan lemak daging salai. Banyak lagi makanan yang sedap-sedap tau. oh ya lupa, nieyl baru tahu rupanya cafe garden ni mak kepada pelakon zarina anjoulie atau anju.. Itupun syida google hihihi..


Aunty Aini's Garden Cafe
Batu 16, Kampung Chelet,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

01 August, 2025

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

by on August 01, 2025

 

Lunch Warong Geprek Cyberjaya | Hari ni nieyl happy sebab akhirnya partner lunch jumaat nieyl dah kembali bekerja hari ini, setelah bercuti 3 minggu. Siapa lagi kalau bukan anak buah nieyl hehehe, bella dah start kerja semula hari ini. Actually bella kerja di klinik area Cyberjaya kira dekat-dekat juga dengan pejabat nieyl. 

Memang setiap bulan kitaorang akan keluar lunch jumaat sama-sama, sembang, shopping sama-sama. Walaupun ni dah jadi isteri orang dia still luangkan masa dengan nieyl melayan makcik dia ni..

So, lunch hari ni kitaorang makan dekat Tamarind Square, kita try makan dekat Warong Geprek actually nieyl dah 2 ke 3x makan sini cuma bella baru kali pertama. 

Bella dia order sotong tepung Salted egg. Bella kata sedap doh oh..salted egg dia sedap. Dan sotong dia fresh dan tak guna sotong ring yang liat tu.

Nieyl pula order talapia goreng. Nieyl suka sebab ikan kita order baru dia goreng, jadi sampai dekat kita masih panas dan garing. Memang macam makan dekat rumah la sis, kita makan pakai tangan baru sedap. Harga set ni dalam rm17.++ macam tu. 

Dia ada macam-macam lagi pilihan yang boleh kita order.Kalau bawa anak-anak makan sini pun ok juga sebab makanan dia tak campur cili pun. Kalau korang singgah cyberjaya bolehlah singgah tamarind Square ni, ada banyak cafe-cafe dan kedai makan yang korang boleh cuba okay..Ini memang port nieyl lunch selalu..hehehe...

18 June, 2025

Glaze Eatery, Tamarind Square

by on June 18, 2025


Glaze Eatery, Tamarind Square | Lambat nak post, 2 minggu lepas Ex boss nieyl ajak pergi lunch sama-sama. Rindu juga lah sebab dah 2 tahun bersara, jarang dapat jumpa. Ini dia ajak pergi lunch nieyl pun ok je la masuk lewat sikit dah bgtau bos nieyl dah. Soalan yang selalu ex boss nieyl akan tanya "Nak makan mana?" , dia akan cakap nieyl ni GPS dia. 

Nieyl bawa pergi Tamarind Square, cuma masa dalam kereta tu tak tahu nak makan dekat restoran yang mana sebab banyak. Takut tak kena dengan selera ex boss nieyl tu. Cubaan untuk bawa dia makan westren hampir-hampir tak berjaya tau, nasib baik ada staf cafe tu muda, elok rupanya ex boss nieyl Onz makan situ hahaha.. 

Staf recommend makan pasta dekat situ, dia kata sedap dan kami bertiga ni memang Onz je la kalau dah dia cakap sedap tu kan..Jom tengok apa nieyl order..

Crusted Chicken Chop 10/10
Kalau pergi sini lagi, nieyl akan repeat ni, ayam dia luar crispy dalam masih juicy dan dia punya fried sedapppp...

Pasta Masak Lemak Cili Api , nieyl ada add on ayam ni tapi lupa dah nama dia..
10/10

Yang ini pun sedap juga, nieyl suka ayam add on dia tu..
ex boss nieyl orang negeri sembilan, masak lomak cili api memang dia suka la..

Aglio Olio 9/10
yang ini pun sedap juga, tapi portion dia sikit hehehe..
tak puas makan hehehe, rasa sedap..

Ada satu lagi, yang dia recommend chicken buttermilk tapi masa tu tak rasa nak makan nasi tu yang makan westren je. Overall semua makanan dia sedap, dan nieyl recommend untuk korang yang nak try makan dekat sini nanti okay...

A-03-03A, Tamarind Square,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya, Selangor

23 May, 2025

Singgah Lavender Garden

by on May 23, 2025

Singgah Lavender Garden | Kalau naik brinchang Lavender Garden ni antara tempat yang nieyl nak pergi, seingat ni last nieyl naik cameron 2013 , now dah 2025 kira-kira 12 tahun yang lalu. Banyak sangat perubahan lavender garden ni dah banyak tempat untuk berOOTD dalam tu dan ada juga cafe dan bahagian atas sekali tu ada pokok-pokok strawberry yang korang boleh petik sendiri tapi nieyl tak naik atas sekali. 

Masuk je belah kanan tu banyak pokok-pokok lavender dan daisy. Sangat cantik kalau nak berOOTD dekat situ nampak macam di luar negara gitieww..

Itulah kalau pergi dengan anak-anak buah yang dah besar-besar ni, dia suka suruh makcik dia ni berpose sana pose sini..Moh kita panjat hahah..

Geram betullah tengok pokok-pokok bunga dekat CH ni, segar-segar je kalau bawa turun ni adeh kelayuan silap-silap mati dah..

Antara tempat OOTD yang sangat banyak dalam lavender garden ni so, tak rugi pun korang singgah sini untuk rasa kecantikan bunga dan taman-taman yang dioerang buat untuk pengunjung.

Pantang nampak buai, nak naik tapi risau terlebih muatan, so acah-acah jela naik ya..tak berani nak angkat kaki hahaha

Selain pokok bunga, pokok hijau pun cantik disusun tepi jalan masuk ke atas tu. Lavender garden ni dah teratur sikit dah kalau dulu jalan masuk dan keluar laluan yang sama sekarang ni dia dah buat jalan masuk lain dan keluar pun lain. Good Jobs.. Ok harga tiket masuk untuk dewasa RM20 dan untuk kanak-kanak RM10. So, nanti kalau korang ke CH, singgah lah bawa anak-anak okay..

22 May, 2025

Cuba Makanan di Kea farm

by on May 22, 2025


Cuba Makanan di Kea farm | Selain pergi Kea Farm untuk shopping buah dan sayur, nieyl nak pergi try makanan yang dok viral kata wajib singgah tu. Actually bila sampai kedai-kedai buat macam dekat kaki lima tu je, ruang untuk kita nak berjalan tu pun sempit sikit. Jom tengok apa yang nieyl try makan..

First nieyl try Aiskrim viral, dia ada banyak flavour tapi nieyl nak try yang strawberry. Harga sebatang ni RM6 kalau tak silap nieyl, lupa dah..Untuk nieyl aiskrim ni ok je cuma bukan taste nieyl kot dan untuk nieyl tak repeat makan dah.. Tapi tekak orang lain-lain mungkin ada yang suka.

Yang kedua nieyl try Jagung Cheese Tarik . Ha..yang ini petua dia lepas beli terus makan ok jangan simpan-simpan. Rasa dia sedap, lemak manis dan 1 bekas ni boleh share ramai-ramai. Sebab tak lalu nak makan banyak sebab dia cheese cepat muak.. Tapi sedap! Harga RM12

Last sekali yang nieyl try adalah Strawberry Chocolate . Kalau Strawberry celup chocolate tu dah biasa sangatkan, so nieyl try campur dengan matcha milk with cream.. Sumpah! sedappp!rasa dia balance, masam manis chocolate matcha tu. KOmbinasi yang sangat menjadi dan sedap. Yang ini akan repeat lagi..Harga RM18.

Cuma ada 1 je nieyl tak dapat nak makan, Scone CH.. Tapi tak apa la, scone tu dekat sini pun ada jual juga yang sedap tak ralat sangat hehehe...cuma saja nak rasa yang dekat atas punya.. Ok lah bab makan dah share dah...Next entry jalan-jalan lagiii

21 May, 2025

Malang tidak berbau

by on May 21, 2025

Malang tidak berbau | Short Vacation nieyl kali ini mencabar ya..sebelum check in hotel plan asalnya adalah nak pergi melawat tempat lain, masa on the way tu terlepas simpang dan kita masuk kawasan hospital Sultanah  Hajjah Kalsum CH untuk pusing. Nieyl pergi 2 kereta , satu lancer dan satu lagi ford 4x4.. Nieyl dalam kereta Ford , first tu lancer dah lepas pusing kereta kemudian ford pula masa ford nak pusing tu tak perasan ada tembuk tajam tepi tu abang ipar nieyl ingatkan lepas rupanya tak lepas langgar tembuk tajam tu dan tayar keras 4x4 tu bocor...perh!

Tersadai dekat parking hospital dekat 2 jam ya..sementara nak tunggu foreman kereta sampai. Bila foreman sampai, dia cakap tayar tak ada dia kena cari dulu. Dia cakap ahad baru ada, sementara tu dia tukar dulu guna tayar spare. Kebetulan pula tu tayar spare tu tak sama lebar dengan tayar yang pakai sekarang. Jadi, cuak juga lah nak bayar jalan-jalan cameron.

Sudahnya..sepanjang hari sabtu dan ahad kita berjalan naik kereta lancer je 6 orang hahaha..Kereta ford kita parking je dekat hotel , bila nak gerak balik baru pergi bengkel foreman tu untuk tukar tayar, rezeki memang foreman dapat cari tayar baru sebiji tayar asal. Legaaa..


Kak SA ada komen tanya keadaan dekat sana. Actually sejujurnya kalau korang nak naik ke CH tolong bergerak awal pagi macam nieyl , kalau korang baru nak naik pukul8 tu memang menangis mengadap jem nak naik lagi-lagi kalau korang nak naik ke brinchang tu. Dan satu lagi elakkan naik CH waktu petang sebab petang memang CH hujan. Kalau korang nak pergi weekend macam nieyl , boleh je tapi kena keluar awal pagi dan pastikan sampai tanah rata tu dalam pukul8 pagi untuk elak jem untuk ke brinchang ya..

Risau tanah runtuh tu nieyl pun takut juga masa pergi tu, tapi Alhamdulillah cuma masa nak turun ke bawah tu dah mula start hujan sikit-sikit, itupun jalan nak naik atas tu ada pokok kecik tumbang, nasib baik pihak berkuasa cepat bersihkan bagi mengelakkan jem. 

Nak naik CH ni boleh tapi kena rancang betul-betul perjalanan, elakkan pergi musim hujan macam sekarang ni area CH ni petang je dia hujan. Lepas hujan memang CH sejuk lah seronok hihihi...

Kepada yang nak pergi CH, ingat rancang perjalanan korang tau..nieyl dah bagi tips tadi kan.. Try lah guna mesti perjalanan korang takkan stress ke CH hihihi...







 

20 May, 2025

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

by on May 20, 2025


Stay Zenith Hotel Cameron Highlands | Kali ini penginapan 2 hari 1 malam ni di Zenith Hotel Cameron Tanah Rata. Penginapan ini ditaja oleh anak buah nieyl, hihihi..kita ambil 2 bilik. 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. Ini kali pertama juga nieyl stay dekat hotel ni.  Sementara menunggu bilik disiapkan tu, kita lepak di lobi dia yang sangat besar dan cantik..

Ada beberapa sudut lobi yang nieyl sempat snap, tak dapat nak snap semua sebab time ni kepenatan dan mengantuk sangat. Nieyl tidur 2 jam sahaja sebab Jumaat malam dinner balik pun dah pukul11.30 malam..Kemas bag, iron baju semua dah pukul1 pagi lepas tu baru tidur..Pukul3.30 pagi bangun siap-siap, pukul4 dah gerak ke CH. jadi, bila duduk menunggu dekat lobi tu pun nieyl dah tertidur.. 

Lobi sangat luas, tenang dan bersih. Kalau nak minum pun ada disediakan juga depan kaunter tu. 

Nieyl pun tak pasti bilik yang dia ambil tu macam mana rupa, surprise benor. Dia ambil bilik signature King with breakfast. Yang pening  penting, view dekat balkoni dia cantik sis. Waktu pagi berkabus lah time snap ni dah pukul2 tengah hari..

Jom tengok bilik pula, katil king yang boleh muat 3 orang cun sangat dah tu kan. macam biasa semuanya cantik , bersih cumanya bilik air dan toilet dinding cermin yang boleh nampak bayang-bayang ya hahaha..jadi, setiap kali nak mandi ke toilet ke pesan siap-siap jangan datang dekat hahaha..
Harga untuk 1 malam sekali dengan breakfast RM430.56 untuk 3 person.

Nieyl lunch 2 hari dekat CH ni , makan dekat Medan Selera betul-betul bawah hotel je tak payah susah-susah nak cari kedai makan untuk lunch, harga makanan pun murah dan sedap, kita ni pergi mana-mana mesti nak makan lauk-lauk kampung kan..mudah lunch situ je..


Ok next ke mana nieyl pergi..stay tuned