Showing posts with label Cameron Highlands 2025. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands 2025. Show all posts

23 May, 2025

Singgah Lavender Garden

by on May 23, 2025

Singgah Lavender Garden | Kalau naik brinchang Lavender Garden ni antara tempat yang nieyl nak pergi, seingat ni last nieyl naik cameron 2013 , now dah 2025 kira-kira 12 tahun yang lalu. Banyak sangat perubahan lavender garden ni dah banyak tempat untuk berOOTD dalam tu dan ada juga cafe dan bahagian atas sekali tu ada pokok-pokok strawberry yang korang boleh petik sendiri tapi nieyl tak naik atas sekali. 

Masuk je belah kanan tu banyak pokok-pokok lavender dan daisy. Sangat cantik kalau nak berOOTD dekat situ nampak macam di luar negara gitieww..

Itulah kalau pergi dengan anak-anak buah yang dah besar-besar ni, dia suka suruh makcik dia ni berpose sana pose sini..Moh kita panjat hahah..

Geram betullah tengok pokok-pokok bunga dekat CH ni, segar-segar je kalau bawa turun ni adeh kelayuan silap-silap mati dah..

Antara tempat OOTD yang sangat banyak dalam lavender garden ni so, tak rugi pun korang singgah sini untuk rasa kecantikan bunga dan taman-taman yang dioerang buat untuk pengunjung.

Pantang nampak buai, nak naik tapi risau terlebih muatan, so acah-acah jela naik ya..tak berani nak angkat kaki hahaha

Selain pokok bunga, pokok hijau pun cantik disusun tepi jalan masuk ke atas tu. Lavender garden ni dah teratur sikit dah kalau dulu jalan masuk dan keluar laluan yang sama sekarang ni dia dah buat jalan masuk lain dan keluar pun lain. Good Jobs.. Ok harga tiket masuk untuk dewasa RM20 dan untuk kanak-kanak RM10. So, nanti kalau korang ke CH, singgah lah bawa anak-anak okay..

22 May, 2025

Untunglah ada En. Tunang

by on May 22, 2025

Untunglah ada En. Tunang | Orang perempuan kalau dapat shopping bagaikan tiada hari esok. Ha..itulah kakak nieyl ye, bukan nieyl hahaha sebenarnya sama je. Korang bayangkan lah bawa kereta bonet tak berapa nak besar tapi beli barang sampai penuh ya..

Dan yang tak tahannya tu, nieyl duduk depan kena pangku Patung Capybara ada anak kura-kura.  Kisahnya anak buah nieyl yang tunang tu dia saja cakap dengan tunang dia nak Capybara besar tu , tunang dia tak layan pun. Lepas tu kitaorang pun pergi berjalan membeli belah lagi, tunang bella ni dia kata tunggu dekat kereta.

Bila dah settel shopping semua, nak masuk kereta..ada pula binatang besar ni dekat seat nieyl hahaha..
Sukaa lah anak buah nieyl tu, masalahnyaa yang jadi mangsanya nieyl duduk depan kena pangku benda ala ni yang bapak punya besar..ee..geram aku hahaha...tutup pemandangan depan nieyl hahaha...Korang nak tahu x, dekat rumah tu ada 1 lagi patung penyu dari terengganu yang besar gila. Entah mana dia nak letak pun tak tahu la, alih-alih bawah lantai juga duduknya tu nanti tu..percayalah..

Cuba Makanan di Kea farm

by on May 22, 2025


Cuba Makanan di Kea farm | Selain pergi Kea Farm untuk shopping buah dan sayur, nieyl nak pergi try makanan yang dok viral kata wajib singgah tu. Actually bila sampai kedai-kedai buat macam dekat kaki lima tu je, ruang untuk kita nak berjalan tu pun sempit sikit. Jom tengok apa yang nieyl try makan..

First nieyl try Aiskrim viral, dia ada banyak flavour tapi nieyl nak try yang strawberry. Harga sebatang ni RM6 kalau tak silap nieyl, lupa dah..Untuk nieyl aiskrim ni ok je cuma bukan taste nieyl kot dan untuk nieyl tak repeat makan dah.. Tapi tekak orang lain-lain mungkin ada yang suka.

Yang kedua nieyl try Jagung Cheese Tarik . Ha..yang ini petua dia lepas beli terus makan ok jangan simpan-simpan. Rasa dia sedap, lemak manis dan 1 bekas ni boleh share ramai-ramai. Sebab tak lalu nak makan banyak sebab dia cheese cepat muak.. Tapi sedap! Harga RM12

Last sekali yang nieyl try adalah Strawberry Chocolate . Kalau Strawberry celup chocolate tu dah biasa sangatkan, so nieyl try campur dengan matcha milk with cream.. Sumpah! sedappp!rasa dia balance, masam manis chocolate matcha tu. KOmbinasi yang sangat menjadi dan sedap. Yang ini akan repeat lagi..Harga RM18.

Cuma ada 1 je nieyl tak dapat nak makan, Scone CH.. Tapi tak apa la, scone tu dekat sini pun ada jual juga yang sedap tak ralat sangat hehehe...cuma saja nak rasa yang dekat atas punya.. Ok lah bab makan dah share dah...Next entry jalan-jalan lagiii

21 May, 2025

Singgah The Sheep Sanctuary

by on May 21, 2025

 

Singgah The Sheep Sanctuary | Anak buah nieyl ajak pergi sini untuk tengok sheep. Turun je tangan dah ada beberapa ekor sheep yang menanti. Awal-awal lagi penjaga tu dah pesan, kotak makanan sila sorokkan sebab sheep ni dia dah kenal kotak makanan tu dan dia akan serbu kita. Macam ni nieyl dah sorok dalam poket belakang dah, sebab dia dah start datang dekat nieyl dah..

Misi nieyl adalah nak ambil gambar dengan sheep je..nieyl pegang bulu dia Ya Allah tebalnya bulu dia macam karpet.  Dalam pada takut tu, nieyl cuba juga nak pegang sambil senyum yaa.. Cantikkan gambar dia kan..

Reality nya nieyl takut sis hahahaha...boleh pula dia datang dekat dengan nieyl, adeh dah la penakut. 

Nieyl ada juga try bagi dia makan rumput, lepas tu abg ipar nieyl ni dia pergi bagi makan banyak-banyak lepas tu, binatang ni dia hembus semua makan dia ke nieyl hahaha..sengal betul...

Yang ini lagi la,masa nak gerak naik tangga tu boleh pula dia laga-laga badan dekat kita hahaha..mahu tak kecut perut awak..Kalau korang nak tahu, yang pergi tengok sheep ni bukan semuanya berani , ada je yang penakut macam nieyl ni , jerit-jerit tu perkara biasa lagi-lagi bila kena serbu dengan sheep hahaha..dia minta kita makan..selagi tak lagi, dia akan ikutttt...

Harga Tiket 
Dewasa - RM12
Kanak-kanak - RM7

The Sleep Sanctuary ni dekat Kea Farm je , lepas korang pergi membeli belah tu bolehlah singgah sini..

Malang tidak berbau

by on May 21, 2025

Malang tidak berbau | Short Vacation nieyl kali ini mencabar ya..sebelum check in hotel plan asalnya adalah nak pergi melawat tempat lain, masa on the way tu terlepas simpang dan kita masuk kawasan hospital Sultanah  Hajjah Kalsum CH untuk pusing. Nieyl pergi 2 kereta , satu lancer dan satu lagi ford 4x4.. Nieyl dalam kereta Ford , first tu lancer dah lepas pusing kereta kemudian ford pula masa ford nak pusing tu tak perasan ada tembuk tajam tepi tu abang ipar nieyl ingatkan lepas rupanya tak lepas langgar tembuk tajam tu dan tayar keras 4x4 tu bocor...perh!

Tersadai dekat parking hospital dekat 2 jam ya..sementara nak tunggu foreman kereta sampai. Bila foreman sampai, dia cakap tayar tak ada dia kena cari dulu. Dia cakap ahad baru ada, sementara tu dia tukar dulu guna tayar spare. Kebetulan pula tu tayar spare tu tak sama lebar dengan tayar yang pakai sekarang. Jadi, cuak juga lah nak bayar jalan-jalan cameron.

Sudahnya..sepanjang hari sabtu dan ahad kita berjalan naik kereta lancer je 6 orang hahaha..Kereta ford kita parking je dekat hotel , bila nak gerak balik baru pergi bengkel foreman tu untuk tukar tayar, rezeki memang foreman dapat cari tayar baru sebiji tayar asal. Legaaa..


Kak SA ada komen tanya keadaan dekat sana. Actually sejujurnya kalau korang nak naik ke CH tolong bergerak awal pagi macam nieyl , kalau korang baru nak naik pukul8 tu memang menangis mengadap jem nak naik lagi-lagi kalau korang nak naik ke brinchang tu. Dan satu lagi elakkan naik CH waktu petang sebab petang memang CH hujan. Kalau korang nak pergi weekend macam nieyl , boleh je tapi kena keluar awal pagi dan pastikan sampai tanah rata tu dalam pukul8 pagi untuk elak jem untuk ke brinchang ya..

Risau tanah runtuh tu nieyl pun takut juga masa pergi tu, tapi Alhamdulillah cuma masa nak turun ke bawah tu dah mula start hujan sikit-sikit, itupun jalan nak naik atas tu ada pokok kecik tumbang, nasib baik pihak berkuasa cepat bersihkan bagi mengelakkan jem. 

Nak naik CH ni boleh tapi kena rancang betul-betul perjalanan, elakkan pergi musim hujan macam sekarang ni area CH ni petang je dia hujan. Lepas hujan memang CH sejuk lah seronok hihihi...

Kepada yang nak pergi CH, ingat rancang perjalanan korang tau..nieyl dah bagi tips tadi kan.. Try lah guna mesti perjalanan korang takkan stress ke CH hihihi...







 

20 May, 2025

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

by on May 20, 2025


Stay Zenith Hotel Cameron Highlands | Kali ini penginapan 2 hari 1 malam ni di Zenith Hotel Cameron Tanah Rata. Penginapan ini ditaja oleh anak buah nieyl, hihihi..kita ambil 2 bilik. 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. Ini kali pertama juga nieyl stay dekat hotel ni.  Sementara menunggu bilik disiapkan tu, kita lepak di lobi dia yang sangat besar dan cantik..

Ada beberapa sudut lobi yang nieyl sempat snap, tak dapat nak snap semua sebab time ni kepenatan dan mengantuk sangat. Nieyl tidur 2 jam sahaja sebab Jumaat malam dinner balik pun dah pukul11.30 malam..Kemas bag, iron baju semua dah pukul1 pagi lepas tu baru tidur..Pukul3.30 pagi bangun siap-siap, pukul4 dah gerak ke CH. jadi, bila duduk menunggu dekat lobi tu pun nieyl dah tertidur.. 

Lobi sangat luas, tenang dan bersih. Kalau nak minum pun ada disediakan juga depan kaunter tu. 

Nieyl pun tak pasti bilik yang dia ambil tu macam mana rupa, surprise benor. Dia ambil bilik signature King with breakfast. Yang pening  penting, view dekat balkoni dia cantik sis. Waktu pagi berkabus lah time snap ni dah pukul2 tengah hari..

Jom tengok bilik pula, katil king yang boleh muat 3 orang cun sangat dah tu kan. macam biasa semuanya cantik , bersih cumanya bilik air dan toilet dinding cermin yang boleh nampak bayang-bayang ya hahaha..jadi, setiap kali nak mandi ke toilet ke pesan siap-siap jangan datang dekat hahaha..
Harga untuk 1 malam sekali dengan breakfast RM430.56 untuk 3 person.

Nieyl lunch 2 hari dekat CH ni , makan dekat Medan Selera betul-betul bawah hotel je tak payah susah-susah nak cari kedai makan untuk lunch, harga makanan pun murah dan sedap, kita ni pergi mana-mana mesti nak makan lauk-lauk kampung kan..mudah lunch situ je..


Ok next ke mana nieyl pergi..stay tuned

Nasi Lemak Abang Strawberry

by on May 20, 2025

Nasi Lemak Abang Strawberry | Short Vacation nieyl last week ni tiada dalam plan langsung. Tahu-tahu sampai Cameron Highlands hihihi. Bila dah sampai ni wajiblah kita pergi jalan-jalan dan semestinya bukan duduk hotel je ok. Nieyl gerak pada hari Sabtu jam 4.00 pagi tau korang, sebab kalau boleh nak sampai CH sebelum pukul8 pagi. Destinasi pertama yang nieyl pergi bila dah sampai CH adalah Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry. Kalau korang taip dekat TikTok tu Nasi Lemak Abang Strawberry tu , banyaklah video-video dia tapi yang ini pilihan anak buah nieyl, so..nieyl ikut sahaja. 

Cantikkan bahagian atas dihiasi dengan  pokok bunga rose yang sangat banyak. Kedai ni sangat selesa dan bersih je dan cara nak order semua guna apps. Bila dah pilih makanan, kena pergi ke kaunter untuk buat pembayaran dahulu sebelum makanan yang kita order dalam apps di proses. Masa nieyl pergi tu waktu pagi, masih banyak lagi meja kosong, tapi bila dah pukul9.30 tu beratur orang dekat luar ya untuk makan dekat sini. Full house.. Walaupun full house korang jangan risau sebab makanan kita tu cepat je sampai.

Sementara menunggu makanan kita sampai, kita minum dulu..nieyl order teh O panas, feeling-feeling sejuk hahaha, sebenarnya cameron tak macam dulu sejuk dia, kita masih boleh lagi rasa panas tu. Cute kan cawan kertas dia, Colourful.

Makanan dah pun sampai. Nieyl makan nasi lemak uniknya nasi lemak dia tu adalah warna nasi dia tu pink ke merah² macam tu. Dia guna beras basmathi sebab itulah nasi dia nampak cantik panjang-panjang. Set nasi lemak ada telur mata, timun , kangkung, sambal , ikan bilis pedas kering dan ayam goreng. Selain tu dia ada juga nasi lemak daging dendeng, kalau ada yang suka. 

Untuk nieyl nasi lemak dia biasa je, cuma nieyl suka ikan bilis garing pedas dan sambal dia. Croissant Drizzle dia sedap dan baby pancake strawberry milk tu terlalu manis. Pancake Classic tu nieyl tak rasa tapi kakak nieyl kata sedap..

Kalau pergi cameron ni kita akan jumpa macam-macam produk yang dijual berasaskan strawberry. Dekat kedai Abang Strawberry ni ada jual kordial, ada jual sambal dan macam-macam lagi. 

Nasi Lemak Abang Strawberry
27, Jalan Taman Sedia, 
Tanah Rata 
39000 Tanah Rata, Pahang

Tips: Kalau korang nak pergi sini, tak perlu masuk ikut jalan depan kedai sebab situ tak ada tempat parking dan jalan mati. Rata-rata orang parking tepi jalan tapi jauh lah kalau yang bawa warga emas tu macam tak sesuai nak parking jauh-jauh. Korang kena rajin pusing area situ sebab ada kawasan rumah dekat situ yang boleh sewa parking. Rata-rata owner rumah memang buat sewa tapak parking untuk customer kedai abang strawberry ni, RM5 per entry.  Nak jalan ke kedai abang strawberry tu pun dekat ikut laluan belakang kedai.