30 April, 2021

Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap

by on April 30, 2021

Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap | Ayam masak kicap sentiasa menjadi pilihan isteri dan ibu yang bekerja sebab cara penyediaannya sangat mudah dan cepat. Sepanjang PKP 2.0 ni nieyl memang banyak masa terluang untuk ke dapur, jadi entry-entry sepanjang PKP 2.0 ni memang banyak nieyl share masakan dan resepi ya yang mungkin orang lain boleh mencubanya.

Untuk kali ini , nieyl nak share resepi yang mudah Ayam Masak Kicap yang tidak perlukan bahan yang banyak tetapi rasa dia sehingga menjilat jari ha..gitewww! tak adalah, masakan ni pada nieyl yang paling mudah dan cepat sesuai untuk anak-anak juga. 


Bahan-bahan
  • Ayam (digoreng setengah masak terlebih dahulu)
  • Ubi kentang (potong wedges dan goreng dahulu)
  • Bawang Merah ( kisar)
  • Bawang Putih (kisar)
  • Kayu manis (option)
  • Bunga lawang (option)
  • Halia (di ketuk )
  • Cili padi
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Cili kisar (option)
  • Air sedikit
Cara-caranya
  • Tinggalkan sedikit minyak lebihan ayam dalam kuali
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan 1 sudu cili kisar( ini option), kalau tak nak pedas tak perlu letak cili kisar)
  • Masukkan sos tiram anggaran 2 sudu besar
  • Kemudian masukkan ayam terlebih dahulu dan kemudian baru masukkan kicap secukupnya
  • Gaul rata dan masukkan sedikit air untuk dapatkan sedikit kuah
  • Last sekali masukkan kentang dan juga cili api (tak perlu ketuk), masukkan sahaja sebiji-sebiji
  • Gaul rata sehingga sebati dan tutup api dan boleh hidangkan 
Selamat Mencuba!

** Kayu manis, bunga lawang, cili api, cili kisar adalah option..Kalau boleh je tak letak semua ni..Masak kicap tetap sedap juga..cuma nieyl suka letak sebab rasa dia agak berbeza sedikit dari biasa. 

 

20 April, 2021

Tragedi 1 Ramadan

by on April 20, 2021

Tragedi 1 Ramadan | Tahun ni genap umur 33 tahun berada diatas bumi Allah yang tercinta ini. Setiap fasa umur kita akan laluinya tanpa sedarkan. Rasa seperti baru sahaja tamat sekolah eh cehwaahh..apo ingat muda lagi..hahaha~ Pada tahun 2021, pada 1 Ramadan tercipta 1 sejarah dalam diari hidup nieyl dimana nieyl dapat sampul duit raya yang pertama. Ala..sampul je pun kan, sekali buka aduhai..ada duit raya lah gais..Alhamdulillah rezeki Allah nak berikan siapa sangka, ingatkan 1 syawal nanti baru nak collect duit raya. TETAPI gais, until now.. nieyl tak tahu siapa yang bagi duit raya tu sebab yang berikan sampul ini adalah orang tengah. Bila tanya siapa bagi, jawapan dia HAMBA ALLAH. Banyak kali tanya pun jawapannya tetap sama.
Seharian jugalah berfikir siapa yang bagi, tapi buntulah sebabnya tak boleh nak agak hamba Allah tu siapa namanya. Tapi kita fikir positif sahaja, mungkin Allah beri rezeki melalui pemberi tu kan.. Apa-apa pun semoga Allah terus murahkan rezeki Hamba Allah tu kerana memberi. Oleh itu, kira duit rayalah kan..hehehe~kita masuk dalam tabung handphone ya hehehe

Oklah kisah yang kedua pada 1 Ramadan, tahun ni kiranya tahun pertama nieyl berpuasa di pejabat/agensi yang baru. Jadi, sememangnya unexpected keadaan jalan nak balik sebegini gais..Sekali pandang, dah seperti Kuala Lumpur. 


Bila jadinya macam ni, mulalah terfikir kenangan bulan puasa di pejabat lama di Putrajaya. Jalan clear je walaupun jam 4.30 petang, clear maksudnya tak sesak jalan nak menuju ke rumah nieyl. Disebabkan tak nak berada dikalangan mereka dalam gambar di atas, nieyl ambil keputusan untuk keluar dr pejabat sebelum 4.30 petang, so kena mai pejabat seawal 7.40 pagi macam tu la, sebab sektor kerajaan diberi pulang awal 30min dari waktu kita sepatutnya balik. Bagus juga kan, kita tak bersesak dengan anak-anak pulang dari sekolah. Jadi, pada isteri , ibu ni sempat untuk balik menyiapkan juadah berbuka untuk keluarga dan ada masa untuk berehat. 

Dua-dua kisah yang nieyl share ni, sememangnya diluar jangkaan nieyl tapi apa-apa pun kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita dan tentukan dalam hidup kita..♥

 

Media Sosial Berehat Sementara Waktu Sepanjang Bulan Ramadhan

by on April 20, 2021

Media Sosial Berehat Sementara Waktu Sepanjang Bulan Ramadhan | Bukan mudah untuk berehatkan jari jemari dari media sosial ini tau. hehehe~ Sebab kita dah biasa sharing benda dan perkara yang baik-baik di media sosial bila, terpaksa stop tu rasa macam alamak.. Tapi apakan daya, nieyl terpaksa reda dengan apa yang terjadi pada nieyl sekarang ni gais. 

Kalau korang ikuti IG nieyl pun dah lama rasanya tak upload gambar baru dan blog pun tak ada entry bergambar dari nieyl. Ini adalah disebabkan handphone nieyl now tengah rosak, tak tahu apa masalah dia tak boleh nak ON. Erti kata lainnya dah tak boleh nak guna lagi walaupun usia dia baru sahaja 5 tahun. Adoi lah, beli canggih macam mana pun bila dah sampai hayat dia, memang jahanam juga. 

Sebab itu jugalah nieyl tak boleh nak snap gambar dan post. Yang paling sedihnya tahun ni satu gambar juadah makanan pun nieyl tak dapat nak sharing dekat blog. Sedih tauu.. Tapi tak apalah, nak buat macam mana kan...sabar jela..pasti ada hikmahnya tu kan..


Beli handphone baru?haruslah beli handphone baru tetapi take time juga nak beli handphone baru ni sebabnya nak beli handphone bukan macam beli ikan rm10 dah boleh dapat ya...Ia ratus dan ribu juga tu. So, untuk itu nieyl memang dah plan nak beli handphone baru dalam masa terdekat ini, Insya'Allah kalau diizinkan sebelum raya.Ha..kalau korang nampak gambar raya dekat IG nieyl tu nanti, itu dah ada handphone baru la tu hehehe~

So, untuk sementara waktu ni, tak apalah kesabaran itu amat diperlukan untuk mendapatkan kualiti handphone yang nieyl nak tu.. Handphone apa?nanti dah beli, Insya'Allah nanti nieyl share dalam blog okay. 

Salam ramadhan

Amalan Rezeki Melimpah Tak Pernah Habis

by on April 20, 2021


Assalamualaikum
Salam Ramadhan ke 7
Semoga Ramadhan kali ini memberi makna dalam hidup kita..
Ada yang dah membilang hari ke nak raya tu hehehe..
Sekejap sahaja kan kita dah seminggu berpuasa..
Pantas waktu kini berlalu...
jangan lupa isikan waktu-waktu lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah okay..

 

13 April, 2021

Salam Ramadhan

by on April 13, 2021



Salam Ramadhan Semua...
Di kesempatan ini nieyl nak mohon maaf sekiranya setiap penulisan 
mungkin ada terguris hati dan perasaan orang lain...
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih bermakna untuk kita semua..
Dan semoga segala ibadah kita ini sempurna dan di terima Allah...