Assalamualaikum Salam Ramadhan ke 7 Semoga Ramadhan kali ini memberi makna dalam hidup kita.. Ada yang dah membilang hari ke nak raya tu hehehe.. Sekejap sahaja kan kita dah seminggu berpuasa.. Pantas waktu kini berlalu... jangan lupa isikan waktu-waktu lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah okay..
Siapa yang membaca entry ni yang dah mula mengamalkan bacaan surah Al-kahfi, Alhamdulillah dan nieyl share tips yang lebih mudah untuk kita terus amalkan membaca surah ini... Ajak suami isteri dan anak-anak sekali... Semoga kehidupan kita didunia dan akhirat diberkati.. Amiin...
Assalamualaikum... Rasanya baru je nieyl post surat pada Monday.. hari ni dah thursday..begitu cepat masa berlalu kan.. Ada sesiapa yang puasa sunat khamis hari ni?
Selamat berpuasa dan selamat berbuka nanti..
Pagi ni nieyl share sedikik ilmu yang mungkin boleh kita amalkan.. Mungkin sebelum ini kita hanya tahu niat /lafaz puasa sunat isnin dan khamis dan sedikit kelebihan asas puasa tersebut.
Pagi ni nieyl share 3 kelebihan puasa sunat isnin dan khamis yang mungkin kita dah tahu atau kita belum tahu, tak apa..sama-sama kita ambil ilmu okay..
Assalamualaikum dan salam jumaat Bekerja 4 hari minggu ni rasa macam terlalu sekejap Ya Allah masa berlalu sungguh laju Pada hari jumaat kita di galakkan untuk perbanyakkan selamat ke atas nabi Tapi bukan bermakna hanya pada hari jumaat sahaja Setiap hari sebaiknya kita berselawat semampu yang boleh ok sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik walaupun seinci ♥
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah
Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami Rezeki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka Banyakanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin. Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita. Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....
Setiap manusia kemampuan untuk beramal adalah berbeza tapi pilihlah salah satu yang mungkin boleh kita amalkan sepanjang masa..InsyaÁllah...
Tahun ini ramadhan nieyl lebih bermakna bila dapat berpuasa bersama mak dan pergi tarawih bersama. Hari ini dah 8 ramadhan kan, sekejap sahaja masa berlalu kan. Semoga amalan puasa kita, amalam kebaikan sepanjang bulan ramadhan ini di redhai..Amin..
Erti Solat Tarawih
Solat Tarawih bermaksud beristirehat yang dilaksanakan
berselang-seli dengan berehat seketika.
Ibadah tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang,
tidak tergopoh gapah, sabar bagi menunjukkan tanda ikhlas
dan taat kepada Alla SWT.
Sekiranya tidak mampu dilaksanakan 20 rakaat maka
memadai dengan lapan rakaat serta dibenarkan secara
duduk.
Hukum Solat tarawih
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan
oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap
malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan
atau berjemaah.
Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat
orang-orang Islam.
Kelebihan Solat Tarawih
Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.
Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam ke 29 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
SHAH ALAM, 16 Mei 2018 – Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan untuk umat Islam di negeri Selangor padatahun ini iaitu 2018M/1439H kekal RM7 seorang, sama seperti tahun sebelumnya.
Penentuan kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan kepada harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A seberat satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.60kg.
Bagi golongan yang berkemampuan, boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri dan tanggungan.
Kadar zakat fitrah tersebut adalah sebanyak RM14.00 seorang bagi beras yang bernilai RM13.00 hingga RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg) dan RM21.00 seorang bagi beras yang bernilai melebihi RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg). Walau bagaimanapun, kadar bayaran zakat melebihi RM7.00 adalah sebagai galakan sahaja dan tiada paksaan kepada pengeluar zakat di Selangor.
Sehubungan itu, bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik seramai 2,760 penolong amil fitrah di seluruh Selangor sepanjang bulan Ramadan ini.
Selain itu, orang ramai juga boleh menunaikan zakat fitrah di 27 buah cawangan LZS di seluruh Selangor, di samping beberapa pasar raya terpilih di sekitar Lembah Klang. Zakat fitrah juga boleh ditunaikan melalui penolong amil institut pengajian tinggi (IPT) di 14 buah IPT di seluruh Selangor.
Dalam perkembangan yang sama, LZS akan membuka 27 cawangannya di seluruh Selangor selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini. Ini bagi memudahkan masyarakat yang mengambil kesempatan menunaikan zakat harta dan fitrah pada bulan Ramadan. Waktu urusan pada hari bekerja bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, cawangan LZS akan dibuka bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Maklumat lanjut boleh layari website zakat selangor
Solat adalah tiang agama dan satu tanggungjawab yang besar bagi seorang muslim. Jika baik solat kita insyaÁllah baik jugalah amalan kita yang lain. Solat 5 waktu sehari jangan sesekali kita tinggalkan kerana inilah perkara pertama yang bakal Allah tanya terlebih dahulu daripada amal ibadah kita yang lain.
Husband nieyl dah janji dengan adam nak bawa dia pergi solat dekat masjid, bila nampak paklong dia pakai kopiah, dia suruh tanggalkan bagi kopiah tu dekat dia, sebab dia nak pakai kopiah pergi masjid. Kopiah lagi besar dari tuannya.
Kebetulan hari khamis ada bacaan yassin malam jumaat di masjid, abang nieyl pun bawa anak dia yang lelaki pergi masjid. Lagi lah adam excited nak pergi. Dieorang ni sebaya lain bulan je..
Dalam kita mendidik anak-anak kita untuk belajar ABC dan 123 jangan kita lupa untuk mendidik anak-anak tentang bersolat kerana ianya adalah satu amanah yang sangat besar dan berat sebagai ibu bapa. Pembelajaran awal adalah dari rumah, anak-anak kecil kalau selalu melihat mak ayah dia solat, secara tidak langsung dia akan ikut pergerakkan kita. Sebab itu husband nieyl kadang-kadang kalau adam datang rumah, ada peluang dia akan cuba bawa adam ke masjid.
Tip Untuk Ajar Anak Solat
Contoh tauladan yang baik - role model anak-anak adalah ibubapa.
Wujudkan suasana yang solehah (0-2 tahun)- walaupun anak-anak kecil tidak mengerti tapi jika dia biasa melihat ibu bapa solat, membaca ayat-ayat quran ,InsyaÁllah
Ajak anak (2-3 Tahun) - Jangan sesekali kita jemu untuk mengajak dan mengajar anak-anak tentang solat. Biar anak-anak biasa dengan ajakan kita, lama-lama InsyaÁllah hatinya pasti terbuka
Mengapa kita solat (4-6 Tahun)-Ketika anak-anak sudah bijak berkata-kata, ibu bapa harus bercerita tentang kepentingan solat,ajar anak-anak solat,berikan penerangan dan gambaran yang jelas kepada anak-anak supaya menarik minat. Ketika ini anak-anak suka bertanya.
Penekanan dan tanggungjawab (7-9 Tahun) - Untuk ini adalah umur yang kritikal, dimana 3 tahun ini masa untuk memperkukuhkan asas solat. Kita sudah berikan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir, waktu ini anak-anak harus sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil wuduk ,pergerakan dan bacaan dalam solat.
Denda dan hukuman (10 tahun ke atas) -Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, semak semula adakah kita tengah memberikan pemahaman dan contoh yang terbaik buat anak-anak?Memukul adalah jalan terakhir setelah ibu bapa sudah berputus asa. Bukan mukan untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak.
Doa - Proses mengajar anak solat amat panjang,usah jemu dalam mendidik,pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibubapa dalam mengajak anak-anak bersolat.Semoga anak-anak kita semua terang hati untuk belajar ilmu agama.
SYOKNYA PUASA
.
Antara hari-hari yang sangat baik untuk kita semua berpuasa.
.
Jangan lupa, ajaklah juga ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan atau sesiapa sahaja.
Rezeki Pemberian Orang | Syukur Alhamdulillah, nieyl sentiasa di kelilingi dengan mereka-mereka yang sentiasa murah hati dan suka bersedekah. Sebenarnya sangat banyak boleh dikatakan hampir setiap bulan pasti akan ada. Apabila di kelilingi orang-orang yang murah rezeki ini, secara tidak langsung ianya mengajar nieyl untuk turun mengamalkan amalan mulia seperti mereka. Semoga mereka-mereka ini sentiasa dimurahkan rezeki kerana amalan mereka yang ikhlas dan baik ini..Amin...
Ketika Kita Mengeluh | Tertarik nieyl bila ternampak kawan-kawan di facebook share satu keratan tentang bila manusia mengeluh, Allah menjawab. Bila baca satu persatu situasi di mana kita mengeluh secara sengaja ataupun tidak sengaja sebenarnya Allah telah menjawab setiap keluhan manusia itu dalam Al Quran.
Setiap keluhan manusia itu adalah benar-benar di alami oleh semua manusia betul atau tidak?Kalau tak nak mengaku tidak apa..Tapi nieyl sendiri bila baca ianya betul-betul menginsafi diri ini, menjadikan diri ini semakin kuat dan percaya pada ketentuan dan kerja Allah swt untuk hamba-hamba-Nya.
Putus Cinta Tidak Bermakna Putus Silaturrahim | Jika korang mempunyai bekas kekasih, dan hubungan dengan keluarganya sangat baik tapi bekas kekasih tidak membenarkan korang berbaik-baik dengan keluarganya. Apa harus korang lakukan??
Meh nak habaq dekat mereka-mereka yang bergelar bekas kekasih yang ada sikap seperti tu, percintaan yang tidak kesampaian seharusnya tidak perlu sampai memutuskan hubungan silaturrahim yang terjalin tu antara bekas kekasih dengan keluarga bekas kekasih. Please move on.
Tidak bermakna kalau korang rapat dengan keluarga bekas kekasih tu tanda korang tak boleh move on..itu semua mengarutlah..sebilangan besar wanita sekarang ni cepat move on..berbaik-baik dengan keluarga bekas kekasih adalah atas dasar silaturrahim yang pernah terjamin dulu.
Nasib baik bekas kekasih ku itu tidak seperti itu..hahaha..yang penting kita kena bijak dalam pergaulan dan tidak perlu menunjuk-nunjuk keakraban kita pada orang lain. Sendiri fikir lah ya..lain orang,lain cara penerimaannya... ♥
Nieyl nak sharing nie,
" Menghadiri walimatul urus hukumnya adalah wajib kecuali ada sesuatu keuzuran. Hukum ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya” –hadis riwayat Bukhari dan Muslim. "
Nieyl pernah berada di situasi di atas, Alhamdulillah..nieyl pergi dan balik dengan tenangnya..hihihi..
"Sedekah itu amalan mulia, berikanlah apa yang termampu, usahlah bersangka buruk kepada yang meminta"
Salam jumaat semua! Bukan niat nak menunjuk atau riak takbur bila bercerita ini ya..ini jujur dari hati sebab bila terbaca ayat dia atas tu, tergerak hati nak bagi pendapatan. Ada suatu ketika sedang makan, dapat sepasang suami isteri, di mana suaminya seorang yg buta dan isterinya memimpin tangan si suami sambil meminta sumbangan dan diberikan tisu, jujur nieyl kata nieyl akan bagi sumbangan walaupun tak banyak.
Begitu juga kalau kita pergi pasar malam, kita akan nampak mereka-mereka duduk tengah jalan, ada yang bawa anak kecil, ada yang tak ada kaki dan tangan. Nieyl juga akan bagi sumbangan,InsyaÁllah.. Dan ada orang tegur, "weh kenapa kau bagi?dieorang nie semua kadang² berlakon sahaja, entah-entah duit tu bukan untuk dieorg pun" . Nieyl cakap dengan orang tu, aku bagi sebab sekali aku pandang,hati aku dah terdetik untuk beri, aku tak kisah jika dia menipu, sebab itu urusan dia dengan Allah, aku sedekah sebab niat aku untuk membant"
Walaupun banyak yang menipu, itu pada nieyl urusan dia dengan Allah. Tanggungjawab kita itu memberi sekadar yang termampu. Betul, tidak semua orang yang meminta sedekah itu menipu, ada yang betul² memerlukan. Adakalanya orang berkata "sekali kau bagi, dieorang nie malas nak bekerja, mengharapkan belas ehsan orang" . Sebagai manusia, tidak semestinya yang kita lihat dengan mata kasar itu betul. Selalulah kita bersangka baik pada mereka, jangan sesekali kita bersangka buruk pada mereka. Mereka juga hamba Allah, ingat 5 Perkara itu..
Tidak jatuh miskin pun kalau kita sumbangkan RM1 pada mereka. Dan ingatlah tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima nya...
Program Smart Huffaz & Penghayatan Hadis | Alhamdulillah, dua orang anak buah nieyl dah pun selamat berkem di Masjid Jamek Syltan Abdul Aziz,seksyen 3. Memenuhi masa cuti sekolah dengan program-program seperti ini secara tidak langsung membantu ibu bapa mendidik anak-anak ke arah kebaikan dan menghayati islam dengan lebih mendalam.
Hikmah Membaca Surah Yassin | Selama nieyl bekerja 7thn nie, dekat office yang sama majlis bacaan yassin merupakan satu amalan rutin yang akan di buat. Baru-baru ini majlis bacaan yassin dan doa selamat di adakan sempena perpindahan ke office baru dan keberangkatan pengarah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah dan beberapa orang lagi pegawai yang lain.
Jenis Hati Manusia | Setiap manusia memiliki hati, akal dan fikiran. Hati perlu dijaga dengan baik supaya setiap percakapan dan perbuatan kita sentiasa di rahmati Allah. Tahukah kita sebenarnya kita bekerja mengikut perintah hati?bila hati kita bersih dan suci maka setiap perbuatan dan percakapan kita pun baik dan terjaga.
Dalam islam, hati terbahagi kepada 3 jenis iaitu ;-
Qalbun Salim
Hati bersih, selamat
Hati orang Mukmin taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, bersih daripada segala sifat buruk seperti kufur, syirik
Hati Sakit
Orang beriman yang fasik. Ia bebas daripada perbuatan kufur tetapi terbelenggu dengan penyakit hati seperti riyak, sombong, cintakan dunia,lupakan akhirat
Hati Mati
Golongan kafir, tidak mengenal, beriman dan menyembah Allah SWT, hati jenis ini paling keji di sini Allah.
Semoga sahabat² nieyl semua yang singgah ini dan baca tergolong dalam Qalbun Salim, dan terus berusaha menjadi lebih baik walaupun kita semua manusia yang serba kekurangan dan tidak sempurna.