21 February, 2017

Putus Cinta Tidak Bermakna Putus Silaturrahim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Putus Cinta Tidak Bermakna Putus Silaturrahim | Jika korang mempunyai bekas kekasih, dan hubungan dengan keluarganya sangat baik tapi bekas kekasih tidak membenarkan korang berbaik-baik dengan keluarganya. Apa harus korang lakukan??

Meh nak habaq dekat mereka-mereka yang bergelar bekas kekasih yang ada sikap seperti tu, percintaan yang tidak kesampaian seharusnya tidak perlu sampai memutuskan hubungan silaturrahim yang terjalin tu antara bekas kekasih dengan keluarga bekas kekasih. Please move on. 

Tidak bermakna kalau korang rapat dengan keluarga bekas kekasih tu tanda korang tak boleh move on..itu semua mengarutlah..sebilangan besar wanita sekarang ni cepat move on..berbaik-baik dengan keluarga bekas kekasih adalah atas dasar silaturrahim yang pernah terjamin dulu. 

Nasib baik bekas kekasih ku itu tidak seperti itu..hahaha..yang penting kita kena bijak dalam pergaulan dan tidak perlu menunjuk-nunjuk keakraban kita pada orang lain. Sendiri fikir lah ya..lain orang,lain cara penerimaannya... ♥

Nieyl nak sharing nie,

" Menghadiri walimatul urus hukumnya adalah wajib kecuali ada sesuatu keuzuran. Hukum ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya” –hadis riwayat Bukhari dan Muslim. "


Nieyl pernah berada di situasi di atas, Alhamdulillah..nieyl pergi dan balik dengan tenangnya..hihihi..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Sebaiknya begitulah.
    Kerana kita dilarang sama-sekali memutuskan silaturrahim sesama kita.

    ReplyDelete
  2. Betullah tu....nak buat apa bermusuh. Memasing pun dah ada penggantikan. Berbaik ajelah, tak rugi pun ...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)