02 February, 2017

Go Lokal Cafe At Dorsett Putrajaya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Go Lokal Cafe At  Dorsett Putrajaya | Hari jumaat yang lepas, sebelum cuti tahun baru cina nieyl berkesempatan pergi mencuba cendol yang heboh dekat office kata sedap. Kalau takat mendengar je, tak bestkan, jadi kita terjah ke Go Lokal Cafe ini. 

Go Lokal Cafe ini terletak di level G Mayland Avenue Presint 3 Putrajaya, kalau tak pasti dekat mana boleh cari Dorsett Hotel Putrajaya dan Hero Supermarket. InsyaÁllah jumpa nanti. 😇 Masa nieyl sampai tu agak penuhlah semua meja,ada yang masih berdiri untuk menunggu order siap. Tumpang rezeki orang mengandung, dapatlah meja untuk 4 orang makan..Cuma kena bersabar sedikit lah menunggu order siap,sebab memang ramai orang.

Ada sesetengah cafe, kita kena berdiri lama,kejap-kejap tengok order kita dah siap ke belum, di Go Lokal Cafe ini mereka menggunakan sistem nirkabel untuk memberitahu pelanggan bahawa order mereka telah siap.
Ianya akan bergegar, menandakan tempahan makanan kita telah siap dan boleh di ambil di kaunter

 Ini bahagian depan Go Lokal Cafe

Nieyl order cendol durian, wahhh..nieyl sangat jatuh cintalah dengan kesedapan cendol durian dia nie sebab apa, durian dia memang sedap,terasa macam makan durian seulas tanpa biji..

Harga Cendol Biasa : RM3.00
Add On Durian : RM 3.50
Total : RM6.50

Laksa memang salah satu fav nieyl, tapi nak jumpa yang betul² menepati cita rasa kita..
ok laksa di Go Lokal cafe ini nieyl boleh rekemen..boleh tahan sedap juga terasa isi-isi ikan dan kuah dia sedap..

Harga laksa : RM11.90


Kalau naik sahaja eskalator, dah boleh nampak dah papan hitam nie CENDOL NO.1 PUTRAJAYA..
tapi memang betul pun..setakat ini dekat situ je lah yang sedap..

Ok nah!nieyl snapkan untuk korang kalau-kalau korang pun nak try juga makan dekat Go Lokal Cafe nie,dia ada breakfast dan lunch.

Thank You Kak lin,belanja kitaorang ♥

GO LOKAL CAFE
G03A Mayland Avenue (Dorsett Hotel,Hero Suppermarket)
Presint 3,62100 Putrajaya.

Instagram : Go Lokal Cafe
Facebook : Go Lokal Cafe
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Nanti nak cuba jugak la, nampak sedap cendol durian tue, meleleh air liur.. =)

    ReplyDelete
  2. wahhhh akak tak tau pun nieyl....bace entry ni terus rase teruja nak try..tak yah le nak cendol shah alam yg viral tu....akak ngan abg akak mmg gile cendol....lagi2 kalo boh durian seketul gini....yg pasti mmg akak teliur abis nieh....dah le puase ni huhuhu....

    ReplyDelete
  3. menarik cendol tu, murah pun murah

    ReplyDelete
  4. harga cendol ok lagi tu..boleh try cendol la..hehe

    ReplyDelete
  5. laksa tu pebret..nyum nyum
    cendol pun nampak sedap hehe
    banyak da restoran yang pakai sistem nirkabel tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)