السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kadang kala bila kita terpaksa membuat keputusan yang mempunyai dua pilihan, ianya adalah sangat susah kerana setiap jawapan pilihan kita itu melibatkan orang di sekeliling dan perasaan orang lain. Jadi, memang bukan mudah untuk buat keputusan yang betul atau tepat. Ada kalanya kita rasa kita buat keputusan yang betul, tapi orang lain melihat kita membuat keputusan yang salah.
Ada kalanya hanya kita sahaja yang tahu keputusan yang kita buat itu salah atau betul. Hanya kita sahaja yang akan menanggung segala kemungkinan yang berlaku. Jadi, jangan takut untuk membuat keputusan, setiap keputusan yang kita buat itu adalah mencerminkan kematangan dan kecekalan kita dalam menghadapi ujian dan rintangan.
* rasa bersyukur sangat sebab semalam nieyl dah buat keputusan yang terbaik, terima kasih Ya Allah.
kadang kala ni.. sllu buat istiqarah.. In sha Allah dapat jawapn terbaik
ReplyDeleteBukan mudah nak puaskan hati orang..bukan mudah nak gembirakan orang...tapi kalau kita gembira...betpuas hati...inshaAllah aura yang baik2 insan di sekeliling kita juga dapat merasainya.
ReplyDeleteMudah2an keputusan terbaik itu adalah yang paling tepat untuk diri kita dan orang2 di sekeliling kita.
ReplyDelete