Assalamualaikum Weekend sibuk... Isnin pun sibuk sebab hari pertama kan... So, pagi ni sambil breakfast, kita buat 1 entry... Dah breakfast ke tu? Semalam nieyl breakfast lempeng + rendang ayam.. Pagi ni nieyl breakfast cekodok tepung dengan sambal sardin..hehehe selamat bekerja semua
Assalamualaikum.. Petang baru ada free time sikit nak update..
This weekend nieyl akan ke Melaka, esok sampai ahad ada team building plus family day office. Perkara yang paling malas adalah packing. Dari sehari ke sehari tak berisi beg tu. Malam ni baru nak terhengeh-hengeh packing, sebab esok dah nak pergi dah.
hari ni settelkan kerja yang ada, start isnin dah sibuk event back to back.. Majlis persaraan bos-bos, event dengan PMX lagi... Doakan semuanya berjalan dengan lancar okay...
Nanti kalau ada free time, nieyl BW ke blog korang ya...
Celebrate Birthday Pika Dengan Geng Makan | Dekat pejabat ni ada macam-macam group whatsapp , yang paling aktif adalah group makan-makan. Dalam group ni ada 7 ahli jemaah terdiri dari pada EO, PT dan PA dan umur kitaorang berbeza-beza. Hari isnin baru kita plan nak buat makan-makan dan potluck untuk meraikan birthday Pika. Alhamdulillah group makan-makan ni setiap hari jadi ahli jemaah kita try best untuk celebrate walaupun kecil-kecilan.
Macam dieorang 6 orang ni memang selalu togetherlah, breakfast, lunch semua. Macam nieyl jarang sikit nak join breakfast dan lunch sebab bawa bekal kan. Nieyl jarang membeli makanan di cafe tu.Macam dieorang ni hari-hari akan beli makanan dekat cafe bawah pokok tu. Nieyl akan join kalau ada makan-makan ke, nak makan dekat luar ke..
Group makan-makan tu bukan je cakap pasal makanan, kadang-kadang semua topik dalam tu dan selalunya info-info pun cepat je dapat dari group-group yang lain. 7 jemaah tu kitaorang semua tak sama bahagian tau, semua bahagian lain-lain. Tapi Alhamdulillah masih boleh sama-sama juga dalam group tu dan kalau nak tanya apa-apa pasal bahagian lain pun, selalu kita tembak je dalam group tu, cepat dapat jawapan hehehe..
Dekat tempat kerja ni kan, kita kena cari kawan sebab alam pekerjaan ni kita tak boleh nak buat semua benda sorang-sorang. Kalau sorang-sorang, potensi untuk kita sesat tu tinggi. Kalau kita ada kawan, kita boleh bertanya dan mendapatkan apa-apa info dengan cepat. Kalau sorang-sorang, boleh tapi perjalanan untuk dapatkan jawapan tu jauh, lambat. Dan bila berkawan ni selalulah berendah diri tapi jangan sampai orang ambil kesempatan atas diri kita. Okay?♥
Dah nak masuk tengah hari dah rupanya... Tak sempat nak update entry pagi ni... Semalam nieyl MC sehari.. Masuk office awal hari ni.. sekali tengok atas meja.. mak ai..banyaknya ... Nasib sehari, kalau seminggu..hahaha... macam kedai kertas dah meja nieyl tu..
Ulang alik 3 klinik dalam seminggu | Last week kan nieyl ada cakap yang nieyl sakit telinga, so..hari khamis lepas nieyl pergi klinik Marisa untuk check. And lepas tu Dr. bagi ubat titik untuk cairkan tahi telinga tu dan 25hb dia suruh datang semula. Jadi, bertahan la nieyl pakai ubat titik tu dalam 3 hari macam tu, telinga makin rasa tak selesa. Nieyl fikir jumaat, sabtu dan ahad nieyl ada outstation dekat Melaka. Macam mana sekali pun nieyl kena usaha untuk settelkan masalah telinga yang memang buat nieyl tak ada mood,hilang selera nak makan tau sebab nieyl tak happy.
This morning nieyl cakap dengan husband, nieyl nak pergi klinik lain la, malas nak pergi klinik hari khamis tu, so..nieyl pergi klinik kedua, klinik Harmoni area rumah nieyl ni, Dr. dia memang kenal semua family nieyl, so..pagi tadi nieyl pergi klinik dan jumpa Dr. , Dr. check alamak dia tak boleh nak buat cuci biasa sebab takut makin dalam tahi telinga tu, so dia suggest other klinik yang memang ada lengkap alat vacuum semua. Untuk klinik Harmoni tadi memang tak ada sebarang caj dikenakan,so..nieyl terus je pergi ke klinik yang Dr. suggest tu, tak jauh pun dalam 8 -10 minit je dari rumah nieyl. Nama klinik tu Poliklinik Amalmedik kota Warisan, ini first time nieyl jejakkan kaki dekat klinik ni.
Tak lama la nieyl tunggu, lepas tu dah kena panggil dan terus Dr. keluarkan camera, untuk check keadaan telinga nieyl, so..nieyl pun boleh nampaklah keadaan telinga sendiri...malu betul, tengok dalam telinga sendiri hahaha. Dr. check dua-dua belah walaupun sebelah je yang rasa tersumbat, nieyl ok je sebab dalam kepala otak ni fikir nak cepat baik je, nak kembalikan nikmat pendengaran tu.
Dr. suruh nieyl baring dan terus buat rawatan. Ok sebelum rawatan ni Dr. dah pesan, dia akan rasa pening-pening, itu normal tapi sekejap je. Oklah nieyl sebenarnya gementar kot sebab benda first time kan, lepas tu dengar pula kawan kata dia buat sakit la apa la kan, lagi ar..Tapi Alhamdulillah , Allah permudahn urusan nieyl, Dr. hanya ambil masa dalam 20 minit untuk dua -dua belah telinga nieyl. Jujur cakap langsung tak rasa sakit, geli-geli dekat telinga adalah sikit dan pening tu, ya memang pening dalam 5 minit macam tu baru nieyl rasa normal. Sebab nieyl kena pastikan betul-betul ok sebab nieyl nak kena drive balik dan Dr. bagi nieyl mc hari ni.
Tadi sementara menunggu nama di panggil tu, nieyl pusing-pusing klinik ni,patutlah kenapa Dr. Harmoni tu suggest nieyl pergi klinik ni sebab poliklinik ni memang khas untuk Earwax, dia ada lengkap peralatan pembersihan telinga. Tadi nieyl dia guna vacuum sedut tu, memang tak rasa sakit apa pun. Best!
Sebelum keluar dari klinik, nieyl tanya Dr. macam mana nak atasi masalah telinga tersumbat, dia kata yang pertama jangan guna cotton buds untuk bersihkan dalam telinga. Cotton buds untuk bersihkan bahagian luar sahaja. Dan yang kedua, boleh guna titik cairkan tahi telinga dan biarkan dia akan keluar sendiri. Dan Dr. kata jangan pandai-pandai nak korek telinga, bahaya nanti ada jangkitan bakteria.
Alhamdulillah, hari ni Allah kembalikan nikmat pendengaran telinga nieyl, happy sangat nieyl hari ni dan mood automatik rasa happy sangat. Jadi, jangan sesekali kita abaikan nikmat-nikmat yang Allah beri pada kita, guna dan jaga sebaik-baiknya okay..
Friendly Polo Match| Sebelum ni nieyl ada buat entry pasal polo juga kalau ada yang tak baca. boleh baca sini ya. Tournament Polo Agong's Cup ni bermula 1- 14 Oktober 2023, kira grand final pada 14 Oktober, tapi masa final ni nieyl tak pergi pun sebab Pahang tak main dan lagipun tak ada fans meeting. Jadi, nieyl pergi untuk friendly polo match pada 15 Oktober (ahad). Pagi ahad tu nieyl pergi pasar dulu, balik pasar, terus masak untuk mak dengan husband, lepas tu baru nieyl siap-siap untuk 'me time'. Husband nieyl memang beri kebebasan untuk buat apa yang nieyl suka, kalau "me time"pun sama juga. Sebab itulah nieyl jadi happy wife hehehe..
Dalam pukul2.30 petang nieyl dah gerak pergi equestrian park putrajaya, jarak dengan rumah dalam 10 minit je. Kena pergi awal untuk dapat seat depan dan paling luas pemandangan. Persediaan yang wajib adalah bawa kipas dan powerbank ya. Masa ni panas tau, nieyl duduk dekat seat yang tak ada bumbung, seat tempat ni yang paling dekat dengan khemah royal pahang dan juga paling hot seat. Memang hot la kawan-kawan panas weh, nasib baiklah orang sebelah ada bawa payung, orang belakang bawa payung, bila dieorang buka payung secara tidak sengajanya nieyl berteduh juga rezeki payung orang hehehe.
Masa ni game dah habis dah, nampak tak ramai kan manusia. Itu side nieyl je, side belah sana tu pun ramai lagi. Yang depan-depan tu tengah tunggu Tengku Hassanal, Tengku Ahmad, Tengku Muhammad untuk jumpa fans. Masa ni nieyl relax je dekat tempat duduk nieyl tu, melihat gelagat orang, sebab nieyl kan dah penah bergambar kan, jadi..bagilah peluang dekat orang lain pula yang memang tak pernah jumpa face to face ni. Tapi kan sebenarnya yang datang hari tu semuanya muka-muka selalu datang tapi ada je yang pertama kali datang. Misi nieyl pada hari itu adalah nak repeat selfie dengan Tengku Hassanal, sebab yang lepas tu ramai sangat masuk dalam frame nieyl, tapi cuba nasib je kalau dapat, kalau tak dapat tak apa la..tak ada rezekilah namanya tu.
Time ni Tengku Hassanal dah start jumpa fans dia sebab dia dah janji hari jumaat lepas nak jumpa fans ahad ni, jadi tepati janji orangnya. Time ni nieyl masih santai-santai je lagi, sembang-sembang dengan kawan-kawan baru dekat sana. Peminat family Royal Pahang ni pergi mana-mana pun memang ramai. Hari tu yang jelajah borneo tu tengoklah, lepas tu dekat Putrajaya pula. Tapi nieyl memang respectlah mereka penat-penat pun tetap layan fans sampai habis tau korang. Ha..artis pun nieyl rasa tak macam ni.
Dapat sticker Royal Pahang 2 keping, nieyl simpan satu dekat opis dan satu dekat rumah kenangan.
Daripada santai-santai tadi kan, tahu-tahu dah sampai dekat Tengku. Banyak je sebenarnya gambar tapi kita simpan sendiri jela ya, sekeping ni pun dah memberi kenangan manis dah. Ini gambar ke dua nieyl selfie dengan Tengku. Kali ni better sikit dari yang hari tu kan, haha..tak apa, nanti ada rezeki , kita ambil lagi okay.
Yang ni, kalau siapa tak kenal, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tengku Muhammad pun ramai juga fans dia. Masa ni hari Jumaat, dia jumpa fans tapi tak lama sekejap je..ramai je yang tak dapat bergambar dengan dia. Kalau nak tahu, paling susah nak bergambar tau,siapa yang dapat tu memang rezeki dia la tu.
Yang ini pulak, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ataupun Tengku Ahmad. Paling muda dan ramai fans dan suka layan fans sampai malam tau, bagus sangat dia tak mengecewakan fans dia. Semua dapat sama rata. Nieyl dah pernah selfie berdua dengan dia, jadi ahad haritu nieyl jumpa je tak bergambar pun.
Yang ni pula Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Puan ramai fans juga. Tak lokek dengan senyuman, dan masa hari ahad tu dia datang dengan wife dia dan anak-anak juga. Suami isteri sangat baik melayan fans.
So, now rasa rindu pula nak pergi padang polo sebab dari 1-14hb tu nieyl pergi dah 5x hehehe. Insya'Allah tahun depan akan ada lagi tournament polo. Oklah korang, habis dah cerita "me time nieyl di padang polo"hehehe..♥
Assalamualaikum... Pagi ni mood tak berapa nak ok la sebab.. dah 2 hari telinga kiri nieyl ni macam berdengung.. sebelum ni pernah juga jadi, amek masa juga dia nak hilang sendiri..
tapi macam x selesa rasanya..
doakan semoga telinga nieyl ni cepatlah baik ya...
tak happy la...tak rasa enjoy kalau ada benda yang tak selesa ni..
First Time Try Pasta Panas | Dah beberapa minggu sebenarnya niey teringin nak makan Pasta Panas ni, selalu je lalu dekat Instagram nieyl, itu lagilah membuatkan nieyl nak try. Weekend baru ni nieyl google nak cari branch yang balik dekat dengan nieyl ada 1 dekat Petronas Cyberjaya. Petang tu terus ajak husband pergi beli.
Masa sampai-sampai tu ada seorang dua je yang tengah tunggu makanan. Tempat dia ni macam style kedai kontena je, nasib dieorang sediakan kerusi jadi boleh duduk dulu sementara nak tunggu makanan siap. Masa tunggu masakan nieyl dimasak tu, nampaklah ada 3 orang pekerja, semua perempuan, adik2 muda, baguslah rajin kerja, tak buang masa kan..tak kisahlah kerja apa pun yang penting dapat jana pendapatan sendiri dan bantu keluarga.
nieyl order Spicy Shoyu Mac beef, dia makaroni , cheese , cili api dan juga daging. Nieyl memang tak pernah makan pun tapi tak tahulah kenapa nieyl boleh order yang ini sebenarnya dalam teka nak makan mac and cheese je pun hahaha. Tapi tak apa lah, dah order dan bayar kan, takkan nak tukar, jadi redha je lah ya.. Balik rumah je terus makan sebab kalau tak dia tak sedap, kena makan masa panas-panas. Tapi sayang lah, nieyl makan tak habis pun. Sebab mungkin rasa tak kena dengan selera nieyl cheese dengan cili api sangat tidak sesuai ya... Next time nieyl nak try yang lain pula..
Yang ini nieyl memang suka, sedap, rasa lemak berkirim dia tu aduhai, tapi ini husband nieyl punya. Dia kata sedap tapi kena makan cepat, lepas tu jangan minum air sebab dia akan jadi muak. Jadi keseluruhannya nieyl kecewa dengan pilihan nieyl tu tapi tak apa lah, nanti kita try menu lain mana tahu lagi sedap kan.
Assalamualaikum and morning korang... nieyl baru je habis shif jaga helpdesk event bulan 11 karang... kiteorang ada jadual , nieyl punya shif 8.00-10.30 pagi... itu yang baru boleh nak buka blog kejap buat entry sepantas mungkin..
banyak yang nieyl nak share dalam blog..
korang stay tuned tau hehehe... selamat bekerja semua♥
Support Hari Sukan Negara 2023 | Tahun ni merupakan tahun untuk nieyl banyakkan join-join fun Run ataupun Fun Walk untuk kuatkan kaki ni yang biasanya kalau duduk dekat pejabat tu kalau nak dapat 3000k step pun susah sebab kerja jenis banyak duduk depan komputer. Jadi, nieyl ambil peluang yang ada untuk join selain tu untuk kekal sihat. Weekend baru ni 14 Okt 2023 nieyl join Fun Walk Fit Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan sempena Hari Sukan Negera. Ini merupakan Run Fun yang ke dua untuk nieyl selepas Milo hari tu, dan insya'Allah ada beberapa lagi Fun Run yang nieyl akan join lepas ni.
Untuk Fit Malaysia kali ni masa kita nak buat pembelian ticket dia beri kita pilihan sama ada kita nak collect sendiri Kit ataupun kita nak pos. Dan nieyl memilih untuk pos terus ke rumah sebab lebih mudah sebab boleh je kalau nak collect sendiri cuma masa tu tak ada, sebab dia collect hari bekerja dan macam biasalah kalau korang tengok media sosial pun kalau sesi pengambilan kit race ni manusia macam mana kan, beratur dan ramai. Jadi, usaha KBS untuk buat secara pos ni memang salah cara yang paling efisen untuk mereka yang sibuk bekerja.
Seperti yang dijanjikan seminggu sebelum acara, parcel-parcel ni sampai depan pintu. Ada empat sebab nieyl daftar untuk 4 orang iaitu anak buah nieyl 2 orang, kakak nieyl dan nieyl. Husband nieyl dia jenis tak minat Fun Run ni so, dia memang takkan pergilah. Nieyl sebab suka dan nieyl akan cari orang yang kongsi minat yang sama dengan nieyl jadi lebih mudah untuk nieyl pergi.
Ok dalam parcel tadi tu, dia bagi gelang untuk kita tebus medal selepas tamat Fun Run tu, ada voucher sukan dan juga T-shirt. Untuk T-shirt ni selalu kena lebih hati-hati nak pilih size tau, kadang-kadang dia terbesar, kadang-kadang boleh jadi terkecil tau. So far, nieyl tak pernah lagi lah dapat terkecil tu paling tidak pun ngam-ngam la..tak ketat dan tak longgar.
Fun Run biasanya nieyl akan keluar 6.30 pagi dari rumah, dan sebelum pukul7 tu dah sampailah kirnaya. Macam sabtu hari tu anak buah nieyl yang perempuan tu dia siap Allah rasa nak jerit je, terhegeh-hegeh padahal dah bagitahu dah ni nak kena gerak pukul berapa sebab nak cari parking. Sampai -sampai parking tak ada, nasib baiklah ada bahu-bahu jalan yang boleh diparking.
Inilah family group fun run nieyl, memang muka kitaorang berempat je yang selalu pergi event-event larian. So far nieyl akan pergi event-event sekitar Putrajaya atau Cyberjaya je sebab dekat dengan rumah dan kalau nak balik pun cepat hehehe..
Simpan gambar sini kenangan, happy kan bila dah tamat dan dapat medal. Sekarang ni kan yang nieyl perasan bila kita dah biasa join fun run ni kan, kita dah kurang rasa sakit kaki. Dulu nieyl memang kurang bersenam, jadi bila buat apa-apa aktiviti kan, kaki ni memang cepat je sakit, nak berjalan pun sakit tapi bila dah biasa Alhamdulillah, balik Fun Run boleh jalan seperti biasa..Mungkin itu salah satu terapi kaki la kot kan.
Lepas habis larian, kita akan pergi ambik roti, buah pisang, air dan juga medal. Kemudian, nieyl jalan-jalan dekat booth yang disediakan untuk shopping.Nieyl ada beli 2 item je Produk Yeos dengan Gardenia rm10. Tapi lupa nak snap gambar, mak nieyl dah leraikan semua simpan. hehehe..
Kombinasi Masakan Yang Paling Mudah | Hari bekerja memang nieyl tak masak sebab mak nieyl yang akan masak, sebab mak nieyl memang suka masak kalau korang larang macam mana pun, dia tetap akan masak juga. Jadi, nieyl akan ambil turn memasak weekend dan bagi mak berehat pula. Selalunya begitulah kita punya turn melainkan kalau bulan ramadhan, mak nieyl akan ambik sahur dan nieyl akan ambil waktu berbuka. hehehe..
So, nieyl kalau masak suka masak benda yang simple tapi sedap cehwah..sedap ke?hahaha..kalau tanya sendiri yang jawab memang la sedap kan. Tapi nak tahu sedap ke tak, kalau habis tu sedaplah kan betul tak, kalau tak sedap tak habis hahaha..nieyl kalau masak ayam masak merah mesti suka masak sayur yang jenis berkuah. Kebetulan mak nieyl ada tanam bendir , hasilnya banyak tu yang nieyl buat masak bening je bendir tu sedap sampai tak cukup hehehe... next time boleh masak lagi macam ni simple-simple macam ni sedap makan tengah hari.
Hari yang memenatkan | Sekarang ni kalau cuti sabtu ahad terasa macam sekejap je dah kembali ke hari isnin. Weekend baru ni nieyl memang penat sikit, selalunya hari ahad nieyl memang cuba elak keluar, sebab nak berehat isnin dah kerja. Tapi ahad baru ni nieyl pagi pergi pasar, tengah hari pula nieyl "me time" pergi tengok perlawanan Polo, balik dah lewat pukul8 malam baru sampai rumah. Nanti nieyl story dekat entry lain ya aktiviti nieyl sabtu dan ahad lepas.
So, hari ni isnin kononnya nieyl nak buat entry pagi tapi sempat upload gambar je. Nieyl dah sibuk sampai 4.30 petang, itupun stop dah tak larat nak sambung kerja dah. Team nieyl kena siapkan surat-surat jemputan untuk majlis bulan 11 nanti. Surat tu kena siap selewat-lewat pagi esok untuk dipos pagi esok. Bukan sikit tau, beratus surat nak kena siapkan satu persatu, dan ramai VIP so, kena teliti. Jadi, hari ini memang kena fokus sampai nak terkeluar biji mata ni tengok skrin.
Credit gambar ni bos nieyl yang snap, masa ni memang tak pandang kiri kanan dah, sebab nak kena siapkan mana yang boleh sebelum balik 4.30 petang. Dari pagi sampai ke tengah hari tadi memang banyak dugaan, sampai rasa nak menangis dengan ragam manusia, kerja lagi nak urgent. Aduhai.. itupun, petang tadi dieorang hantar hantar wassap, dieorang tinggalkan himpunan surat atas meja nieyl untuk nieyl settelkan pagi-pagi esok sebelum pukul9 pagi.
Oklah korang, nieyl rasa kepenatan dah sekarang ni, nak rest dulu. Esok perlukan tenaga yang banyak untuk siapkan surat-surat tu dalam masa 1 jam 30 minit ...Wish me luck okay...nanti nieyl dah free sikit nieyl akan BW blog korang ya..
Setiap hari orang pertama yang akan tinggalkan komen setiap pagi dekat blog kak nieyl adalah mummy ayu ataupun kak ayu. Blog mummy ayu ni antara blog yang terawal yang kak nieyl follow since 2009.
dan bila baca blog mummy ayu ni terasa macam duduk dekat-dekat je.. dan blog yang simple, santai dan yang paling penting warna pink love sangat
Bila hijau je mesti teringat blog kak SA ni, ha..sebab header dia maintain yang sama je sebab tulah senang nak ingat. Blog kak SA ni pun best juga untuk kita-kita yang mungkin dah biasa ikut blog kak SA ni, dia suka sharing tempat makan,family, kebun macam-macam la..kalau belum follow dia, sila follow tauu..
Main Teka-Teka Color Baju Hari Ini | Hari ni nieyl dari pagi mood nieyl sangat ceria, sangat happy kenapa eh?tanya orang pula, mungkin kah benar kata orang bila kita pakai baju color yang ceria, ia mempengaruhi mood kita. Awal pagi lagi nieyl dah whatsapp Bff nieyl suruh dia teka nieyl pakai baju color apa hari ni hahaha.. Nasib baik member suka layan nieyl, dia teka orange, sebab KLU nieyl bagi dekat dia color yang tak pernah nieyl pakai sebelum ni. Tapi salah, dan nieyl selfie gambar atas tu bagi dekat dia. Kalau ikutkan perancangan awal, hari ni nieyl plan nak lunch date dengan Bff nieyl ni tapi disebabkan ada beberapa perkara yang tak boleh nak dielakkan, so..kita postpone lunch date tu ke hari lain.
Kenapa pilih warna kuning hari ni?nieyl tak pernah lagi ada baju kemeja warna kuning actually, so..teruja bila ada baju warna kuning ni dan sangat excited nak pakai, sebab nak tengok cantik ke tidak kalau pakai warna kuning ni. So far, cantik je warna kuning ni sebab dia kuning soft. Dan sebab kedua nya petang ni balik kerja nieyl akan terus ke equestrian park putrajaya untuk support RPPC main petang ni untuk tentukan tempat ke-3 dan ke-4. Hopefully petang ini cuaca baik-baik aje..♥
Assalamualaikum... Salam Jumaat... Pagi-pagi lagi kakak nieyl buat surprise.. dia bagi bekal breakfast dekat nieyl.. tengoklah menu breakfast nieyl pagi ni.. yumyummy... Alhamdulillah, semoga kakak nieyl selalu dimurahkan rezeki..
Dan untuk yang baca entry nieyl pagi ni.. Nieyl doakan semoga segala urusan kalian dipermudahkan.. dan Allah sentiasa murahkan rezeki semua orang.. Aminn
Kenapa memilih untuk menulis blog? | Soalan ni patut kena tanya juga dekat sahabat-sahabat yang baca entry ini. Kenapa korang pilih untuk menulis blog?Masa tahun 2009, itu tahun di mana nieyl kenali dunia blog. Buat blog ketika untuk hanyalah untuk menulis apa yang nieyl rasa bila ada masalah dan bila rasa nak meluahkan. Sebelum pandai menulis blog ni, nieyl bermula dengan menulis dalam buku ala-ala diary. Bila tahun berganti tahun,tahu tentang blog dan nieyl pun bermula dengan blog yang banyak tentang diri ketika itu. Lama-lama itu follower makin meningkat, dan nieyl akan follow back yang mana follow blog nieyl tu. Dan nieyl cuba untuk BW semula blog-blog yang meninggalkan komen-komen yang positif, yang negatif tu nieyl delete dan block nieyl tak nak blog nieyl kotor dengan kata-kata orang yang otak tak betul. (pengalaman). Sebab nieyl buat blog bukan memaksa orang untuk follow, ataupun baca.
Me Time
Pada nieyl setiap perempuan ataupun lelaki perlukan "me time" untuk diri dia. Cuma cara kita berbeza mengikut kesesuaian dan umur. Untuk diri nieyl menulis entry dalam blog adalah salah satu "me time" yang nieyl suka selain menghabiskan masa dekat luar. Nieyl boleh spend lebih 2 jam depan blog untuk menulis entry tanpa gangguan manusia lain. Contohnya, sebelum nieyl berkurung dalam bilik untuk tempoh yang lama, nieyl akan inform husband dulu supaya dia faham. Dan satu lagi nieyl akan berkurung dalam bilik ketika husband nieyl pergi mesyuarat dekat luar ataupun dia lepak dengan kawan-kawan dia.
Lebih menjadi diri sendiri
Since bila kita dah berumahtangga, masa kita lebih banyak dirumah, dan kalau yang dah ada anak masa lebih kepada anak-anak betul tak.. Macam nieyl, memang banyak masa di rumah walaupun tidak ada anak lagi, keluar rumah bila perlu sahaja. Weekend pun sama juga, lebih suka duduk di rumah. Kawan? Ada je kawan-kawan, bukan kata duduk rumah sebab tak ada kawan ish..sekeh kang.. Untuk diri nieyl, bila menulis entry ni nieyl boleh jadi diri nieyl sendiri dan tak perlu nak selindung-selindung sangat. Nieyl boleh marah, nieyl boleh menangis, nieyl boleh luahkan apa yang nieyl rasa dalam blog ni.
Tempat simpan memori
Setiap entry yang ditulis mempunyai cerita yang tersendiri yang di simpan dalam blog untuk dikongsikan dan diabadikan untuk diri sendiri. Kalau simpan dalam phone, bila rosak habis semua hilang. Kalau simpan dalam blog, InsyaÁllah silap-silap sampai ke tua pun masih ada lagi..
Tiada orang kenal
Setakat orang yang suka menulis, mana ada orang kenal.Lainlah blogger-blogger yang dah memang popular tu, lain la..jadi, lebih selesai begini menulis tanpa orang kenal. Kalau kenal pun mungkin dimedia sosial yang lain selain blog. Dan ramai je kawan-kawan yang tahu nieyl ada blog, dan ramai je tanya apa nama blog, nieyl lebih bersikap silent je..Kalau nak tahu, kenalah cari sendiri, nama untuk bagitahu tu, memang tak la..privasi ♥
Menulis blog walaupun santai-santai bila tiba "perasaan itu" , memang boleh buat kita berhenti menulis dan stop berblogging. Nieyl pernah didatangi perasaan itu setahun tanpa rasa apa-apa. Dan perasaan itu dia pergi begitu sahaja dan nieyl baru kembali menulis kembali setelah setahun meninggalkan blog ni. Macam tak percaya nieyl boleh buat comeback semula, walaupun sekarang ni ada yang masih aktif dan ada juga yang dah terkubur selamanya. Jadi, kepada yang memilih untuk menulis, teruskan semangat dan jangan bagi perasaan itu datang dekat korang tau...
Assalamualaikum.. Selamat hari Khamis.. Semalam petang RPPC kalah untuk ke Final.. tapi tak apa lah, dieorang dah buat yang terbaik kan.. So, hari ni mulakan setiap pagi dengan cipta moment yang baru.. Enjoy life dengan cara kita sendiri bukan dengan cara orang..
Tambah Key Chain Dari Makkah | Awal bulan baru ni pegawai nieyl pergi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga. Dan balik tu dia bagi ole-ole keychain Makkah. Dia tahu nieyl memang suka kumpul keychain dari luar negara dan setakat hari ini belum ada lagi keychain yang sama design walaupun negara yang sama. Kali ni tambah satu lagi koleksi keychain Makkah kali ini berwarna hijau dan sebelum ni nieyl dah ada warna merah dan biru.. Nak tengok?
Cantikkan?terima kasih kepada yang selalu bagi ole-ole keychain walaupun orang kata bagi makanan lebih baik, tapi keychain ni lain aura dia untuk orang yang pandai menikmatinya. ♥
Permainan Zaman Kanak-Kanak Korang | Hari tu nieyl tengah layan Gegar Vaganza, si Raisya tanya nieyl, dulu-dulu masa kecil nieyl main permainan apa?dah beberapa kali soalan ni dia tanya, dia nak tahu sangat permainan apa dan macam mana cara main. Jadi, sambil-sambil tengok tv tu nieyl ceritalah dekat dia permainan apa yang nieyl main masa kecil tu sebab banyak sangat, jadi nieyl selected je la yang mana mudah untuk dia faham dan kena tunggu demo ya kawan-kawan hahaha..
Zaman nieyl masa tu dah start main dengan kawan-kawan sekolah tadika lah tahun 1994. Rumah nieyl ni kawasan kampung lagi masa tu, jadi kawan-kawan nieyl memang sekitar rumah je, masa tu tak kisah berkawan je dengan perempuan, lelaki , mak ayah kita tak marah pun masa tu. Dari dulu lagi nieyl memang cepat mesra dengan orang, mudah berkawan sampailah sekarang. Alhamdulillah.
Batu Seremban
Dulu permainan batu seremban ni popular,sebelum main tu pergi cari batu sendiri, suka hati masa tu nak batu kecil ke besar ke, bulat ke apa ke, janji batu. Nieyl dulu masa mula-mula main tu cari batu besar-besar, kononnya senang lah nak ambil nanti, sekali bila nak kena tampung tu batu besarlah susah nak dapat skor, selalulah dapat mata sikit je, senang cerita selalu kalah hahaha. Bila dah pandai main, pandai cari batu, kirim salah la..i'm the winner okay
Getah Zero Point
Main getah ni popular zaman nieyl masa umur 10 tahun kalau tak silap nieyl. Masa tu pantang nampak getah, mak nieyl selalu beli getah untuk bungkus lauk niaga, dapat ke nieyl habis getah tu nieyl ambil buat getah zero point hahaha..Kitaorang bukan je main dekat rumah, dekat sekolah pun kitaorang main juga, lagi-lagi bila cikgu tak masuk kelas ke, waktu rehat ke, ha..pakai kain tapi dalam dah pakai seluar sukan siap-siap sebab nak angkat kain senang bila main. Seronok sangat main getah zero point ni, sebab terasa diri macam atlet weh, boleh angkat kaki tinggi nak capai getah tu, sekarang nan hado la..mahu tercabut pinggang ni kalau buat.
Tutup botol
Dulu dekat sekolah rendah nieyl, kantin tu ada jual air gas yang botol tu. Nieyl dengan kawan-kawan belilah juga tapi lebih kepada mengutip tutup botol untuk kita main dekat dalam kelas. Tutup botol ni biasanya dimonopoli pelajar lelaki tapi zaman nieyl lelaki ke perempuan ke, main sama juga, sama-sama naik hahaha. Yang kelakarnya tu, kawan-kawan suka dajal bagi kita yang susah-susah je, tapi kalau ada skill, tak ada masalah..settel..
Galah panjang
Yang ni nieyl main juga tapi tak selalu lah sebabnya kalau nak main kena kawasan yang lapang dan kena ramai orang, kalau takat 2 , 3 orang memang tak main la. Walaupun jarang-jarang main , tapi game ni sangat best, sebab boleh main acah-acah kawan-kawan, sebab kita nak lepaskan halangan yang ada tu kan. Kalau badan yang kecil tu senang nak bolos, kalau badan yang berisi ni susah sikit, sebab kena cepat dan pantas sebelum kena sentuh dengan pihak lawan.
Sebenarnya banyak je lagi permainan yang nieyl main masa zaman kecil dulu. Balik sekolah je, tukar baju hilang pergi main sampai mak nieyl jerit-jerit panggil balik. Dulu nak tengok tv pun jarang, dulu manalah ada handphone, telefon rumah yang pusing nombor tu ada lah. Jadi, memang akan keluar main jela. Tapi bila kita lihat, zaman kanak-kanak sekarang sangat jauh berbeza kan, betul-betul mengikut pengedaran teknologi.
Cuba share, masa kecil permainan apa lagi yang korang main selain dari yang nieyl share pagi ni. Nak tahu juga♥
Assalamualaikum... Salam Rabu, eh..rabu dah ya... Esok khamis, lusa Jumaat... Weekend soon... Pagi ni penuh tangan nieyl kiri kanan bawa barang.. malam tadi boss order karipap & nasi lemak untuk discussion pagi ni... bukan nieyl yang buat tau, nasi lemak tu nieyl beli dekat kedai abg nieyl, karipap pula kakak nieyl yang buat, nieyl tukang bawa je hehehe
Hadiah GIVEAWAY | Dah lama sebenarnya nieyl tak join GA ni sejak nieyl stop menulis blog hampir setahun. Dan baru beberapa bulan ni nieyl start menulis balik dan terjoin GA Syafiqa Hatta ni sebagai tanda support GA dia anjurkan. Dan specialnya GA ni pemenang tidak di umumkan di blog, tahu menang ni pun sebab buka emel. Pemenang dihubungi melalui emel yang kita tinggalkan di ruang komen entry beliau. Alhamdulillah, tuah ayam nampak di kaki, tuah nieyl siapa yang tahu kan. Rezeki dipilih menjadi penerima ke-4 .
Sangat cantik kotak hadiah dia, hitam itu menawan bereben kan warna merah memang sangat cantik. Nieyl dapat hadiah tudung bawa warna maroon, bertambah sehelai lagi tudung warna maroon sesuai sangatlah sebabnya setiap hari rabu nieyl kena tudung warna korporat. Selain tu ada inai, yang ni memang nieyl suka sebab sejak inai di kuku ni dah habis, belum ada masa lagi nak pakai baru, ini dah alang-alang dapat inai ni kan, nanti free-free nanti bolehlah pakai.
Ha..yang coklat-coklat tu dah ada orang aim dah tu, si Raisya tengok gambar dalam handphone nieyl dia nampak gambar ni, dia cakap nanti dia nak semua coklat-coklat tu. Hahaha..tak ada peluanglah nak kongsi nampak nya..Apa-apa pun terima kasih Syafiqa Hatta♥
Berbunga-bunga hati bangun pagi hari ini | Unexpected!speechless! Biasanya memang setiap pagi jam bunyi 6.30 pagi, nieyl akan check handphone dulu takut-takut ada whatsapp yang penting dan pagi ni tergerak hati ni nak tengok instagram sekali ternampak sesuatu yang Wow!i don't believe it..serius ar ni instagram tak scam aku kan pepagi ni hahaha.. Berkali-kali check haha, nak sahkan betul ke ni kan, yela siapalah kita ni orang nak notice story kita yang sendu ni kan.
Betul korang, Tengku Ahmad view story IG nieyl malam tadi. Tak kisahlah kalau tak bagi ♥ tapi dia view tu kira bertuahlah kan, berapa ribu pula peminat dia tu kan. Cepat-cepat snap simpan kenangan sebab story IG boleh tahan 24 jam..hehehe..
Beberapa hari sebelum Tengku Ahmad, Tengku Amir dulu yang view story IG nieyl masa ni pun dah happy juga sebab bukan kaleng-kaleng yang view story IG kita kan. Itulah dia good news yang nieyl nak share dalam blog ni, kalau korang rasa enoying minta maaflah ya. Nieyl share dalam ni as minat dan pengalaman manis dalam hidup nieyl. Minat je tau bukan obses okay.. Mission nieyl tak complete lagi ni nak juga tengku Hassanal notice tapi tak tahulah kalau ada rezeki, nieyl share dalam ni kalau tak ada senyap je tu, memang tak ada lah tu hahaha..
Alhamdulillah, RPPC berjaya ke semi final yang akan berlangsung esok, nieyl tak sure lagi nak pergi ke tak esok untuk support, sebab weekend baru ni Ya Allah manusia yang pergi sana tak tahu la sebenarnya nak support polo ke nak jumpa anak raja semata-mata sampaikan orang yang betul-betul datang nak tengok polo bengang. Rasanya pihak equestrian park putrajaya kena lebih peka dengan keadaan yang terlampau sesak. Itu yang nieyl masih berfikir-fikir lagi ni nak pergi ke tak esok tu. Cuma kalau final 14hb ni InsyaÁllah nak pergi support kasi RPPC menang besar..Amin...
Assalamualaikum.. Selamat Pagi... Bangun-bangun pagi je tengok handphone.. senyum sampai ke telinga pagi ni hahaha... nanti nieyl share ya... Hari ni breakfast apa tu?
Tak boleh ke tepati masa bila dah berjanji tu | Masa tengah scroll facebook tadi , rest sekejap dari kerja ternampak satu post ni tentang masa. Jadi, ia sangat menarik untuk nieyl sharekan dalam blog ni sebab apa?sebab nieyl adalah orang yang selalu kena scam dengan orang yang tidak menepati masa. I dont like!benci..
Kalau kita janji pukul2 bermakna pukul2 kita dah berada ditempat yang dijanjikan bukannya pukul2 baru nak gerak dari rumah. Memang lebamlah orang yang jenis menepati masa ni macam nieyl contohnya dan nieyl pernah kena ya kawan-kawan dekat 1 jam..OMG!tak tahulah macam mana nieyl boleh ada kesabaran menunggu masa tu.
Pernah juga kena bila berjanji nak gerak sama-sama, kita ni dah siap duduk dalam kereta , dia masih belum bersiap lagi..kau rasa??aduhai..memang menunggu adalah perkara yang membosan, dan tak terfikir ke eh perasaan orang-orang yang jenis tepati masa ni. Nieyl ni dah berkali-kali kena pun still nak datang on time sebab apa?sebab nieyl akan rasa bersalah kalau buat orang tunggu kita. Kadang-kadang ada perkara yang mungkin tak boleh nak di elakkan tu, kita faham tapi yang jenis memang tak menepati masa tu bermasalah betul.
Korang pernah tak kena scam dengan orang yang tak menepati masa ni?ke korang salah seorangnya hehe..meh la share dengan nieyl, komen dekat bawah ni okay...♥