Hari yang memenatkan | Sekarang ni kalau cuti sabtu ahad terasa macam sekejap je dah kembali ke hari isnin. Weekend baru ni nieyl memang penat sikit, selalunya hari ahad nieyl memang cuba elak keluar, sebab nak berehat isnin dah kerja. Tapi ahad baru ni nieyl pagi pergi pasar, tengah hari pula nieyl "me time" pergi tengok perlawanan Polo, balik dah lewat pukul8 malam baru sampai rumah. Nanti nieyl story dekat entry lain ya aktiviti nieyl sabtu dan ahad lepas.
So, hari ni isnin kononnya nieyl nak buat entry pagi tapi sempat upload gambar je. Nieyl dah sibuk sampai 4.30 petang, itupun stop dah tak larat nak sambung kerja dah. Team nieyl kena siapkan surat-surat jemputan untuk majlis bulan 11 nanti. Surat tu kena siap selewat-lewat pagi esok untuk dipos pagi esok. Bukan sikit tau, beratus surat nak kena siapkan satu persatu, dan ramai VIP so, kena teliti. Jadi, hari ini memang kena fokus sampai nak terkeluar biji mata ni tengok skrin.
Credit gambar ni bos nieyl yang snap, masa ni memang tak pandang kiri kanan dah, sebab nak kena siapkan mana yang boleh sebelum balik 4.30 petang. Dari pagi sampai ke tengah hari tadi memang banyak dugaan, sampai rasa nak menangis dengan ragam manusia, kerja lagi nak urgent. Aduhai.. itupun, petang tadi dieorang hantar hantar wassap, dieorang tinggalkan himpunan surat atas meja nieyl untuk nieyl settelkan pagi-pagi esok sebelum pukul9 pagi.
Oklah korang, nieyl rasa kepenatan dah sekarang ni, nak rest dulu. Esok perlukan tenaga yang banyak untuk siapkan surat-surat tu dalam masa 1 jam 30 minit ...Wish me luck okay...nanti nieyl dah free sikit nieyl akan BW blog korang ya..
musim busy la ni.. biasa la tu.
ReplyDeletesama la..mcm x puas rehat weekend kan, tambah2 lagi bila ada program ...
ammi pernah buat kad jemputan masa kerja kat office lama. hantar ke alumni pelajar MCKK... ya ampunnnnn rasa nak menangis lipat surat, masuk sampul, tampal setem, tampal alamat. buat sorang2
ReplyDeleteTugas menyiapkan surat undangan ini memang lah harus teliti. Termasuk cek gelar dan nama yg diundang. Silap masalah gelar, bisa panjang urusannya kan.
ReplyDeleteSemangaaaat kak nieyl. Semoga esok lancar urusannya