11 October, 2023

Permainan Zaman Kanak-Kanak Korang

 


Permainan Zaman Kanak-Kanak Korang | Hari tu nieyl tengah layan Gegar Vaganza, si Raisya tanya nieyl, dulu-dulu masa kecil nieyl main permainan apa?dah beberapa kali soalan ni dia tanya, dia nak tahu sangat permainan apa dan macam mana cara main. Jadi, sambil-sambil tengok tv tu nieyl ceritalah dekat dia permainan apa yang nieyl main masa kecil tu sebab banyak sangat, jadi nieyl selected je la yang mana mudah untuk dia faham dan kena tunggu demo ya kawan-kawan hahaha..

Zaman nieyl masa tu dah start main dengan kawan-kawan sekolah tadika lah tahun 1994. Rumah nieyl ni kawasan kampung lagi masa tu, jadi kawan-kawan nieyl memang sekitar rumah je, masa tu tak kisah berkawan je dengan perempuan, lelaki , mak ayah kita tak marah pun masa tu. Dari dulu lagi nieyl memang cepat mesra dengan orang, mudah berkawan sampailah sekarang. Alhamdulillah. 

Batu Seremban

Dulu permainan batu seremban ni popular,sebelum main tu pergi cari batu sendiri, suka hati masa tu nak batu kecil ke besar ke, bulat ke apa ke, janji batu. Nieyl dulu masa mula-mula main tu cari batu besar-besar, kononnya senang lah nak ambil nanti, sekali bila nak kena tampung tu batu besarlah susah nak dapat skor, selalulah dapat mata sikit je, senang cerita selalu kalah hahaha. Bila dah pandai main, pandai cari batu, kirim salah la..i'm the winner okay 

Getah Zero Point

Main getah ni popular zaman nieyl masa umur 10 tahun kalau tak silap nieyl. Masa tu pantang nampak getah, mak nieyl selalu beli getah untuk bungkus lauk niaga, dapat ke nieyl habis getah tu nieyl ambil buat getah zero point hahaha..Kitaorang bukan je main dekat rumah, dekat sekolah pun kitaorang main juga, lagi-lagi bila cikgu tak masuk kelas ke, waktu rehat ke, ha..pakai kain tapi dalam dah pakai seluar sukan siap-siap sebab nak angkat kain senang bila main. Seronok sangat main getah zero point ni, sebab terasa diri macam atlet weh, boleh angkat kaki tinggi nak capai getah tu, sekarang nan hado la..mahu tercabut pinggang ni kalau buat. 

Tutup botol

Dulu dekat sekolah rendah nieyl, kantin tu ada jual air gas yang botol tu. Nieyl dengan kawan-kawan belilah juga tapi lebih kepada mengutip tutup botol untuk kita main dekat dalam kelas. Tutup botol ni biasanya dimonopoli pelajar lelaki tapi zaman nieyl lelaki ke perempuan ke, main sama juga, sama-sama naik hahaha. Yang kelakarnya tu, kawan-kawan suka dajal bagi kita yang susah-susah je, tapi kalau ada skill, tak ada masalah..settel..

Galah panjang

Yang ni nieyl main juga tapi tak selalu lah sebabnya kalau nak main kena kawasan yang lapang dan kena ramai orang, kalau takat 2 , 3 orang memang tak main la. Walaupun jarang-jarang main , tapi game ni sangat best, sebab boleh main acah-acah kawan-kawan, sebab kita nak lepaskan halangan yang ada tu kan. Kalau badan yang kecil tu senang nak bolos, kalau badan yang berisi ni susah sikit, sebab kena cepat dan pantas sebelum kena sentuh dengan pihak lawan.

Sebenarnya banyak je lagi permainan yang nieyl main masa zaman kecil dulu. Balik sekolah je, tukar baju hilang pergi main sampai mak nieyl jerit-jerit panggil balik. Dulu nak tengok tv pun jarang, dulu manalah ada handphone, telefon rumah yang pusing nombor tu ada lah. Jadi, memang akan keluar main jela. Tapi bila kita lihat, zaman kanak-kanak sekarang sangat jauh berbeza kan, betul-betul mengikut pengedaran teknologi. 

Cuba share, masa kecil permainan apa lagi yang korang main selain dari yang nieyl share pagi ni. Nak tahu juga♥

4 comments:

  1. yess...semua game ni memang fav game kak ayu masa kecik2 dulu...
    pas tu main pundi kacang tu best, lepas exam je cikgu kasi bawak permainan & main dlm kelas... janji jgn bising, kan? seronok sgt..memang dinanti2 waktu rehat sbb nak gi main ngan kawan2...masa sekolah rendah la.

    ReplyDelete
  2. errr zmn2 MZ kecik, memang gitu jer main masak2, panjat2 pokok (zmn tadika), then zmn sek rendah, main batu seremban, main tali skipping hehhehhe

    ReplyDelete
  3. bila nk recall balik zaman kecik2,cikpuanLinda nie suka main ngan lelaki, sebab x suka pompuan, banyak hal (tak sedo diri tu pompuan),,hahaha... makanya mmg p main guli, main tarzan2 dekat parit, main beskal smbil berlumba2...smpai mak kurung dalam bilik lah, x mau bagi main dengan bebudak lelaki...hahaha...
    BTW salam kenal ya nieyl...

    ReplyDelete
  4. masa ammi kecil, jiran-jiran ammi semua india. dan yg sebaya semua lelaki jadi memang main mainan lelaki jelah. main roundes, konda kondi, galah panjang, bola, baling selipar, bola cop.

    dah tingkatan 4 baru belajar main batu seremban

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)