17 October, 2023

Support Hari Sukan Negara 2023

 

Support Hari Sukan Negara 2023 | Tahun ni merupakan tahun untuk nieyl banyakkan join-join fun Run ataupun Fun Walk untuk kuatkan kaki ni yang biasanya kalau duduk dekat pejabat tu kalau nak dapat 3000k step pun susah sebab kerja jenis banyak duduk depan komputer. Jadi, nieyl ambil peluang yang ada untuk join selain tu untuk kekal sihat. Weekend baru ni 14 Okt 2023 nieyl join Fun Walk Fit Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan sempena Hari Sukan Negera. Ini merupakan Run Fun yang ke dua untuk nieyl selepas Milo hari tu, dan insya'Allah ada beberapa lagi Fun Run yang nieyl akan join lepas ni. 

Untuk Fit Malaysia kali ni masa kita nak buat pembelian ticket dia beri kita pilihan sama ada kita nak collect sendiri Kit ataupun kita nak pos. Dan nieyl memilih untuk pos terus ke rumah sebab lebih mudah sebab boleh je kalau nak collect sendiri cuma masa tu tak ada, sebab dia collect hari bekerja dan macam biasalah kalau korang tengok media sosial pun kalau sesi pengambilan kit race ni manusia macam mana kan, beratur dan ramai. Jadi, usaha KBS untuk buat secara pos ni memang salah cara yang paling efisen untuk mereka yang sibuk bekerja. 

Seperti yang dijanjikan seminggu sebelum acara, parcel-parcel ni sampai depan pintu. Ada empat sebab nieyl daftar untuk 4 orang iaitu anak buah nieyl 2 orang, kakak nieyl dan nieyl. Husband nieyl dia jenis tak minat Fun Run ni so, dia memang takkan pergilah. Nieyl sebab suka dan nieyl akan cari orang yang kongsi minat yang sama dengan nieyl jadi lebih mudah untuk nieyl pergi. 

Ok dalam parcel tadi tu, dia bagi gelang untuk kita tebus medal selepas tamat Fun Run tu, ada voucher sukan dan juga T-shirt. Untuk T-shirt ni selalu kena lebih hati-hati nak pilih size tau, kadang-kadang dia terbesar, kadang-kadang boleh jadi terkecil tau. So far, nieyl tak pernah lagi lah dapat terkecil tu paling tidak pun ngam-ngam la..tak ketat dan tak longgar. 

Fun Run biasanya nieyl akan keluar 6.30 pagi dari rumah, dan sebelum pukul7 tu dah sampailah kirnaya. Macam sabtu hari tu anak buah nieyl yang perempuan tu dia siap Allah rasa nak jerit je, terhegeh-hegeh padahal dah bagitahu dah ni nak kena gerak pukul berapa sebab nak cari parking. Sampai -sampai parking tak ada, nasib baiklah ada bahu-bahu jalan yang boleh diparking. 

Inilah family group fun run nieyl, memang muka kitaorang berempat je yang selalu pergi event-event larian. So far nieyl akan pergi event-event sekitar Putrajaya atau Cyberjaya je sebab dekat dengan rumah dan kalau nak balik pun cepat hehehe..

Simpan gambar sini kenangan, happy kan bila dah tamat dan dapat medal. Sekarang ni kan yang nieyl perasan bila kita dah biasa join fun run ni kan, kita dah kurang rasa sakit kaki. Dulu nieyl memang kurang bersenam, jadi bila buat apa-apa aktiviti kan, kaki ni memang cepat je sakit, nak berjalan pun sakit tapi bila dah biasa Alhamdulillah, balik Fun Run boleh jalan seperti biasa..Mungkin itu salah satu terapi kaki la kot kan.

Lepas habis larian, kita akan pergi ambik roti, buah pisang, air dan juga medal. Kemudian, nieyl jalan-jalan dekat booth yang disediakan untuk shopping.Nieyl ada beli 2 item je Produk Yeos dengan Gardenia rm10. Tapi lupa nak snap gambar, mak nieyl dah leraikan semua simpan. hehehe..






8 comments:

  1. Sebagai seorang daripada warga KBS, saya berterima kasih kerana menyokong program kami. Teruskan mengamalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  2. Rajin Nieyl..Akak suka jugak xtiviti ni tapi sbb asben x minat, lepas tu x de geng..jadi malas lah nak joint..bila tgk kawan2 up gambor kat soc media, ada lah rasa jeles sikit..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. husband nieyl pun x minat, tapi nieyl minat..nasib baiklah ada anak buah yg besar2 ni yg minat, boleh buat jadi geng

      Delete
  3. anak dara biasalah bersiap...siap dengan blusher lagi.
    ammi pun join juga HSN sabtu haritu tapi yg free funwalk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..adoilah anak dara skrg ni haihss..
      klu janji pukul7. Pukul7 baru nak siap..

      Delete
  4. wah bestnya...kat sban x byk sgt fun run la... suka join kalau kena masa tu

    ReplyDelete
  5. sy terlepas daftar yg ni. kalau x kita mgkn jumpa kt sana hehhee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)