02 October, 2023

5 Fakta Tentang Diri Nieyl

5 Fakta Tentang Diri Nieyl | Untuk yang dah lama follow blog nieyl ni mungkin tahu serba sedikit tentang nieyl dan ada juga beberapa yang kita dah pernah bersua muka,ada juga yang sentiasa berhubung melalui media sosial lain selain blog. Untuk yang mungkin baru follow blog nieyl, terima kasih sudi follow dan tinggalkan komen-komen yang positif. Insya'Allah nieyl akan cuba membalas kunjungan korang nanti. 

Peminat warna pink 

Kalau diberikan pilihan memilih warna untuk baju ke kasut ke stationery ke , pink akan menjadi pilihan yang pertama. Tak kisah pink apa, yang pastinya dia warna pink. Cuma sekarang ni berjinak-jinak dengan warna putih. Pink dan putih kombinasi warna yang cantik kan.

Cepat mesra dengan orang
Prinsip nieyl dalam berkawan ni senang je, kalau orang ikhlas berkawan dengan kita, kita boleh rasa. Jangan berkawan dengan orang kerana nakkan sesuatu sebab kalau asasnya itu dah tak ikhlas, perjalanan dalam berkawan tu takkan lama, dia macam akan jadi hai hai bye bye je.  Contohnya macam dalam dunia blog ni, kalau kita baca blog seseorang tu,kita boleh rasa dia seorang yang macam mana. Dan kalau kita datang balik baca blog dia tu maknanya dia boleh ngam dengan kita Insya'Allah.. jadi, jangan malu, jangan segan untuk say hai..hai ya..

Seorang kawan yang setia
Nieyl ni seorang yang setia kalau dalam berkawan, nieyl ada seorang BFF yang boleh menerima kekurangan nieyl dan sentiasa menjadi tempat untuk nieyl luahkan masalah dan sentiasa memberi sokongan bukan jadi batu api ya.. Dan nieyl sangat menghargai dia walaupun kiteorang dah tak bekerja di tempat yang sama tapi kami sentiasa berwhatsapp, berjumpa untuk hilangkan rindu. Dan baru-baru ni nieyl buat surprise birthday dia, bukan 1 , tapi 2 hehehe..nanti nieyl cerita next entry ya... bestkan jadi kawan nieyl hehehe..kalau kita ikhlas, insya'Allah Allah akan beri kawan yang baik untuk kita.. Siapa nak jadi kawan nieyl?

Suka berangan
Kalau berangan ni rasanya semua orang pun suka berangan kan, sebab benda free bukan kena bayar pun. Jadi berangan sepuasnya. Macam  nieyl suka berangan benda-benda yang tak mungkin akan dapat sampai bila-bila (secret) tapi benda tu boleh buat hari-hari nieyl rasa happy hahaha dan nieyl juga suka berangan sesuatu yang boleh jadi kenyataan cuma kena lebih usaha dan masa yang sesuai untuk jadi kenyataan. 

Jangan kacau "me time"
Biasanya orang yang berkahwin ni susah sikit nak ada "me time" kan, tapi Alhamdulillah..husband nieyl sangat memahami isteri dia. Nieyl memang akan ada "me time" dan bila i need "me time" husband nieyl akan izinkan sebab dia tahu, nieyl memang banyak masa dekat rumah kalau cuti dan tidak bekerja. Nieyl memang jarang ya keluar tanpa tujuan, dan nieyl memang banyak masa di rumah. So, kalau dekat rumah pun, nieyl ada "me time" juga tau, bila nieyl dah start duduk depan laptop, pakai earphone dia takkan kacau sampai nieyl selesai. Ha..time tu la nieyl akan menulis blog dengan tenang tanpa gangguan.Selalunya dalam 3 jam ke 4 jam macam tu..

Eh dah 5 fakta yang nieyl share tentang diri nieyl serba sedikitlah, ada yang pernah nieyl share dan ada yang nieyl tak share sebelum ni, tapi apa-apa pun nieyl suka menulis blog bukan sebab nak paksa orang untuk baca, sekiranya ada pembaca terima kasih..nieyl sangat hargai..mini love untuk korang...


 

3 comments:

  1. memang nampak sgt Nieyl memang friendly & mudah mesra orangnya..
    walaupun x pernah jumpa ngan Nieyl, Kak Ayu boleh komen mcm dah kenal lama sgt dah kan... in sya Allah, harap one day kita leh jumpa kannn

    ReplyDelete
  2. Fakta akk lebih kurang Cuya je kak... Hhahah..
    Sama aje kite due ni agaknya >_<

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka kombinasi putih & pink. Biasanya peminat pink ni berperwatakan ceria hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)