Ulang alik 3 klinik dalam seminggu | Last week kan nieyl ada cakap yang nieyl sakit telinga, so..hari khamis lepas nieyl pergi klinik Marisa untuk check. And lepas tu Dr. bagi ubat titik untuk cairkan tahi telinga tu dan 25hb dia suruh datang semula. Jadi, bertahan la nieyl pakai ubat titik tu dalam 3 hari macam tu, telinga makin rasa tak selesa. Nieyl fikir jumaat, sabtu dan ahad nieyl ada outstation dekat Melaka. Macam mana sekali pun nieyl kena usaha untuk settelkan masalah telinga yang memang buat nieyl tak ada mood,hilang selera nak makan tau sebab nieyl tak happy.
This morning nieyl cakap dengan husband, nieyl nak pergi klinik lain la, malas nak pergi klinik hari khamis tu, so..nieyl pergi klinik kedua, klinik Harmoni area rumah nieyl ni, Dr. dia memang kenal semua family nieyl, so..pagi tadi nieyl pergi klinik dan jumpa Dr. , Dr. check alamak dia tak boleh nak buat cuci biasa sebab takut makin dalam tahi telinga tu, so dia suggest other klinik yang memang ada lengkap alat vacuum semua. Untuk klinik Harmoni tadi memang tak ada sebarang caj dikenakan,so..nieyl terus je pergi ke klinik yang Dr. suggest tu, tak jauh pun dalam 8 -10 minit je dari rumah nieyl. Nama klinik tu Poliklinik Amalmedik kota Warisan, ini first time nieyl jejakkan kaki dekat klinik ni.
Tak lama la nieyl tunggu, lepas tu dah kena panggil dan terus Dr. keluarkan camera, untuk check keadaan telinga nieyl, so..nieyl pun boleh nampaklah keadaan telinga sendiri...malu betul, tengok dalam telinga sendiri hahaha. Dr. check dua-dua belah walaupun sebelah je yang rasa tersumbat, nieyl ok je sebab dalam kepala otak ni fikir nak cepat baik je, nak kembalikan nikmat pendengaran tu.
Dr. suruh nieyl baring dan terus buat rawatan. Ok sebelum rawatan ni Dr. dah pesan, dia akan rasa pening-pening, itu normal tapi sekejap je. Oklah nieyl sebenarnya gementar kot sebab benda first time kan, lepas tu dengar pula kawan kata dia buat sakit la apa la kan, lagi ar..Tapi Alhamdulillah , Allah permudahn urusan nieyl, Dr. hanya ambil masa dalam 20 minit untuk dua -dua belah telinga nieyl. Jujur cakap langsung tak rasa sakit, geli-geli dekat telinga adalah sikit dan pening tu, ya memang pening dalam 5 minit macam tu baru nieyl rasa normal. Sebab nieyl kena pastikan betul-betul ok sebab nieyl nak kena drive balik dan Dr. bagi nieyl mc hari ni.
Tadi sementara menunggu nama di panggil tu, nieyl pusing-pusing klinik ni,patutlah kenapa Dr. Harmoni tu suggest nieyl pergi klinik ni sebab poliklinik ni memang khas untuk Earwax, dia ada lengkap peralatan pembersihan telinga. Tadi nieyl dia guna vacuum sedut tu, memang tak rasa sakit apa pun. Best!
Sebelum keluar dari klinik, nieyl tanya Dr. macam mana nak atasi masalah telinga tersumbat, dia kata yang pertama jangan guna cotton buds untuk bersihkan dalam telinga. Cotton buds untuk bersihkan bahagian luar sahaja. Dan yang kedua, boleh guna titik cairkan tahi telinga dan biarkan dia akan keluar sendiri. Dan Dr. kata jangan pandai-pandai nak korek telinga, bahaya nanti ada jangkitan bakteria.
Alhamdulillah, hari ni Allah kembalikan nikmat pendengaran telinga nieyl, happy sangat nieyl hari ni dan mood automatik rasa happy sangat. Jadi, jangan sesekali kita abaikan nikmat-nikmat yang Allah beri pada kita, guna dan jaga sebaik-baiknya okay..
Alhamdulillah settle jugak akhirnya..memang kita semua akan hadapi masalah ni sesekali kan..akak dah kena jugak sebelum ni
ReplyDeleteSebenarnya dulu pernah sakit telinga. Memang sangat tak selesa sebab telinga rasa tersumbat. Alhamdulilah dah tak sakit ya....
ReplyDeleteadoi la..memang x selesa kan bila bab telinga ni. moga cepat ok kembali yer.. sapai 3 klinik tu
ReplyDeleteAlhamdulillah balik normal lagi telinga ya kak 👍.
ReplyDeleteSaya pernah pakai alat vacum telinga tuh. Kebetulan adik saya dokter spesialis THT, jadi cobalah kan pakai alatnya. Baru kali tu pltelinga dibersihkan paka kamera sekalian hingga bisa terlihat sampai dalam2, dan alat sedutnya pun macam satisfying sangat ketika kotoran bersih langsung 😁😄😄. Memang mahal lah, Krn alatnya tak semua RS punya kan. Tapi at least Krn adik sendiri, jadi free biaya berobat, hanya biaya obat saja 😄