10 October, 2023

Berbunga-bunga hati bangun pagi hari ini

 

Berbunga-bunga hati bangun pagi hari ini | Unexpected!speechless! Biasanya memang setiap pagi jam bunyi 6.30 pagi,  nieyl akan check handphone dulu takut-takut ada whatsapp yang penting dan pagi ni tergerak hati ni nak tengok instagram sekali ternampak sesuatu yang Wow!i don't believe it..serius ar ni instagram tak scam aku kan pepagi ni hahaha.. Berkali-kali check haha, nak sahkan betul ke ni kan, yela siapalah kita ni orang nak notice story kita yang sendu ni kan. 

Betul korang, Tengku Ahmad view story IG nieyl malam tadi. Tak kisahlah kalau tak bagi ♥ tapi dia view tu kira bertuahlah kan, berapa ribu pula peminat dia tu kan. Cepat-cepat snap simpan kenangan sebab story IG boleh tahan 24 jam..hehehe..

Beberapa hari sebelum Tengku Ahmad, Tengku Amir dulu yang view story IG nieyl masa ni pun dah happy juga sebab bukan kaleng-kaleng yang view story IG kita kan. Itulah dia good news yang nieyl nak share dalam blog ni, kalau korang rasa enoying minta maaflah ya. Nieyl share dalam ni as minat dan pengalaman manis dalam hidup nieyl. Minat je tau bukan obses okay.. Mission nieyl tak complete lagi ni nak juga tengku Hassanal notice tapi tak tahulah kalau ada rezeki, nieyl share dalam ni kalau tak ada senyap je tu, memang tak ada lah tu hahaha..


Alhamdulillah, RPPC berjaya ke semi final yang akan berlangsung esok, nieyl tak sure lagi nak pergi ke tak esok untuk support, sebab weekend baru ni Ya Allah manusia yang pergi sana tak tahu la sebenarnya nak support polo ke nak jumpa anak raja semata-mata sampaikan orang yang betul-betul datang nak tengok polo bengang. Rasanya pihak equestrian park putrajaya kena lebih peka dengan keadaan yang terlampau sesak. Itu yang nieyl masih berfikir-fikir lagi ni nak pergi ke tak esok tu. Cuma kalau final 14hb ni InsyaÁllah nak pergi support kasi RPPC menang besar..Amin...








3 comments:

  1. waa... bukan slalu dapat view kan... mmg bertuahlah!

    ReplyDelete
  2. wah...harus la good mood hari ni kan... diaorang kat kerabat, bila dia view je pun dah wahh....seronoknya. harus la simpan wat kenangan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)