24 October, 2023

Celebrate Birthday Pika Dengan Geng Makan

Celebrate Birthday Pika Dengan Geng Makan | Dekat pejabat ni ada macam-macam group whatsapp , yang paling aktif adalah group makan-makan. Dalam group ni ada 7 ahli jemaah terdiri dari pada EO, PT dan PA dan umur kitaorang berbeza-beza. Hari isnin baru kita plan nak buat makan-makan dan potluck untuk meraikan birthday Pika. Alhamdulillah group makan-makan ni setiap hari jadi ahli jemaah kita try best untuk celebrate walaupun kecil-kecilan. 

Macam dieorang 6 orang ni memang selalu togetherlah, breakfast, lunch semua. Macam nieyl jarang sikit nak join breakfast dan lunch sebab bawa bekal kan. Nieyl jarang membeli makanan di cafe tu.Macam dieorang ni hari-hari akan beli makanan dekat cafe bawah pokok tu. Nieyl akan join kalau ada makan-makan ke, nak makan dekat luar ke..

Group makan-makan tu bukan je cakap pasal makanan, kadang-kadang semua topik dalam tu dan selalunya info-info pun cepat je dapat dari group-group yang lain. 7 jemaah tu kitaorang semua tak sama bahagian tau, semua bahagian lain-lain. Tapi Alhamdulillah masih boleh sama-sama juga dalam group tu dan kalau nak tanya apa-apa pasal bahagian lain pun, selalu kita tembak je dalam group tu, cepat dapat jawapan hehehe..

Dekat tempat kerja ni kan, kita kena cari kawan sebab alam pekerjaan ni kita tak boleh nak buat semua benda sorang-sorang. Kalau sorang-sorang, potensi untuk kita sesat tu tinggi. Kalau kita ada kawan, kita boleh bertanya dan mendapatkan apa-apa info dengan cepat. Kalau sorang-sorang, boleh tapi perjalanan untuk dapatkan jawapan tu jauh, lambat. Dan bila berkawan ni selalulah berendah diri tapi jangan sampai orang ambil kesempatan atas diri kita. Okay?♥









 

3 comments:

  1. wahhhhh geng makan-makan bestie memang selalu havoc! hehehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..kawan2 yg baik rezeki jugak. bonus bila dpt kawan2 yg sekepala ... memang happening la kan bila gather2 mcm ni

    ReplyDelete
  3. Agree. Sebenarnya di manapun kita, memang lah belajar untuk sosialisasi dengan sekitar. Hidup di luar ofis pun tak boleh sendiri2. Namanya manusia, kita makhluk sosial pada dasarnya.

    Terkadang haruslah banyak bergaul dengan yg lain, jadi suatu saat kita butuh bantuan mereka pun, gampang nak request.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)