03 October, 2023

Surprise birthday Bff

 

Surprise birthday Bff | Pernah tak korang ada kawan yang jenis berlumba-lumba nak buat surprise terutama sekali bila birthday?Nieyl la tu orangnya. Actually sejak nieyl dah pindah agensi lain 2020, nieyl dah start buat surprise untuk Bff nieyl dekat pejabat lama, kalau tak silap nieyl, hantar belon dengan coklat. Untuk tahun 2021 dan 2022 pun nieyl hantar belon dengan bunga. Tahun 2023 bulan mac hari tu, dia pula buat surprise dekat nieyl hahaha..dia buat delivery pokok orkid dengan coklat. So sweet pula rasanya suami pun tak bagi tau hahaha... 

Bila masuk bulan September je nieyl dah pening nak cari hadiah apa, nak bagi surprise apa untuk bff nieyl ni. Sebab dah tak boleh nak pakai delivery belon dah, dia dah boleh baca dah. Seminggu sebelum birthday dia, nieyl tempah swissrolls yang boleh deco happy birthday..Cantik tak korang?cantikkan..sayang nak makan tau..

Kali ni nieyl tempah sekali dengan delivery terus dekat bff nieyl. Seawal pukul8.30 pagi orang tu buat delivery,  bff nieyl terima cake tu tapi dia tak tahu dari siapa sebab tak letak kad. Lama juga baru dia whatsapp hahaha.. dia cakap cantik, sayang nak makan.. Kalau tak nak makan, pergi frame kan haha..

Biasanya memang sekali surprise je nieyl bagi, cuma tahun ni nieyl bagi dia 2 surprise. Dari pagi dia lambat sangat respon whatsapp nieyl sebab dia sibuk sampai breakfast pun tak sempat. Timbullah satu lagi idea, nieyl belanja dia McD delivery terus ke dia untuk lunch. Yang ini pun dia tak tahu siapa yang bagi, terpinga-pinga dia sebab nieyl tak guna acc mcd nieyl, guna acc officemate nieyl. Jenuhlah dia fikir, dia takut orang salah hantar. Tapi last-last nieyl tanya dia, dah makan belum..lepas tu baru dia tahu nieyl yang bagi..hahaha..surprise berjaya untuk tahun 2023 hahaha....

Kepada fas:- terima kasih sebab menjadi kawan dan sahabat saya walaupun dah jauh di mata, awak tetap di hati saya sampai bila-bila. Semoga sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..Aminnn




3 comments:

  1. so sweet..sama la ngan kak ayu , this year belum lagi saja kasi lambat2 skt.. he he he

    ReplyDelete
  2. Ehem. Ada kekosongan ke nak jadi BFF Nieyl? Macamana nak apply ye? 😂
    Alhamdulillah, semoga persahabatan korang kekal sampai bila2 🌸

    ReplyDelete
  3. Semoga persahabatan kekal indah hingga ke jannah, nak jadi BFF jugak la macam ni..hahahah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)