17 October, 2023

Kombinasi Masakan Yang Paling Mudah

Kombinasi Masakan Yang Paling Mudah | Hari bekerja memang nieyl tak masak sebab mak nieyl yang akan masak, sebab mak nieyl memang suka masak kalau korang larang macam mana pun, dia tetap akan masak juga. Jadi, nieyl akan ambil turn memasak weekend dan bagi mak berehat pula. Selalunya begitulah kita punya turn melainkan kalau bulan ramadhan, mak nieyl akan ambik sahur dan nieyl akan ambil waktu berbuka. hehehe..

So, nieyl kalau masak suka masak benda yang simple tapi sedap cehwah..sedap ke?hahaha..kalau tanya sendiri yang jawab memang la sedap kan. Tapi nak tahu sedap ke tak, kalau habis tu sedaplah kan betul tak, kalau tak sedap tak habis hahaha..nieyl kalau masak ayam masak merah mesti suka masak sayur yang jenis berkuah. Kebetulan mak nieyl ada tanam bendir , hasilnya banyak tu yang nieyl buat masak bening je bendir tu sedap sampai tak cukup hehehe... next time boleh masak lagi macam ni simple-simple macam ni sedap makan tengah hari.






 

9 comments:

  1. leh geng ngan Ian & Iris ni... suka ayam masak merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam masak merah nieyl banyak versi, apa yang penting sedap :P

      Delete
  2. nieyl, kita sama. akak pun jenis suka masak yang simple terutama hari kerja..nak hat renyah2 ni, tunggu time weekend boleh lama2 duk kat dapur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nieyl yang simple tu weekend, sbb nak rehat lama weekend..

      Delete
  3. eh macam sama je lauk kita semalam..haha

    ReplyDelete
  4. ammi kurang suka ayam masak merah tp anak2 suka. dan biasanya kalau kuah bersup mmg lawankan dengan sambal jelah.

    nak ayam masak merah sila beli di kedai ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kan lawan dia sup...aduhai..makan selalu pun xpe..

      Delete
  5. Berhubung saya tak pandai masak, jadi memanglah sehari2 hanya masak yang mudah saja kak. Yg penting bisa dimakan oleh keluarga 😄😄. Dan at least ada protein, sayur, Karbo, dah cukup. 😁.

    Sukaa ayam masak merah ni. Tiap kali ke malaysia, dan ketemu resto Melayu, saya suka pesan ayam masak merah ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)