Showing posts with label Masakan Ku. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ku. Show all posts

28 January, 2026

Teringin nak makan Kuey Teow Goreng Kerang

by on January 28, 2026

Teringin nak makan Kuey Teow Goreng Kerang | Semalam satu hari tak ada selera nak makan nasi. Nieyl keluar sekejap pergi cari bahan-bahan nak buat kuey teow goreng. Sebenarnya nieyl tak berapa pandai sangat masak kuey teow ni tapi tetap nak cuba masak juga dan nieyl masak petang semalam 2 bungkus memang niat nak jamu abg dan kakak ipar nieyl makan sekali. Setiap petang kalau deorang balik kerja, akan singgah rumah nieyl dlu bawa si rayhana main-main dulu lepas tu baru balik. Sampaikan rayhana tu dah tahu dah, kalau balik mesti akan singgah rumah dulu.

Abg nieyl cakap kuey teow nieyl sedap hihihi, koyak seluar ni..husband pun makan banyak juga 2x tambah. Alhamdulillah, walaupun tak berapa pandai nak masak tapi kalau orang puji sedap tu bonus lah, boleh masak lagi bila-bila hehehe..

 

10 December, 2025

Masak Lemak Labu, Bayam, Suun & Pucuk

by on December 10, 2025

 

Masak Lemak Labu, Bayam, Suun & Pucuk | Hari cuti nieyl  masak sesuatu yang betul-betul buat hati rasa tenang: masak lemak labu, bayam, suun dan pucuk. Campuran sayur yang ringkas, tapi bila masuk dalam kuah lemak santan, rasanya terus bertukar jadi hidangan yang penuh nostalgia. Idea masakan ni nieyl dapat dari TikTok sebab tengah scroll-scroll dia muncul pula..terus jadi masakan weekend hari tu.

Bahan-bahan

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Ikan bilis
  • labu
  • bayam
  • Suun
  • Pucuk
  • Santan
  • Secukup rasa
  • Garam

Cara Masak

  1. Masukkan air dan labu, rebus sekejap 
  2. Kemudian masukkan santan, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
  3. Masak dengan api kecil tau, biar santan tu masak dengan perlahan.
  4. Bila santan dah mendidih, masak cantik barulah masukkan pucuk dulu..
  5. Lepas 5 min, baru masukkan bayam , kacau-kacau masukkan garam secukup rasa.
  6. Last sekali masukkan suun dan tutup api
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama ayam goreng dan sambal .

Setiap kali nieyl kacau kuah lemak, saya teringat masakan arwah nenek. Dia selalu kata, “Masak lemak ni bukan kejar masa… ikut hati.” Betul juga. Lagi perlahan dimasak, lagi meresap rasa manis labu dan segar bayam tu.

Hasilnya? Kuah lemak pekat sederhana, rasa manis labu yang natural, suun lembut serap kuah, dan bayam serta pucuk bagi tekstur yang seimbang. Makan pula dengan nasi panas masyaAllah, nikmat. Alhamdulillah..


01 December, 2025

Menu Masakan Weekend

by on December 01, 2025

 

Menu Masakan Weekend | Alhamdulillah sejak mak dah sihat kembali, hari bekerja mak nieyl kan masak dan weekend nieyl pula akan masak dekat rumah. So, hari sabtu nieyl pergi beli barang yang nak masak je untuk hari sabtu dekat kedai aceh sebab ahad nieyl nak pergi topup lauk pauk seminggu. Nieyl masak simple ikan kembung bakar, air asam dan sayur taugeh tumis je..

Hari ahad pula, balik pasar nieyl terus masak untuk lunch iaitu terung berlada ikan bilis. Sumpah sedap!hihihi..nieyl memang suka terung masak berlada macam ni..dia jangan kering sangat dan jangan basah sangat, just nice je..

Takkan makan sambal terung dengan nasi putih je kan, nieyl masak sup ayam bahagian tulang-tulang sahaja campur dengan kentang. Memang layan makan tengah hari. Baru hari isnin dah fikir weekend ni nak masak apa pula..hehehe

18 November, 2025

Masak -Masak Rumah Baru

by on November 18, 2025

 

Masak -Masak Rumah Baru | Sejak mak nieyl keluar hospital, mak memang duduk dalam rumah dan tak buat kerja luar sebab badan mak masih lemah dan belum kuat lagi. Ini dah sebelum Alhamdulillah banyak perubahan, mak dah boleh buat kerja ringan-ringan, memasak pun dah boleh. So, minggu lepas nieyl saja plan dengan anak buah, nak bawa mak tidur rumah baru dia. Semalam je, kami pergi jumaat malam dan petang sabtu balik. Nieyl pergi dalam 6 orang ala rumah dia tu dengan rumah nieyl tak jauh mana pun kalau naik kereta tu dalam 15min je. 

Biasalah kalau tak memasak tu bukan makcik dia lah. Pagi tu nieyl buat nasi lemak sambal tumis sahaja. Alhamdulillah, mak nieyl makan berselera juga. Sambal tu memang nieyl masak lebih sebab petang tu dah plan nak masak apa.

Untuk makan tengah hari, nieyl masak udang masak lemak nanas, ikan goreng, telur dadar, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kalau ikutkan asal nak masak pucuk paku masak lemak tapi bila fikir mak nieyl suka nanas masak lemak. Nak bagi dia berselera makan, Alhamdulillah lunch pun dia berselera makan dan dia cakap lemak udang nanas nieyl sedap. 

Untuk minum petang sebelum balik, nieyl gorengkan ikan bilis sikit dan campurkan dalam sambal nasi lemak pagi tadi dan nieyl masak cekodok bawang dan kentang. Alhamdulillah semua orang kenyang. Anak buah nieyl cakap dia bahagia sebab nieyl masak sehari 3x hahaha..Dia cakap lepas ni nak setiap bulan nieyl pergi rumah dia masak..amboiii...banyak senang...

Minggu ni pula nieyl plan dengan kakak dan anak buah nieyl nak pergi holiday dekat Melaka. Tapi kita akan stay sahaja dekat homesay untuk berehat. Anak buah nieyl dah booking Villa 5 bilik dan fasiliti yang sangat best dan nieyl rasa tak perlu kita pergi jalan-jalan pun. Sebab semuanya dah disediakan oleh tuan rumah. Next week nieyl share okay..





12 November, 2025

Kerabu Ikan Bilis Labuan

by on November 12, 2025

 

Kerabu Ikan Bilis Labuan | Minggu lepas bos no.2 nieyl bagi nieyl ikan bilis labuan. Kalau sebelum-sebelum ni nieyl pernahlah dengar dan rasa ikan bilis tanjung dawai yang popular tu kan ada yang mata biru. First time nak rasa yang Labuan punya ikan bilis. Bos nieyl kata sekarang ni dia guna ikan bilis labuan sahaja , dah tak beli yang lain sebab dia kata pernah pergi dekat kilang proses ikan bilis labuan ni , dia tengok sendiri keadaan kilang tu bersih dan dia terus lock ikan bilis labuan ni..

Kebetulan minggu lepas dia order dengan ex-staff dia yang jual ikan bilis labuan ni, bos nieyl bagi dekat nieyl sikit untuk rasa. Jadi, weekend baru ni nieyl masak kerabu ikan bilis versi nieyl tanpa sos ikan. Kalau ada sos ikan dia lagi sedap lah, sebab nieyl alergik so, no more sos ikan ya..

Bahan-bahan
  • Bawang mereh -dihiris
  • Tomato-dihiris
  • cili api-dihiris
  • bunga kantan-dihiris
  • Ikan bilis ( goreng garing)
  • Gula 
  • garam
  • Pak aji sikit
( kalau nak letak daun ketumbar pun boleh)

Cara memasak 
  • Gaul semua bahan sehingga sebati kecuali ikan bilis, ikan bilis masukkan yang terakhir sekali supaya kekal rangup masa makan..

13 August, 2025

Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

by on August 13, 2025

Ayam Sambal Tempoyak Petai | Itulah nieyl ya mudah tergoda dengan yang lalu fyp tiktok. Bukan kata barangan je dia tergoda, makanan pun dia tergoda. Makanan kalau tergoda tu maknanya kena buat, kena masak untuk hilangkan perasaan tergoda tu. Rasanya kalau korang yang ada TikTok ni mesti ada nampak kan orang share ayam sambal tempoyak petai ni. Yang ni nieyl buat sendiri untuk makan berdua dengan husband.

Bahan-bahan
  • Ayam ( digoreng dengan garam dan kunyit )
  • Cili Api
  • Serai
  • Kunyit
  • Bawang besar
  • Air
  • Tempoyak
  • Petai
  • Gula
  • Garam
  • Asam keping

Cara Memasak
  1. Goreng ayam terlebih dahulu
  2. Minyak ayam tu tumis bahan yang dikisar ( Bawang+ Serai+Cili api+ Kunyit+ air)
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan 2 sudu tempoyak kalau lebih lagi sedap
  4. Masukkan asam keping secukupnya, kacau, masukkan gula, garam secukup rasa
  5. Masukkan ayam gaul dan last sekali masukkan petai, gaul-gaul..
  6.  Dah siap!

* kalau makan dengan nasi panas, telur goreng cair..perghhhh!rosak diet..


Selamat Mencuba

25 June, 2025

Kalau macam ni punya meriah, order 1

by on June 25, 2025

 


Tadi masa tengah breakfast sebelum bunyi loceng kecemasan tu..
member lalu tengok bekal nieyl pagi ni..
dia tanya masak sendiri ke?
meriah kau dengan udang hahaha..

Kalau udang tak meriah tu, bukan nieyl laa..
Tak tahu lah kenapa kebelakangan ni nieyl suka betul makan udang..
tapi memilih pula tu , nak yang besar-besar je hahaha..

Semalam nieyl singgah kedai aceh..
beli udang besar-besar ni sekilo rm40 cmtu..
tapi nieyl biasa akan beli 10 ekor je untuk nieyl..
harga dalam RM14 cmtu..

Dalam rumah nieyl sorang je yang makan udang..
Mak tak makan, husband pun tak makan...
sayalah raja udang hahaha..




19 June, 2025

Sotong Sambal Petai

by on June 19, 2025

 

Sotong Sambal Petai | Semalam balik kerja, tengok dekat sinki mak dah keluarkan ikan talapia dan sotong. Ikan talapia tu nieyl goreng kunyit je makan dengan nasi panas memang sedap. Sotong nieyl suka masak sambal. Kebetulan kakak nieyl bagi petang banyak, mak nieyl dah siap kopek semua,  nieyl tinggal masak je , heavennya hehehe..

Masak sotong tips dia jangan letak air, sebab sotong ni dia akan keluarkan air. Kalau letak air, nanti sambal kita tu cair dan kurang rasa. Dan petai tu last sekali nieyl letak sebab tak nak dia layu sangat. Sambal sotong semalam licin ya hehehe..Alhamdulillah...


17 June, 2025

Masak- Masak Weekend

by on June 17, 2025

 

Masak- Masak Weekend | Weekend hari tu nieyl memang ada je dekat rumah tak ke mana, jadi untuk makanan lunch nieyl akan masak. Kebetulan daging-daging qurban tu ada lagi, jadi nieyl masak nasi daging untuk makan hari sabtu. Kali ini nieyl gunakan beras basmathi moghul, beli dekat hero Market dalam RM10.50 untuk 1kg. Kemudian nieyl buat air asam kerisik dan juga extra sup kosong untuk banjir sikit. Mak nieyl makan banyak tengah hari tu, dia kata sedap. 

Untuk hari ahad nieyl ke dapur awal, pukul 10.50 nieyl dah siap masak tapi nieyl makan lunch lepas zohor. Kali ini nieyl masak nasi kandar versi nieyl. Nieyl masak kari telur, sayur kobis goreng dan ayam goreng mamak. Tapi tak boleh kalahkan rasa mamak tu la, kita anak melayu jawa makanan pun rasa melayu hehehe..

Sekian, dari nieyl yang rajin masak hehehe tapi kadang-kadang malas juga hehehe.. 


11 June, 2025

Resepi Daging Masak Kicap Simple

by on June 11, 2025

 

Resepi Daging Masak Kicap Simple | Petang semalam balik kerja, sembang-sembang dengan mak ayah nieyl, lepas tu tiba-tiba macam nak masak daging korban untuk bawa bekal esok hari (Hari ini). Daging dalam freezer keras macam batu, nieyl deforst kan dulu dekat luar rendam air. Dalam pukul7.30 lepas maghrib tu nieyl uruskan daging, potong nipis-nipis supaya rebus cepat lembut. Jom nieyl share resepi Daging Masak Kicap Paling simple dan sedap hehehe..


Bahan-Bahan
  • Daging ( dipotong halus dan di rebus sampai lembut)
  • Cili kisar ( 2-3 sudu)
  • halia (hiris halus)
  • Bawang putih (hiris atau cincang)
  • Cili Api ( belah 2)
  • Bawang besar (potong 4)
  • Kicap
  • Black pepper (kisar /tumbuk)

Cara memasak
  1. Panaskan minyak untuk menumis
  2. Tumis bawang putih sehingga naik baru, masukkan halia dan cili kisar, masak sehingga pecah minyak, letak sikit MSG untuk rasa lebih sedap (option)
  3. Masukkan daging , gaul sehingga mesra
  4. Masukkan sedikit air rebusan daging, kicap dan black pepper
  5. Kacau sehingga sebati, masukkan cili api dan bawang, kacau-kacau..
  6. Tutup api, siap!
p/s : nieyl suka bawang tak berapa lembik, so bawang biasanya nieyl letak last sekali


Selamat mencuba.!







19 December, 2024

Nieyl Masak Lunch

by on December 19, 2024

 

Nieyl Masak Lunch | Hari cuti wajib nieyl kena masuk dapur memasak. Kalau hari bekerja pun nieyl masuk dapur juga tapi tak selalu pun, ikut kerajinan hehehe. Kali ini nieyl masak 2 menu yang pertama kali nieyl masak. Salah satunya adalah sambal kering jering ikan bilis dan ikan tenggiri masak asam. 2 menu ni nieyl memang tak pernah masak tapi hari tu nieyl teringin nak makan jadi, kita masak sendiri. 

Lauk lain nieyl buat kerang rebus untuk husband cicah dengan sambal kicap yang sumpah sedap hehehe dan sayur taugeh goreng dengan tauhu..

Menu macam ni kalau makan tengah hari, memang bertambah nasi ya. Alhamdulillah..Allah beri rezeki..

13 December, 2024

Menu Simple Untuk Kesayangan

by on December 13, 2024

Menu Simple Untuk Kesayangan | Masa nieyl ada sesi raptai untuk event office, masa tu dah pukul5 lebih, kebiasaannya dalam pukul5 petang tu nieyl dah sampai dekat rumah. Disebabkan kita masih ada kerja lagi nak buat, jadi balik lambat sikit. Pukul5.30 husband whatsapp... Tanyaa...balik pukul berapa? dia kata dia lapar...

Dekat rumah tu macam-macam ada, yang boleh dimakan sebenarnya tapi biasalah..dia nak makan isteri dia masak, nieyl pun settelkan semua kerja cepat-cepat dan terus balik. Nasib baik tempat event belakang rumah nieyl je. Jadi, cepat jelah sampai ke rumah tu.

Nieyl masak sup bayam , telur sambal dan ayam goreng bawang. kadang-kadang tak perlu pun nak menu berat-berat pun kan, janjji cepat, ringkas ..kenyang hehehe..

 

21 November, 2024

Balik kerja terus masuk ke dapur

by on November 21, 2024

 

Balik kerja terus masuk ke dapur | kadang-kadang kan biasalah kita kalau balik kerja tu nak take 5 sekejap untuk lepaskan penat bekerja di pejabat kan. Tapi husband nieyl selalu dengki, baru 4 langkah masuk rumah, belum sempat lagi nak letak handbag, dia akan cakap " sayang buatkan air " eee geram tau awak, dia tak bagi kita peluang nak berehat pun hahaha..husband nieyl ni sehari tak menyakat memang tak sah. Dia suka tengok nieyl bising-bising sorang-sorang hahaha.. Bising-bising pun air siap yaa hahaha..

Kalau tak minta air, dia akan cakap "Sayang lapar lah" . Dia boleh je masak simple-simple tapi dia nak isteri dia juga masak, dia kata sedap la, lagi kenyang la...hahaha..mengada-ngada kan, kalau isteri outstation boleh je masak sendiri. Manja lebih ni, so..petang semalam balik kerja teruslah masak yang simple-simple je nieyl masak untuk dinner. Tapi selera sepinggan nasi habiss, termasuklah si Raisya join makan sekali.

Husband nieyl dia lebih suka makan di rumah berbanding makan dekat kedai. Dan dia jenis tak cerewet bab makan ni. Tapi kadang-kadang dia sukaaaaa menyakat nieyl, kita dah landing dekat atas katil dengan dia, lepas tu dia cakap "sayang nak air panas", padahal kan nieyl ni dekat ruang tahu kemas, buat kerja tak nak dia minta, bini dah relax nak tidur time tu laaa dia nak air panas..ko rasaaa?? geram je dekat diaaaa..kecil besar kecil besar je nieyl tengok, lepas tu dia gelak-gelakk...buat dapat pahala tau hahaha...itula modal dia nak kenakan nieyl..

ha..begitulah kiteorang bergurau berdua..
tapi kadang-kadang sakit hati hahahahaha

15 November, 2024

Cekodok Pisang Comel

by on November 15, 2024

Cekodok Pisang Comel | Hari sabtu kan nieyl pergi pasar untuk beli barang basah untuk 1 week. Kadang-kadang tu singgah juga kedai buah dekat situ, biasanya kakak nieyl je yang suka borong buah dekat situ. Kebetulan pula masa tengok pisang tu, cakap dengan kakak. Ini kalau buat cekodok pisang sedap ni..  Lepas tu kakak belanja nieyl pisang untuk cekodok pisang.

Lepas solat asar tu, terus masuk dapur , blend pisang kemudian bancuhlah dengan tepung, gula dan garam bagi rasa masin-masin lemak. Kalau bancuh tu jangan terlalu banyak sangat letak tepung tu kang keras pula,macam nieyl akan letak tepung sikit-sikit dulu sebab nieyl suka masak luar dia rangup.

Bila dah siap masak tu, nieyl asingkan sikit untuk husband nieyl sebab dia tak balik lagi. Selebihnya tu nieyl bawa ke rumah kakak untuk kita makan sama-sama. Tak sampai 10 minit ya, licin cekodok pisang nieyl yang comel tu hehehe... Anak buah nieyl kata sedap..hihihi..

Next time lah kita buat lagi ya....
 

13 November, 2024

Ikan Siakap Masak Berlada

by on November 13, 2024


Ikan Siakap Masak Berlada  | Sekarang ni balik kerja nieyl akan masak untuk dinner mak dan husband. Nieyl dah tak bagi mak masak sangat dah sekarang ni, kalau dia nak masak boleh tapi bila ayah nieyl balik (turn) rumah mak baru mak akan masak untuk ayah dan kiteorang sekali.  So..kali ini nieyl masak ikan siapa berlada bersama terung telunjuk. Mak nieyl kan tukang masak, jadi dia ni susah nak puji masakan anak-anak dia. Tapi..tapi kali ni nieyl masak ikan siakap ni dia kata terpaling sedap hahaha...weh, kembang seluar macam nak pecah weh...hahaha. Nieyl kalau masak berlada cili api ni suka ada rasa manis,pedas, masam sikit, baru padu..

Selain tu, nieyl masak juga sayur park choy tumis je, sebab mak nieyl ni kena makan nasi ada kuah, siakap tadi nieyl masak kan kering sikit kan, so ada kuah sayur ni berselera mak makan ngan husband. Nieyl tak makan pun, nieyl simpan 2 ketul untuk bawa bekal. Tukang masak memang macam tu kot eh, dia masak untuk orang tapi dia kadang-kadang tak makan. Maybe time tu nieyl dah kekenyangan makan dekat opis..hehehe...bila mak tanya, tak makan ke?takkkk diet...yola diet la sangat nieyl oit...




 

12 November, 2024

Nasi lemak tanpa sambal

by on November 12, 2024

 

Nasi lemak tanpa sambal | Pagi tadi bangun-bangun terfikir ala nak bawa bekal apa ni, sebabnya petang semalam nieyl tak masak. Sementera mak nieyl tengah goreng bihun tu, nieyl sidai kain dulu. Lepas tu baru masuk dapur, masak untuk bekal. Last-last nieyl beli nasi lemak tanpa sambal dekat kedai abg nieyl tu. Kenapa tanpa sambal?sebab nieyl buat sambal tumis ikan bilis petai hihihi

Gigih tau masak sambal tumis pagi-pagi. Ikan bilis tu masih lagi garing tau, nieyl masak untuk makan nasi lemak dan juga untuk makan tengah hari dengan nasi panas..terlupa goreng telur tadi kalau tak power dah makan tengah hari nieyl. 



05 November, 2024

Simple Menu Untuk Dinner

by on November 05, 2024

Simple Menu Untuk Dinner | Semalam balik kerja nieyl teringin betul nak makan ayam gepuk. Whatsapp husband dia kata ok , so nieyl sampai je depan rumah takdan nak masuk pick up husband kita terus pergi kedai. Dah sampai kedai, order semua konon nak tahap kepedasan max ha..amekaw makan sampai berair mata hahaha. Balik dari kedai ayam gepuk tu, nieyl terus masuk dapur untuk masak dinner. Mesti korang tanya kenapa tak beli je bawa balik kan?bukan tak nak beli tapi mak nieyl dia tak makan lauk kering-kering macam tu, so nieyl kena masak lauk lain untuk dia. Tapi tak apa la.. Masak yang simple-simple je..

Malam tadi nieyl masak sambal sardin dan juga tumis taugeh. Sardin tu nieyl akan goreng dulu baru masak sambal. Inilah lauk dinner semalam tapi nieyl tak makanlah sebab dah makan ayam gepuk. Husband nieyl dia makan lagi hahaha..biasalah, dia kalau isteri dia masak..dia memang akan makan. hehehe

 

07 October, 2024

Bila terajin sikit

by on October 07, 2024

Bila terajin sikit | Tak tahu lah mimpi apa malam tadi, bangun-bangun terus terfikir nak buat healthy salad. Nasib baik ada beli sikit-sikit barang weekend hari tu. so nieyl terus je kukus jagung, potong salad, potong kobis , goreng ayam sikit ..Settel.. bawa terus sos salad sebotol hahaha.

Sekian, inilah breakfast nieyl pagi ni...

 

01 October, 2024

Back To My Syurga

by on October 01, 2024

Back To My Syurga | Ahad (semalam) pagi-pagi lepas subuh nieyl siap-siap untuk ke Fun Run dalam 6.30 pagi tu dah gerak. Ahad husband nieyl memang cuti jadi, ahad tu dia extra tidurlah sebab isteri pun tak ada kan. Pagi memang nieyl tak buat breakfast sebab husband nieyl bukan jenis yang breakfast dan makan pagi so, extra pointlah dekat nieyl untuk tak memasak di awal pagi.

Balik rumah semalam, niey terus sidai kain dekat ampaian luar sebab sebelum pergi Fun Run tu nieyl dah masukkan kain dalam mesin dan cuci, sementara nieyl pergi Fun Run tu kain semua dah siap untuk di sidai. Selepas selesai  , terus nieyl masuk dapur untuk masak secepat yang mungkin sebab lepas zohor husband nieyl nak pergi Mesyuarat. 

Kurang dari 1 jam, nieyl siap masak 2 jenis lauk yang simple dan siap masak nasi, terus kita makan sama-masa. Dan nieyl berkemas dapur, rumah, nieyl mandi dan rehat sementara husband nieyl pergi mesyuarat. 

Siapa kata jadi orang perempuan ni senang kan?Kalau boleh kita nak siapkan semua kerja dulu baru boleh kita berehat tanpa gangguan. Nieyl orangnya macam tu biar penat sekali , lepas tu time rest jangan nak suruh-suruh buat , memang akan jadi raksasa jadian hahaha..

As wife ni kita kenalah tahu manage masa. Nieyl memang bersyukur sangat , Allah beri rezeki suami yang tak pernah nak larang apa yang nieyl suka buat. Bila dia dah bagi kita Me Time tu lepas tu pandai-pandai kitalah nak balas balik kan. Itulah kehidupan nieyl sebagai isteri. 

#kainmengunungbelumlipatlagi


 

27 September, 2024

Lauk Lunch Yang Mengoda

by on September 27, 2024

Lauk Lunch Yang Mengoda | Bila tinggal berdua dengan husband. Nieyl suka masak menu yang simple tapi boleh buat kita tambah nasi. Lagi-lagi ada tempoyak tu waduhhh..memang kegemaran husband nieyl. Tempoyak ni nieyl beli dekat kakak jiran arwah mak mertua nieyl, dia orang pahang dan dia selalu balik kampung, dia akan bawa stok. First time nieyl beli 1 bekas tu 1kg harga RM28. Nieyl suka beli dekat kakak ni sebabnya dia tak ada campuran. Kalau sekarang ni, kita tengok tempoyak kuning -kuning tu kan semua diaorang campur pisang, nieyl tak suka. Nak yang original 100% durian. 

Semalam tengok stok tempoyak tinggal sikit, nieyl dah order siap-siap kebetulan minggu depan kakak tu nak balik Kampung , bolehlah dia bawa sekali. Ulam tu biasanya nieyl seorang je yang makan sebab tulah kulit nieyl licin, hehehe..tak adalah gurau je.. ulam ni makan bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran juga. 

Dan nieyl suka masak sayur brokoli,buncis, kalau ada mak susah sikit nak masak sayur yang keras-keras macam ni sebab dia suka makan sayur yang masak lembut-lembut. Ha..masa mak tak ada dekat rumah ni lah nieyl boleh masak apa-apa yang nieyl suka hehehe..

Siapa sini suka makan tempoyak?