15 November, 2024

Cekodok Pisang Comel

Cekodok Pisang Comel | Hari sabtu kan nieyl pergi pasar untuk beli barang basah untuk 1 week. Kadang-kadang tu singgah juga kedai buah dekat situ, biasanya kakak nieyl je yang suka borong buah dekat situ. Kebetulan pula masa tengok pisang tu, cakap dengan kakak. Ini kalau buat cekodok pisang sedap ni..  Lepas tu kakak belanja nieyl pisang untuk cekodok pisang.

Lepas solat asar tu, terus masuk dapur , blend pisang kemudian bancuhlah dengan tepung, gula dan garam bagi rasa masin-masin lemak. Kalau bancuh tu jangan terlalu banyak sangat letak tepung tu kang keras pula,macam nieyl akan letak tepung sikit-sikit dulu sebab nieyl suka masak luar dia rangup.

Bila dah siap masak tu, nieyl asingkan sikit untuk husband nieyl sebab dia tak balik lagi. Selebihnya tu nieyl bawa ke rumah kakak untuk kita makan sama-sama. Tak sampai 10 minit ya, licin cekodok pisang nieyl yang comel tu hehehe... Anak buah nieyl kata sedap..hihihi..

Next time lah kita buat lagi ya....
 

10 comments:

  1. Lain kali buat lebih sikit ye....nak tumpang semulut hihihii.

    ReplyDelete
  2. comei2 nya cekodok pisang dia..bulat2

    ReplyDelete
  3. sedap aih kunyah cekodok pisang panas-panas musim hujan ni . repeat sis haha

    ReplyDelete
  4. Buat cekodok ni paling sedap pakai pisang kapas

    ReplyDelete
  5. sedap aih kunyah cekodok pisang panas-panas musim hujan ni . kena repeat sis haha

    ReplyDelete
  6. Favorit saya nih. Kalo di sini sebutannya godok-godok pisang kak 😄. Mama sering buat juga. Saya lebih suka godok2 drpd pisang goreng sebenarnya. Mungkin Krn lebih manis

    ReplyDelete
  7. Memang comel sungguh ni Nieyl... Akk tak pandai buat comel², bulat² camni ☺️

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)