21 November, 2024

Rezeki di luar sangkaan hari ini

Rezeki di luar sangkaan hari ini | Al kisahnya pagi tadi nieyl memang tak bawa bekal breakfast sebab malam tadi wani dah tanya, nak nasi lemak apa.. Pagi tadi sampai pejabat, nieyl memang makan karipap 3 ketul je lepas tu terus pergi meeting. 

Selepas habis meeting, Puan yang panggil meeting bagi nasi lemak seorang sebungkus, kemudian on the way ke bilik En. Hasnul cakap dia dah letakkan nasi lemak atas meja. Nieyl gelak sorang-sorang alamak ada 2 bungkus nasi lemak dah ni, siapa pula nak makan banyak-banyak ni kan. 

Tapi nieyl letak je nasi lemak tu atas meja, dah pergi jumpa pegawai kejap nak ambil cop dan sign , kononnya lepas settel ni nak makan la sebab dah lapar, pergi la jumpa Puan Tengku, ambil sign semua dia bagi 2 bungkus nasi lemak. Satu untuk nieyl dan satu untuk bos nieyl hahahaha... 

Lepas tu terjumpa kak atie, cakap dengan dia adoi nasi lemak lagiiii... dia ckp itu la orang2 sayang..Murah betul rezeki nieyl hari ini tapi tak tahu nak kongsi dengan siapa sebab hari ni tak ramai pula ada dekat pejabat.  Lepas tu kak atie cakap, nieyl esok pagi pun ada sarapan tauu... dia bagitahu awal2 supaya esok pagi nieyl tak bawa bekal breakfast hehehe...

Apa-apa pun semoga Allah murahkan rezeki mereka-mereka yang bersedekah pada nieyl hari ini..sampai 3 nasi lemak. Nasib baik berlainan sambal dia, satu sambal kerang, satu sambal paru dan sambal ayam hahaha...silap2 bekal lunch ni tak makan ni hehehe

 

5 comments:

  1. Fuhhh yang uniknya 3 nasi lemak tapi 3 lauk yang berlainan. Alhamdulilah. Tumpang happy dengan rezeki nieyl.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..murah rezeki Nieyl...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...rezeki hari ni...bawak balik rumah...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Rezeki tak salah alamat.
    Sampai tiga bungkus. Puas makan tu, lauk pun lain-lain.

    ReplyDelete
  5. Ala sekali sekala layan jer la dua bungkus nasi lemak tu hahahaha..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)