28 November, 2024

Jangan Pandang Belakang 2

 

Jangan Pandang Belakang 2 | For the first time nieyl pergi tengok filem hantu di panggung wayang. Ini semua gara-gara bakal anak buah (bf bella) dia ajak pergi tengok wayang. Bila nieyl tanya cerita apa, dia cakap cerita jangan pandang belakang, dan nieyl cakap tak nak. Dia cakap dia dah beli 6 seat terus. Saja nak kenakan nieyl budak 2 ni.. Nak tak nak, pergilah sebab dah dia beli kan..tapi hati ni tak tenang la jawabnya..

Sepanjang perjalanan tayangan boleh dikatakan nieyl hanya mampu pandang depan 20% je..dan lagi 80% tu nieyl tutup mata dengan tudung, pandang tepi hahaha. Dia punya sound effect petir, kilat tu Allahuakbar, memang nieyl terkejut-kejut. Dan pulak tu bunyi tengkorak dipusing kepalanya tu lagi la buat rasa nieyl nak lari je..hahaha..seriklah weh..

Actually cerita dia tak adalah seram mana pun tapi yela..nieyl ni memang takut tengok cerita hantu-hantu ni dan tak pernah tengok pun, jadi perasaan tu lain. Orang lain tengok elok je hahaha...Tapi jalan cerita dia semua nieyl faham dan tahu walaupun 20% je tengok hahaha..sebab mata tak tengok, telinga dengarrr.

Korang pergilah tengok, support filem tempatan kita okay...nieyl tak nak share nanti spoil hihihi.. Siapa yang dah tengok yang first, ini sambungannya..dan boleh jalan kenapa dan menngapa saka tu masih menggangu keturunan dia. Ok bye

2 comments:

  1. kalau linda pulak, memang suka lah cerita hantu, thiller2 nie...
    tapi tak suka cerita zombie.. hahaha

    ReplyDelete
  2. mesti comei je tengok nieyl takot takot mcm tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)