06 November, 2024

Top up Biskut Timbang

 

Top up Biskut Timbang | Dah jadi perkara wajib setiap minggu top up biskut dekat rumah. Tapi masa mula-mula kahwin dulu masa duduk berdua memang angan-angan nak ada satu sudut untuk letak biskut-biskut pelbagai jenis supaya bila ada tetamu datang, senang tak kalut nak sediakan ambil je..hehehe..itu angan-angan 10 thn yang lepas hehehe... 

Minggu lepas nieyl top up 3 jenis biskut yang atas sekali tu chocolate wafer memang laju habis, pagi tadi nieyl tengok dah tinggal bekas je hehehe..

Biskut wajib peanut butter, yang ini nieyl beli banyak sebab tahu mak ngan ayah pun suka makan. Pagi tadi tengok masih ada lagi sebekas. Sebekas lagi dah habis. 

Yang ini pun sedap juga, dia ada perisa chocolate, strawberry dan orange. Yang ni nieyl ambil yang strawberry sebab tahu mak nieyl suka strawberry. 

Untuk minggu ni, tak sure lagi nak top up biskut apa sebab banyak je pilihan dekat kedai tu cuma nak pilih makan tak makan je tu yang payah sikit. Next week nieyl share biskut timbang apa yang nieyl beli lagi okay.





5 comments:

  1. Kalau saya jumpa biskut peanut butter, susah nak berhenti makan!

    ReplyDelete
  2. Teringat la biskut timbang ni. Masa kecik2 atuk selalu top up. Teringat wafer coklat tu sebab atuk beli yang tu.

    ReplyDelete
  3. Alaaa..sedapnya....kat Seremban ada tapi x pergi2 lagi beli

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)