08 November, 2024

Curi-curi

Curi-curi | Apa ni curi-curi..Tak adalah curi masa maksud nieyl tu. Kononnya nieyl nak ajak syida breakfast sama pagi tadi, so semalam tengah-tengah wasap tiba-tiba syida no respon , nieyl tengok jam dah pukul9.30 malam..Nieyl gelak sorang-sorang, sebabnya 9.30 malam selalunya syida dah ke dunia lain dah..dia dah tidur..so, tak sempatlah nak ajak dia breakfast.

Subuh pagi tadi dia reply wasap nieyl yang malam tadi sembang, terus nieyl cakap dengan dia jom breakfast sama dekat kedai sudin ( bersebelahan office) , tapi kalau boleh pukul7.30 laa.. Sebab kedai tu pukul8 memang ramai orang. So, syida pun kata ok..

So, pagi tadi masing-masing datang awal..dapatlah breakfast sama2 itupun before pukul8.30 kena sampai office sebab syida nak buat slaid untuk meeting pukul10 pagi nanti..Jadi, dapat jumpa kita breakfast sama-sama hari ini..niat di hati nieyl pagi ni nak belanja syida breakfast, lepas makan tu nieyl pergi bayar, adik kedai tu kata akk tu dah bayar dia punya. Melepas nieyl , tak apa..nanti kita kongsi rezeki lagi..InsyaÁllah..



 

4 comments:

  1. Masing² sibuk gitulah kan... Kena curi² maa jumpa

    ReplyDelete
  2. ok la ... curi2 masa bfast ngan kawan...
    sedap nampak kopi ais tu..emmm

    ReplyDelete
  3. last minute betul buat slide...kalau ammi dah gigil teruk dah tu

    ReplyDelete
  4. Akak sekarang x dan nak curi- curi masa breakfast dengan kawan- kawan...ntah bila ntah nak curi2 masa..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)