Mengada pergi laser | Tergendala story pasal laser ni, ada kakak-kakak tanya dekat komen..hari ni baru nieyl sempat nak menaip pasal ni. Sebelum tu, nieyl ni ada masalah sikit dekat upperlips ni ada tumbuh bulu halus kadang-kadang nieyl macam segan sikit lah tapi actually benda tu normal ada tumbuh bulu halus dekat upperlips cuma kalau korang apa PCOS dia macam lebat sikt . Ada je kawan-kawan nieyl yang ada PCOS ada masalah ni. Untuk nieyl, bila nieyl pakai make up lama terutamanya bekerja ataupun pergi event, bulu halus tu dia akan kelihatan. Dan kadang-kadang sehelai dua tu dia panjang, so nieyl macam arrgghhh..
Sebelum ni nieyl pergi kedai untuk cabut bulu guna benang tu hahaha...jangan tanya sakit ke tak ya..nak cantik kan hahaha...klu dah biasa buat, tak adalah sakit mana pun lagipun kejap je dalam 5 min je. Cuma tempoh dia nak tumbuh balik tu dalam beberapa minggu la... Kadang-kadang nieyl malas betul nak pergi kedai hahaha..sebab tu nieyl decide nak try laser pula.
Kalau laser ni dia matikan akar bulu tu cuma dia tak leh buat sekali je dia kena buat beberapa sesi. Baru la bulu tu tak tumbuh. So, nieyl try buat dekat Nacural hari tu.
Untuk nieyl hanya buat upperlips. jadi dia punya proses tu sekejap je. First-first tu dia akan tolong shave kan bulu dekat uppperlips kita tu sampai bersih. Kemudian dia akan letakkan gel atas bibir kita tu rasa sejuk-sejuk je, kemudian dia akan laser atas bibir tu. Rasa dia macam semut-semut kena renjatan hehehehe..Tak adalah sakit. Biasa-biasa je.
Selepas selesai tu, dieorang akan terangkan apa yang perlu kita buat selepas laser. Nieyl kena Scrub 2x seminggu, sebab bulu halus akan tumbuh tapi dia akan gugur sebab tu nieyl kena scrub 2x seminggu.
Masa nieyl pergi ni , nieyl ambil yang promosi punya harga sebagai percubaan. Harga dia murah RM38 untuk trial.
Dekat bawah ni macam biasa dia akan bagi pakej-pakej untuk buat beberapa sesi. Harga dia mmg wow! hahaha, mereka sediakan ansuran juga, guna ATOME pun boleh juga. Setakat ini nieyl memang puas hati dengan kesan dia, dan mungkin kena buat lagi untuk matikan akar dia.
Dekat sini kan bukan sahaja buat service untuk laser upperlips tau, untuk underarm pun ada juga dan mereka juga ada buat laser di bahagian wanita juga. Yang itu pun pekerja tu kata ramai yang buat. Dia offer nieyl tapi nieyl kata tak apalah lain kali hahahaha...tak terfikir nak laser situ hahahaha...
Akak pernah buat underarm..memang xde dah bulu tumbuh..akak pun ada masalah macam Nieyl, ada bulu upperlips...kadang saje je malas nak pi buat...hahahaha...tapi buat gak la..apa hal plak perempuan ada misai kan
ReplyDeleteooo...untuk hilangkan bu roma..murah harga promo dia...berbaloi lah
ReplyDeletekalau utk kebaikan dan rasa confident why not. kalau akak pun nak buat.
ReplyDeleteAda opis mate kak ayu pun buat gak
ReplyDeleteoowh
ReplyDeleteMacam² treatment ye sekarang ni, sediakan saja uangnya kan :p
ReplyDeletekat underarm tu pepandai sendirilah kan
ReplyDeleteTeman saya banyak yg lakukan tp utk underarm. Saya pun dah terpikir nak juga kak. Tak payah pusing dengan bulu2 ketiak lepas tuh hahahahah. Tapi tuhlaah, kdg uang dah terkumpul, terpakai pula utk traveling 😂
ReplyDeleteHaha akak tergelak ayat Fanny....macam2 treatment sekarang ni.
ReplyDelete