13 November, 2024

Ikan Siakap Masak Berlada


Ikan Siakap Masak Berlada  | Sekarang ni balik kerja nieyl akan masak untuk dinner mak dan husband. Nieyl dah tak bagi mak masak sangat dah sekarang ni, kalau dia nak masak boleh tapi bila ayah nieyl balik (turn) rumah mak baru mak akan masak untuk ayah dan kiteorang sekali.  So..kali ini nieyl masak ikan siapa berlada bersama terung telunjuk. Mak nieyl kan tukang masak, jadi dia ni susah nak puji masakan anak-anak dia. Tapi..tapi kali ni nieyl masak ikan siakap ni dia kata terpaling sedap hahaha...weh, kembang seluar macam nak pecah weh...hahaha. Nieyl kalau masak berlada cili api ni suka ada rasa manis,pedas, masam sikit, baru padu..

Selain tu, nieyl masak juga sayur park choy tumis je, sebab mak nieyl ni kena makan nasi ada kuah, siakap tadi nieyl masak kan kering sikit kan, so ada kuah sayur ni berselera mak makan ngan husband. Nieyl tak makan pun, nieyl simpan 2 ketul untuk bawa bekal. Tukang masak memang macam tu kot eh, dia masak untuk orang tapi dia kadang-kadang tak makan. Maybe time tu nieyl dah kekenyangan makan dekat opis..hehehe...bila mak tanya, tak makan ke?takkkk diet...yola diet la sangat nieyl oit...




 

5 comments:

  1. alhamdulillah..dua2 pun nampak menariks tu

    ReplyDelete
  2. Nampak pun Macam sedap tuhh 😍 Baguslah dapat pujian mak...Of course kotak suooo kannn.hahahahaah

    ReplyDelete
  3. mak nieyl sama macam ammi...makan kene berkuah kalau tidak terkemut2 masa nak menelan tu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...nampak sedap menu tu...akak nak masak sekarang ni kena kaji dulu..apa Pak Zain boleh makan apa yang x boleh makan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)