26 April, 2019

Roti Canai dan Kari Kambing

by on April 26, 2019
Roti Canai dan Kari Kambing | Betul la kata orang kalau bekerja dalam opis ni memang susah nak kurangkan berat badan ni. hahaha.. semalam kakak opismate belanja kiteorang roti canai dan kari kambing weh...aduhai...kari kambing tu pula dia yang masak sendiri lagi lah peh! Sekelip mata je roti canai dengan kari kambing habis..hahaha... Semoga kakak opismate nieyl tu sentiasa dimurahkan rezeki..Amin...


25 April, 2019

Lunch di Black Canyon Coffee

by on April 25, 2019
Lunch di Black Canyon Coffee | Kawan-kawan dekat opis ni dah tahu yang nieyl memang haro-hari akan bawa bekal pergi kerja, so..kalau nak ajak nieyl keluar makan ke make sure kena whatsapp malam sebelum kerjadian, bagitahu esok tak yah bawa bekal. So, nieyl akan tak bawa bekal pergi kerja. Nak dijadikan cerita, malam sebelum hari nak keluar makan, nieyl terima whatsapp yang tak kasi nieyl bawa bekal sebab diaorang nak ajak nieyl makan dekat luar. 

Kononnya nak makan santai-santai je tak nak makan yang berat-berat, jadi pilih pergi Alamanda sebab dekat je dari opis. Pergi black Canyon tapi  penuh yang ada tempat kosong pun di luar. Nieyl kalau pergi Black Canyon ni minum wajib nieyl adalah black coffee iced ,korang kena try..serius mmg sedap..untuk kali ni nieyl try makan Thai Style Kway teow Ladna with chicken.. Not bad sedap juga habis nieyl makan..kekeke



Actually, nieyl tak tahu kenapa dua orang kawan nieyl ni beria sangat ajak nieyl keluar lunch jumaat lepas, rupanya dieorang memang nak belanja nieyl makan sempena birthday nieyl bulan lepas tu, sebabnya nieyl memang hari-hari bawa bekal so, memang susah nak ajak nieyl keluar..hehehe..alahai dierong  ni sweet sangat..apa-apa pun thank you sebab belanja nieyl makan..sangat menghargai korang...terima kasih sebab jadi kawan nieyl. ♥



23 April, 2019

Perhatian! Peraturan Baru Bila Nak Travel Ke Australia

by on April 23, 2019
Peraturan Baru Bila Nak Travel Ke Australia | Ramai pelancong ke Australia telah dibatalkan visa serta dipendekkan masa berada disana ini semua kerana kegagalan mematuhi peraturan baru negara tersebut dan membawa barangan yang kini dilarang. Peraturan yang baru ini telah dikuatkuasa pada 16 April bagi tujuan menjaga industri pertanian serta hidupan liar dinegara itu daripada serangan kuman dan penyakit .


Sekiranya kegagalan mengisytiharkan barangan tersebut boleh mengakibatkan korang dikenakan tindakan undang-undang seperti denda RM1.2 juta serta penjara 10 Tahun.

Antara barangan terkini yang dilarang dan memerlukan korang isytihar adalah ;-

  • Produk tenusu dan telur - roti, biskut dan coklat dibenarkan, produk tenusu seperti cheese dan mentega perlu diisytiharkan kepada imigresen ketika ketibaan.
  • Timbuhan dan barangan berasaskan tumbuhan - Tumbuhan hidup, lumpur settanah liat adalah dilarang. Biji benih dibenarkan dengan syarat memenuhi beberapa kriteria termasuk bebas serangga dan tiada tanda-tanda penyakit dan tidak tercemar.
  • Ubatan dan bahan kimia - Streroid dilarang sama sekali. Bahan kimia atau ubatan peribadi perlu surat doktor, Vitamin dan makanan sampingan, tembakau, cerut dan alkohol perlu diisytiharkan.
  • Segala jenis buahan, sayuran dan Teh - Segala jenis buah-buhan, sayuran sama ada segar ataupun beku mesti diisytihar. Ini termasuk jeruk, jem dan kurma. Manakala herba teh, ginseng dan rempah juga perlu diisytiharkan.
  • Kekacang dan Beras - Segala jenis kacang dan beras yang dahulunya dibenarkan dan kini perlu diisytiharkan dengan syarat dalam kuantiti yang kecil. Minyak masak dan sayuran juga perlu bersih daripada pencemaran tanah, tumbuhan dan haiwan.
  • Daging dan Makanan laut - Semua jenis ikan, daging dan makanan laut lain perlu diisytiharkan tidak kira dalam tin ataupun tidak. Kebenaran hanya diberikan jika makanan tersebut dari New Zealans ataupun bawa permit khas.
  • Binatang hidup , barangan berasaskan haiwan - hanya binatang yang dibenarkan dari beberapa negara sahaja yang dibernarkan di bawa masuk. Makanan haiwan dan barangan berasaskan haiwan seperti domplet dan beg kulit, kasuit , tanduk, bulu , sarang burung perlu diisytiharkan.
  • Peralatan dan barangan palsu - Peralatan seperti kasut hiking, joran dan semua yang mungkin dicemari tanah, biji benih dan air mesti diisytiharkan. Senjata api, mercun, penunjuk lazer, pemetik api juga perlu. Walaubagaimanapun peranti elektrik, keris, penyembur lada hitam dan barangan palsu adalah dilarang sama sekali.
  • Barangan bermusim dan perayaan - Barangan bermusim seperti buahan beku dan gula-gula dilarang. Kuih bulan tanpa daging pula dibenarkan asalkan dipakej secara komersial.
Moga lepas ini pelancong=pelancong lebih peka dengan peraturan baru Australia. Supaya tidak mengalami masalah perundangan ketika memasuki negara Australia. 


Hargai apa yang dimiliki

by on April 23, 2019



Assalamualaikum dan morning
Setiap manusia di muka bumi ini berhak merasai kebahagiaan hidup..
bagaimana?hanya dengan menghargai apa yang kita ada sekarang ini...
jangan ada perasaan iri hati pada kebahagiaan orang lain...:)

22 April, 2019

Jumpa Rakan Blogger

by on April 22, 2019
Jumpa Rakan Blogger | Tahun ni baru nieyl join 2 event sekitar Bangi itupun untuk preview buffet ramadhan. Rasa sangat kerdil bila join event untuk pertama kalinya. Tapi buat-buat ok je bila berjumpa dengan orang,dalam hati ini hanya Allah jela yang tahu tau.. Sepanjang 10 tahun menceburi bidang blog ni , ada beberapa rakan blogger yang niey cam mukanya kalau jumpa itupun yang mana nieyl selalu baca blog dieorang.


First time nieyl jumpa Kak Izwa , selalu bertukar komen dalam dunia maya je FB IG dan Blog Alhamdulillah...Ada rezeki , jumpa juga di dunia Nyata.


Kak Jue blogger pertama yang nieyl jumpa di luar dunia maya. Rasanya adaah dalam 3 ke 4 kali jumpa. Termasuk time kenduri adik nieyl kahwin dulu.


Dengan kak linda ni sangat kebetulan, pada hari kejadian memang nieyl nak gerak balik dah dari event time tu tengah tunggu kawan nieyl. Dalam masa yang sama juga berbalas komen dengan kak linda,, tup tup keluar dari dewan makan terus teruja masing-masing dapat jumpa. Sebab memang selalu berbalas komen dekat Blog sahaje...Rezeki kita berjumpa kan kak..


Dikenali sebagai kak anil di kalangan blogger , tapi nieyl pulak kenal kak anil  ni dengan mana sebenar dia..Actually, kak anil dengan nieyl bekerja di jabatan dan bahagian yang sama. Jadi,kami memang kenal antara satu sama lain. 


Adik nieyl yang comel tu pun first time jumpa , sebab kami selalu berwhatsapp sahaja manakala eyza first time juga itupun nieyl tak berapa cam sangat. Nasib adik sally kenalkan..rupanya selalu je komen-komen blog dia...hahahaha...sorry dear...Insya Allah next time kalau selalu jumpa dah boleh cam dah...hihihi

Ada lagi beberapa blogger yang nieyl nampak, jumpa tapi tak sempat  nak snap gambar bersama. Insya Allah kalau ada rezeki lagi, kita jumpa lagi.... dieorang semua nie blogger yang hebat, selalu pergi event...nieyl kadang-kadang tak boleh nak komit dengan event lagi-lagi hari bekerja..So, duduk depan PC jela...hehehe...

19 April, 2019

Soyfresh hershey's Sedap

by on April 19, 2019
Soyfresh hershey's Sedap | Susu Soyfresh Chocolate Soya Hershey Susu Soyfresh Chocolate Soya HERSHEY menawarkan rasa Coklat HERSHEY'S yang hebat dalam pek UHT yang mudah diminum untuk pengguna yang menyukai minuman coklat. 

Dibuat dari bahan coklat HERSHEY yang terbaik dalam resipi proprietari yang dirumus khas untuk minuman susu soya.. Hershey's Soyfresh - Rasa Kebahagiaan. Mempunyai kepakaran yang luas dalam perumusan susu  RTD, Ace Canning adalah pemegang lesen rasmi untuk Hershey'S Soyfresh Soya Milk, di Malaysia, Singapura, Thailand, New Zealand, Australia, Brunei, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Terdapat 3 jenis perasa iaitu Chocolate, Cookies and Cream dan Mocha. Nieyl dah cuba perisa chocolate memang ada rasa soya dan rasa coklat hersheys. Rasa sangat sedap biasalah coklat mahal kan..hehehe.. Tapi dari segi harga tu murah lagi tak sampai RM2 pun masa nieyl beli di 7E. Next time nieyl nak try Mocha dengan Cookies and Cream pula..





18 April, 2019

Kintry Food Co. Hadiah Menang Giveaway by shfyqhazhr.com

by on April 18, 2019
Kintry Food Co. Hadiah Menang Giveaway by  shfyqhazhr.com | Hadiah dari Sha ni nieyl terima bulan lepas lagi cuma tak sempat nak share dalam blog. Hadiah giveaway di terima dari Kintry Food Co.  Ada ada 4 jenis Snack yang korang boleh cuba iaitu :-

  • Salted Egg Yolk Potato Crisps
  • Oat Cookies with Choc Chips
  • Salted Butter Caramel Granola
  • Pandan Gula Melaka Granola






Nieyl suka packaging dia yang kemas, cantik dan menarik.Nieyl dah try semua ini memang rasa dia sangat sedap lagi-lagi whole Oat Choc Chip Cookies tu..Korang kena try juga okay.. Harga sepaket tu pun murah sahaja hanya RM15.00





Website : Kintry.co
Mobile : 01120210288
Emel : delish@kintry.co
Adds : 27A, JLN 16, KG CHERAS BARU,56100, KL

17 April, 2019

Anak sembelit?cuba baca cara mengatasinya

by on April 17, 2019
Anak sembelit?cuba baca cara mengatasinya | Pernah atau tidak anak-anak kecil kita yang berumur dari 1 tahun mengalami sembelit?Anak buah nieyl ada seorang yang pernah kena sembelit ni, umur dia 3 tahun. Ya Allah kesiannya...kita yang dewasa ni pun tak tahan kalau kena sembelit ini kan kanak-kanak kan. 

Sembelit dikalangan kanak-kanak ni nieyl baca biasa berlaku, tapi tak boleh dibiarkan ya kena cari cara mengatasinya supaya tidak memudaratkan kesihatan dieorang. Kalau google memang banyak petua dan cara untuk mengatasinya. Antaranya minum air masak yang cukup, mengambil buah-buahan dan kalau perlu tukar produk susu yang sedia ada.



Cara yang nieyl jumpa untuk mengatasi masalah sembelit kanak-kanak dengan berhenti mengambil susu formula milk (FM) dan digantikan dengan susu segar atau susu UHT/Fullcream..Ini kerana susu formula (FM) mempunyai tinggi kalori menyebabkan kanak-kanak merasa cepat kenyang, Pencernaan susu ini lebih lambat dan mengakibatkan anak-anak kurang selera makan. Betul, nieyl pun perasan kanak-kanak kalau minum susu formula ni selera makan dieorang kurang.Tapi mungkin sebahagian kanak-kanak la tidak semua. 

Pengambilan susu UHT/Full Cream lebih baik dan yang lebih berperisa juga boleh di ambil sekali sekala. Seeloknya tiga kali sehari sahaja. Diet kanak-kanak dperlu diisi dengan pemakanan lain seperti yogurt dan makanan yang lebih asli.

Antara susu UHT/Full Cream yang boleh di ambil seperti susu tepung Full cream atau susu kotak Fullcream Fernleaf atau Dutch lady.

Selain dari itu, kanak-kanak perlu dibiasakan minum air masak yang mencukupi bangi melembutkan najis mereka. Sekiranya air kurang diambil oleh tubuh, najis akan menjadi keras.Kalau kita yang dewasa ni sendiri kurang minum air, cuba check lembut atau keras najis korang..hihii

Dan last sekali jangan lupa untuk ambil serat yang cukup. Serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi adalah sangat bagus untuk usu. Serat yang bagus adalah dari sumber asli. Anak buah nieyl kalau kena sembelit memang terus pergi cari pisang. Pastikan rutin makanan kanak-kanak lebih sihat okay.



Inspirational Quotes

by on April 17, 2019

Assalamualaikum
Morning...
Setiap hari kita perlukan sesuatu tidak kira dalam bentuk apa pun..
yang boleh memberikan semangat untuk kita terus move on dalam life 

16 April, 2019

Buffet Cahaya Ramadhan 2019 Bangi Resort Hotel

by on April 16, 2019
Buffet Cahaya Ramadhan 2019 Bangi Resort Hotel | Setiap tahun pada bulan Ramdhan pastinya ramai dikalangan kita yang mencari tempat-tempat berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai kan. Jadi, nieyl nak suggestkan korang cuba buffet Ramadhan di Bangi Resort Hotel


Bangi Resort Hotel menyambut kedatangan Ramadhan 2019 dengan kepelbagaian adat dan tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran antarabangsa di Restoran Funtasia. Semarakkan semangat bulan Ramadhan bersama keluarga, sahabat handai dan kawan sekerja di restoran Funtasia yang mesra keluarga.


Funtasia ialah sebuah restoran berkonsepkan bufet yang menyediakan hidangan tempatan , barat dan bermacam lagi gerai di mana chef-chef hebat beraksi didepan mata para pelanggan menyediakan hidangan yang menyelerakan sekaligus menjanjikan pengalaman yang luar biasa seperti dia alam "Wonderland "kulinari.




Gambar di atas ini adalah makanan utama yang dihidangkan untuk para pelanggan restoran Funtasia yang berbuka puasa di sana antaranya ialah Cheese Butter Prawn, sambal paru, kari ikan dan lain-lain lagi yang sememangnya membangkitkan selesa berbuka puasa nanti. 


Ruang yang sentiasa menjadi pilihan kanak-kanak apabila berkunjung ke Restoran Funtasia iaitu Candy Corner yang menyediakan popcorn, gula-gula, coklat dan sebagainya. 


Ruang untuk Cendol , Air Batu Campur. Ada pelbagai jenis topping yang menarik boleh kita letakkan dalam ABC kita tu, wajib cuba tau ianya sangat sedap dan menarik.Nieyl dah cuba ABC dia memang sedap ianya berkonsepkan layan diri, jadi korang boleh letak apa sahaja yang korang suka. Ciptalah ABC atau cendol citarasa korang sendiri nanti.







Hidangan pembuka selera sepeti rojak pasermur ke pemanis mulut sesejuk gelato dan banyak lagi semestinya menarik untuk dijamu orang semua orang. Semua dessert nieyl dah cuba memang sungguh sedap dan yang best setiap dessert yang disediakan cukup menarik decorationnya..Kadang-kadang rasa sayang pula nak makan..kekeke..



Kalau berbuka di kampung ataupun ada sesetengah kita mesti wajib ada kuih walaupun sejenis betul tak?Ok di restoran Funtasia ini terdapat pelbagai jenis kuih tradisional yang korang boleh rasa. Antaranya karipap, kuih lapis, badak berendam, seri muka, pelbagi jenis talam dan sebagainya. Jadi, sebab tu korang kalau nak rasa semua ini jangan lupa berbuka puasa di Bangi Resort Hotel. Okay!


Tauhu Sumbat


Speghetti Olio


Mix Salad


Begedil, telur masin, kerabu, ikan bilis tempe


Kimbap 


Ulam ulaman, sambal belacan, sambal tempoyak, sambal mangga , air asam


Tahun ini Restoran Funtasia menyediakan lebih dari 200 pilihan makanan Malaysia dan Antarabangsa . Dari hidangan pembuka selera yang dipamerkan di atas "Ferris Wheel"setinggi 12 kaki hingga kambing golek  bakar, Satay Malaysia, BBQ ala Mongolia. Di antara hidangan kegemaran di restoran Funtasia ini alah gyza Jepun, nasi goreng robo-wok, hidangan ekskusif sup tulang dan sup kambing, kari kepala ikan dan serawa durian. 


Pizza


Kalau ada yang tanya Bangi Resort Hotel di mana?Ianya terletak di Perbandaran Bandar Baru bangi yang kian pesat membangun, Bangi Resort Hotel ter;etak hanya 30 minit dari pusat bandar kuala lumpur dan juga KLIA. Kalau dari Putrajaya/Cyberjaya/Cheras dan kajang hanya 15 ke 20 minit sahaja jarak pemanduan. Korang jangan risau tentang parking sebab parkir adalah percuma dan kemudahan surau juga disediakan di tingkat 1 dan 2.

Harga Buffet Ramadhan

Tempahan secara online : RM85+(dewasa) dan RM42.50+ (kanak-kanak)
Tempahan secara call : RM90+(dewasa) dan RM45+(kanak-kanak)
Harga Biasa : RM120+(dewasa) dan RM60+ (kanak-kanak)

*setiap pelanggan dewasa untuk promosi buffet Cahaya Ramadhan,RM3.50 akan disalurkan ke Tabung Islamic Relief Malaysia

Untuk Tempahan

Call : 03-8210 2222
Website : www.bangiresorthotel.com



Facebook : Bangi Resort hotel 
Instagram : Bangi.resort.hotel 
Waze/ Google Maps : Bangi Resort Hotel





15 April, 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway

by on April 15, 2019

JOIN CLICK BANNER

Ucapan Untuk Abam Kie

" Selamat Ulangtahun Kelahiran Abam Kie, Semoga Allah sentiasa
memberkati dan melindungi Abam Kie sekeluarga. Semoga sentiasa
diberikan kesihatan yang baik, supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik anak bangsa.
Moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki selalu Amin " 

Hello Stalker

by on April 15, 2019

Assalamualaikum...Morning...
Susah klu dapat hidup ni ada stalker yg sentiasa nak cari kesalahan orang lain
Tak boleh nampak kesenangan orang lain...
Kesian orang macam ni macam tak cukup kasih sayang..
Berubahlah, kalau nak ramai kawan...
bukan ramai musuh...

12 April, 2019

Hobi Mengumpul Keychain Luar Negara

by on April 12, 2019
Hobi Mengumpul Keychain Luar Negara | Sebelum ni hobi nieyl adalah mengumpul setem, masih ada lagi buku setem dalam simpanan nieyl. Terlalu banyak setem lama-lama, cuma sekarang ni nieyl dah tak ada masa nak pergi ke pejabat pos nak beli setem. Bila zaman semakin canggih ni, nieyl ada hobi baru iaitu kumpul keychain dari luar negara. 

Kebanyakkannya bukan nieyl yang pergi melancong ke luar negara, tapi orang-orang sekeliling nieyl yang pergi, bos-bos, kawan-kawan dan sahabat -sahabat. Bila dieorang tahu hobi baru nieyl ni setiap kali pergi luar negara dieorang akan belikan satu keychain untuk nieyl. So far, walaupun negara yang sama tapi keychain tak pernah dapat yang sama lagi tau...


Selalunya nieyl akan publish keychain-keychain ni di workstation nieyl, so kawan-kawan pejabat memang tahu nieyl suka simpan keychain . Jadi bila tersusun cantik di dinding tu, selalu menjadi pemandangan yang indah untuk berangan hahahaha..

Meh nieyl tunjukkan dekat korang keychain yang nieyl dapat setakat hari ini, semuanya cantik dan nieyl ingat setiap mereka yang memberi ni. Ini adalah kenangan nieyl bekerja di jabatan ni..


Dari Dubai


Dari Vietnam


Dari Indonesia


Dari Itali


Dari Thailand


Dari Jepun


Bear  dari Korea
Bell dari Jepun


Dari Makkah


Dari London


Dari Egypt


Dari Krabi


Dari Hatyai


Dari Holland


Dari Paris


Dari Austaralia


Yang ni semua dari Malaysia

Ok itu je keychain yang setakat ni dalam simpanan nieyl. Insya'Allah moga akan datang bertambah lagi koleksi keychain nieyl . Ianya sekadar hobi yang mengembirakan hati nieyl. Ianya satu kepuasan walaupun tak pergi jejakkan kaki ke negara orang. Lain orang, lain caranya untuk kepuasan diri sendiri.