03 April, 2019

Kumpul Point Smile di Sushi King

Makan di  Sushi King | Weekend lepas nieyl spend time bersama mak dan family kakak , kebetulan memang plan kakak nak belanja nieyl makan Sushi King bulan lepas. Walaupun mak dia tak pernah makan Sushi King ni tapi kitaorang pilih makanan yang mak boleh makan. Husband nieyl tak dapat ikut sebab dia ada rewang kenduri dekat taman rumah MIL nieyl. 


Sebelum makanan yang di order tu sampai, selfie sikit untuk kenang kenangan. Ha..kalau tanya kenapa kulit nieyl putih dan bersih semuanya dari mak nieyl hihihi.. Cuma kembang tu tak ikut mak la..mak kita kurus je tinggi ...


Anak beranak ni kalau memilih menu memang berejam, kebanyakkan menu semua kakak yang order kitaorang sediakan perut untuk telan makanan je..hihihi..sementara nak tunggu main menu yang order sampai.. Kitaorang makan Sushi yang bergerak di landasan dia tu..


Time pergi tu dah pukul2.30 so, menu yang lalu pun tak berapa menarik, yang nieyl nak makan pun tak ada, nak order malas nak tunggu. Jadi, kita makan je apa yang ada. So far, mentah-mentah memang nieyl tolak tepi. Nieyl suka yang goreng-goreng je. Anak buah nieyl dia jenis yang boleh telan yang mentah-mentah tu...


Kacang ni dieorang kata sedap..ambil 2 pinggan sekelip mata habis hahaha..tinggal kulit je isi semua habis kena telan. Ada juga yang dah siap kopek kulit dia..


Ini bento yang nieyl pilih  , ada daging masak kicap , ayam mayonis , telur dadah stim , nasi dan air lemon madu. Aduhai...nasi dia tu sebenarnya tak boleh nak habiskan, sendat perut ..nasi dia cepat kenyang la.



Ini hasil piring-piring kosong dan isi dia dah selamat masuk dalam perut. Tak berapa banyak pun makan sebabnya dah makan bento tadi...lepas tu apa yang nieyl nak tu tak ada. Tak apa next time boleh pergi lagi.. So far, kalau nak makan Sushi King ni kena perut lapar dan jangan makan bento..hehehe..


Kepada korang yang suka makan sushi di Sushi King jangan lupa untuk download Apps Sushi King dan kumpulkan point smile untuk mendapatkan potongan harga. Macam nieyl pergi hari tu, nieyl dapat kumpul 195 point bersamaan RM9.. kalau RM9 ni boleh dapat 2 pinggan sushi..


Selain itu, dalam apps Sushi King korang boleh tengok setiap promotion yang terbaru dari Sushi King. So, jangan lupa download di Playstore atau google Play ..




4 comments:

  1. xpernah makan kat sushi king..:)

    ReplyDelete
  2. Kaella pun tak pernah makan sushi king ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan sushi Tengok orang makan macam sedap .Tapi nak try makan tu tak sanggup sebab tak pernah makan kan .

    ReplyDelete
  4. skarang yang pakai apps ni x pernah cuba lagi.. lama da x pegi makan sushi kat sushi king. hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)