23 April, 2019

Perhatian! Peraturan Baru Bila Nak Travel Ke Australia

Peraturan Baru Bila Nak Travel Ke Australia | Ramai pelancong ke Australia telah dibatalkan visa serta dipendekkan masa berada disana ini semua kerana kegagalan mematuhi peraturan baru negara tersebut dan membawa barangan yang kini dilarang. Peraturan yang baru ini telah dikuatkuasa pada 16 April bagi tujuan menjaga industri pertanian serta hidupan liar dinegara itu daripada serangan kuman dan penyakit .


Sekiranya kegagalan mengisytiharkan barangan tersebut boleh mengakibatkan korang dikenakan tindakan undang-undang seperti denda RM1.2 juta serta penjara 10 Tahun.

Antara barangan terkini yang dilarang dan memerlukan korang isytihar adalah ;-

  • Produk tenusu dan telur - roti, biskut dan coklat dibenarkan, produk tenusu seperti cheese dan mentega perlu diisytiharkan kepada imigresen ketika ketibaan.
  • Timbuhan dan barangan berasaskan tumbuhan - Tumbuhan hidup, lumpur settanah liat adalah dilarang. Biji benih dibenarkan dengan syarat memenuhi beberapa kriteria termasuk bebas serangga dan tiada tanda-tanda penyakit dan tidak tercemar.
  • Ubatan dan bahan kimia - Streroid dilarang sama sekali. Bahan kimia atau ubatan peribadi perlu surat doktor, Vitamin dan makanan sampingan, tembakau, cerut dan alkohol perlu diisytiharkan.
  • Segala jenis buahan, sayuran dan Teh - Segala jenis buah-buhan, sayuran sama ada segar ataupun beku mesti diisytihar. Ini termasuk jeruk, jem dan kurma. Manakala herba teh, ginseng dan rempah juga perlu diisytiharkan.
  • Kekacang dan Beras - Segala jenis kacang dan beras yang dahulunya dibenarkan dan kini perlu diisytiharkan dengan syarat dalam kuantiti yang kecil. Minyak masak dan sayuran juga perlu bersih daripada pencemaran tanah, tumbuhan dan haiwan.
  • Daging dan Makanan laut - Semua jenis ikan, daging dan makanan laut lain perlu diisytiharkan tidak kira dalam tin ataupun tidak. Kebenaran hanya diberikan jika makanan tersebut dari New Zealans ataupun bawa permit khas.
  • Binatang hidup , barangan berasaskan haiwan - hanya binatang yang dibenarkan dari beberapa negara sahaja yang dibernarkan di bawa masuk. Makanan haiwan dan barangan berasaskan haiwan seperti domplet dan beg kulit, kasuit , tanduk, bulu , sarang burung perlu diisytiharkan.
  • Peralatan dan barangan palsu - Peralatan seperti kasut hiking, joran dan semua yang mungkin dicemari tanah, biji benih dan air mesti diisytiharkan. Senjata api, mercun, penunjuk lazer, pemetik api juga perlu. Walaubagaimanapun peranti elektrik, keris, penyembur lada hitam dan barangan palsu adalah dilarang sama sekali.
  • Barangan bermusim dan perayaan - Barangan bermusim seperti buahan beku dan gula-gula dilarang. Kuih bulan tanpa daging pula dibenarkan asalkan dipakej secara komersial.
Moga lepas ini pelancong=pelancong lebih peka dengan peraturan baru Australia. Supaya tidak mengalami masalah perundangan ketika memasuki negara Australia. 


6 comments:

  1. mcm2 la plak yer. padahal nak holiday je.. emmm.

    ReplyDelete
  2. kalau nk ke negara org mmg kena study byk benda..kang kena thn kastam sana. sia2 je kang

    ReplyDelete
  3. Kena study dlu pasal negera yg nk pi tu untuk elak masalah kann.

    http://jajakaktus.blogspot.com/2019/04/phuket-hotels-yang-awesome.html?m=0

    ReplyDelete
  4. Oo..susah juga ye. Camni kalau nak pergi takboleh pergi camtu je. Karang ada yang kena caj hehe

    ReplyDelete
  5. Wah.. banyak ye yang tak boleh nak dibawa..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)