Buffet Cahaya Ramadhan 2019 Bangi Resort Hotel | Setiap tahun pada bulan Ramdhan pastinya ramai dikalangan kita yang mencari tempat-tempat berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai kan. Jadi, nieyl nak suggestkan korang cuba buffet Ramadhan di Bangi Resort Hotel.
Bangi Resort Hotel menyambut kedatangan Ramadhan 2019 dengan kepelbagaian adat dan tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran antarabangsa di Restoran Funtasia. Semarakkan semangat bulan Ramadhan bersama keluarga, sahabat handai dan kawan sekerja di restoran Funtasia yang mesra keluarga.
Funtasia ialah sebuah restoran berkonsepkan bufet yang menyediakan hidangan tempatan , barat dan bermacam lagi gerai di mana chef-chef hebat beraksi didepan mata para pelanggan menyediakan hidangan yang menyelerakan sekaligus menjanjikan pengalaman yang luar biasa seperti dia alam "Wonderland "kulinari.
Gambar di atas ini adalah makanan utama yang dihidangkan untuk para pelanggan restoran Funtasia yang berbuka puasa di sana antaranya ialah Cheese Butter Prawn, sambal paru, kari ikan dan lain-lain lagi yang sememangnya membangkitkan selesa berbuka puasa nanti.
Ruang yang sentiasa menjadi pilihan kanak-kanak apabila berkunjung ke Restoran Funtasia iaitu Candy Corner yang menyediakan popcorn, gula-gula, coklat dan sebagainya.
Ruang untuk Cendol , Air Batu Campur. Ada pelbagai jenis topping yang menarik boleh kita letakkan dalam ABC kita tu, wajib cuba tau ianya sangat sedap dan menarik.Nieyl dah cuba ABC dia memang sedap ianya berkonsepkan layan diri, jadi korang boleh letak apa sahaja yang korang suka. Ciptalah ABC atau cendol citarasa korang sendiri nanti.
Hidangan pembuka selera sepeti rojak pasermur ke pemanis mulut sesejuk gelato dan banyak lagi semestinya menarik untuk dijamu orang semua orang. Semua dessert nieyl dah cuba memang sungguh sedap dan yang best setiap dessert yang disediakan cukup menarik decorationnya..Kadang-kadang rasa sayang pula nak makan..kekeke..
Kalau berbuka di kampung ataupun ada sesetengah kita mesti wajib ada kuih walaupun sejenis betul tak?Ok di restoran Funtasia ini terdapat pelbagai jenis kuih tradisional yang korang boleh rasa. Antaranya karipap, kuih lapis, badak berendam, seri muka, pelbagi jenis talam dan sebagainya. Jadi, sebab tu korang kalau nak rasa semua ini jangan lupa berbuka puasa di Bangi Resort Hotel. Okay!
Tauhu Sumbat
Speghetti Olio
Mix Salad
Begedil, telur masin, kerabu, ikan bilis tempe
Kimbap
Ulam ulaman, sambal belacan, sambal tempoyak, sambal mangga , air asam
Tahun ini Restoran Funtasia menyediakan lebih dari 200 pilihan makanan Malaysia dan Antarabangsa . Dari hidangan pembuka selera yang dipamerkan di atas "Ferris Wheel"setinggi 12 kaki hingga kambing golek bakar, Satay Malaysia, BBQ ala Mongolia. Di antara hidangan kegemaran di restoran Funtasia ini alah gyza Jepun, nasi goreng robo-wok, hidangan ekskusif sup tulang dan sup kambing, kari kepala ikan dan serawa durian.
Pizza
Kalau ada yang tanya Bangi Resort Hotel di mana?Ianya terletak di Perbandaran Bandar Baru bangi yang kian pesat membangun, Bangi Resort Hotel ter;etak hanya 30 minit dari pusat bandar kuala lumpur dan juga KLIA. Kalau dari Putrajaya/Cyberjaya/Cheras dan kajang hanya 15 ke 20 minit sahaja jarak pemanduan. Korang jangan risau tentang parking sebab parkir adalah percuma dan kemudahan surau juga disediakan di tingkat 1 dan 2.
Harga Buffet Ramadhan
Tempahan secara online : RM85+(dewasa) dan RM42.50+ (kanak-kanak)
Tempahan secara call : RM90+(dewasa) dan RM45+(kanak-kanak)Harga Biasa : RM120+(dewasa) dan RM60+ (kanak-kanak)
*setiap pelanggan dewasa untuk promosi buffet Cahaya Ramadhan,RM3.50 akan disalurkan ke Tabung Islamic Relief Malaysia
Untuk Tempahan
Call : 03-8210 2222
Website : www.bangiresorthotel.com
Facebook : Bangi Resort hotel
Instagram : Bangi.resort.hotel
Waze/ Google Maps : Bangi Resort Hotel
Instagram : Bangi.resort.hotel
Waze/ Google Maps : Bangi Resort Hotel
menyelerakan, kami sampai tak ingat nak balik dah haaa hehehe. kids pun sakan makan sambil main
ReplyDeletehaha bila singgah entri preview ramadan mesti jadi lapar teruskan nieyl :)
ReplyDeletemenariknyalah tawaran buffet ramadan dia..
ReplyDeleteantara bufet ramadan yang kak ana suka. banyak pilihan dan semua sedap2 pulak tu. siap ada makanan jepun, cina dan western. memang puas hati lah.
ReplyDelete