16 April, 2019

Buffet Cahaya Ramadhan 2019 Bangi Resort Hotel

Buffet Cahaya Ramadhan 2019 Bangi Resort Hotel | Setiap tahun pada bulan Ramdhan pastinya ramai dikalangan kita yang mencari tempat-tempat berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai kan. Jadi, nieyl nak suggestkan korang cuba buffet Ramadhan di Bangi Resort Hotel


Bangi Resort Hotel menyambut kedatangan Ramadhan 2019 dengan kepelbagaian adat dan tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran antarabangsa di Restoran Funtasia. Semarakkan semangat bulan Ramadhan bersama keluarga, sahabat handai dan kawan sekerja di restoran Funtasia yang mesra keluarga.


Funtasia ialah sebuah restoran berkonsepkan bufet yang menyediakan hidangan tempatan , barat dan bermacam lagi gerai di mana chef-chef hebat beraksi didepan mata para pelanggan menyediakan hidangan yang menyelerakan sekaligus menjanjikan pengalaman yang luar biasa seperti dia alam "Wonderland "kulinari.




Gambar di atas ini adalah makanan utama yang dihidangkan untuk para pelanggan restoran Funtasia yang berbuka puasa di sana antaranya ialah Cheese Butter Prawn, sambal paru, kari ikan dan lain-lain lagi yang sememangnya membangkitkan selesa berbuka puasa nanti. 


Ruang yang sentiasa menjadi pilihan kanak-kanak apabila berkunjung ke Restoran Funtasia iaitu Candy Corner yang menyediakan popcorn, gula-gula, coklat dan sebagainya. 


Ruang untuk Cendol , Air Batu Campur. Ada pelbagai jenis topping yang menarik boleh kita letakkan dalam ABC kita tu, wajib cuba tau ianya sangat sedap dan menarik.Nieyl dah cuba ABC dia memang sedap ianya berkonsepkan layan diri, jadi korang boleh letak apa sahaja yang korang suka. Ciptalah ABC atau cendol citarasa korang sendiri nanti.







Hidangan pembuka selera sepeti rojak pasermur ke pemanis mulut sesejuk gelato dan banyak lagi semestinya menarik untuk dijamu orang semua orang. Semua dessert nieyl dah cuba memang sungguh sedap dan yang best setiap dessert yang disediakan cukup menarik decorationnya..Kadang-kadang rasa sayang pula nak makan..kekeke..



Kalau berbuka di kampung ataupun ada sesetengah kita mesti wajib ada kuih walaupun sejenis betul tak?Ok di restoran Funtasia ini terdapat pelbagai jenis kuih tradisional yang korang boleh rasa. Antaranya karipap, kuih lapis, badak berendam, seri muka, pelbagi jenis talam dan sebagainya. Jadi, sebab tu korang kalau nak rasa semua ini jangan lupa berbuka puasa di Bangi Resort Hotel. Okay!


Tauhu Sumbat


Speghetti Olio


Mix Salad


Begedil, telur masin, kerabu, ikan bilis tempe


Kimbap 


Ulam ulaman, sambal belacan, sambal tempoyak, sambal mangga , air asam


Tahun ini Restoran Funtasia menyediakan lebih dari 200 pilihan makanan Malaysia dan Antarabangsa . Dari hidangan pembuka selera yang dipamerkan di atas "Ferris Wheel"setinggi 12 kaki hingga kambing golek  bakar, Satay Malaysia, BBQ ala Mongolia. Di antara hidangan kegemaran di restoran Funtasia ini alah gyza Jepun, nasi goreng robo-wok, hidangan ekskusif sup tulang dan sup kambing, kari kepala ikan dan serawa durian. 


Pizza


Kalau ada yang tanya Bangi Resort Hotel di mana?Ianya terletak di Perbandaran Bandar Baru bangi yang kian pesat membangun, Bangi Resort Hotel ter;etak hanya 30 minit dari pusat bandar kuala lumpur dan juga KLIA. Kalau dari Putrajaya/Cyberjaya/Cheras dan kajang hanya 15 ke 20 minit sahaja jarak pemanduan. Korang jangan risau tentang parking sebab parkir adalah percuma dan kemudahan surau juga disediakan di tingkat 1 dan 2.

Harga Buffet Ramadhan

Tempahan secara online : RM85+(dewasa) dan RM42.50+ (kanak-kanak)
Tempahan secara call : RM90+(dewasa) dan RM45+(kanak-kanak)
Harga Biasa : RM120+(dewasa) dan RM60+ (kanak-kanak)

*setiap pelanggan dewasa untuk promosi buffet Cahaya Ramadhan,RM3.50 akan disalurkan ke Tabung Islamic Relief Malaysia

Untuk Tempahan

Call : 03-8210 2222
Website : www.bangiresorthotel.com



Facebook : Bangi Resort hotel 
Instagram : Bangi.resort.hotel 
Waze/ Google Maps : Bangi Resort Hotel





4 comments:

  1. menyelerakan, kami sampai tak ingat nak balik dah haaa hehehe. kids pun sakan makan sambil main

    ReplyDelete
  2. haha bila singgah entri preview ramadan mesti jadi lapar teruskan nieyl :)

    ReplyDelete
  3. menariknyalah tawaran buffet ramadan dia..

    ReplyDelete
  4. antara bufet ramadan yang kak ana suka. banyak pilihan dan semua sedap2 pulak tu. siap ada makanan jepun, cina dan western. memang puas hati lah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)