12 April, 2019

Hobi Mengumpul Keychain Luar Negara

Hobi Mengumpul Keychain Luar Negara | Sebelum ni hobi nieyl adalah mengumpul setem, masih ada lagi buku setem dalam simpanan nieyl. Terlalu banyak setem lama-lama, cuma sekarang ni nieyl dah tak ada masa nak pergi ke pejabat pos nak beli setem. Bila zaman semakin canggih ni, nieyl ada hobi baru iaitu kumpul keychain dari luar negara. 

Kebanyakkannya bukan nieyl yang pergi melancong ke luar negara, tapi orang-orang sekeliling nieyl yang pergi, bos-bos, kawan-kawan dan sahabat -sahabat. Bila dieorang tahu hobi baru nieyl ni setiap kali pergi luar negara dieorang akan belikan satu keychain untuk nieyl. So far, walaupun negara yang sama tapi keychain tak pernah dapat yang sama lagi tau...


Selalunya nieyl akan publish keychain-keychain ni di workstation nieyl, so kawan-kawan pejabat memang tahu nieyl suka simpan keychain . Jadi bila tersusun cantik di dinding tu, selalu menjadi pemandangan yang indah untuk berangan hahahaha..

Meh nieyl tunjukkan dekat korang keychain yang nieyl dapat setakat hari ini, semuanya cantik dan nieyl ingat setiap mereka yang memberi ni. Ini adalah kenangan nieyl bekerja di jabatan ni..


Dari Dubai


Dari Vietnam


Dari Indonesia


Dari Itali


Dari Thailand


Dari Jepun


Bear  dari Korea
Bell dari Jepun


Dari Makkah


Dari London


Dari Egypt


Dari Krabi


Dari Hatyai


Dari Holland


Dari Paris


Dari Austaralia


Yang ni semua dari Malaysia

Ok itu je keychain yang setakat ni dalam simpanan nieyl. Insya'Allah moga akan datang bertambah lagi koleksi keychain nieyl . Ianya sekadar hobi yang mengembirakan hati nieyl. Ianya satu kepuasan walaupun tak pergi jejakkan kaki ke negara orang. Lain orang, lain caranya untuk kepuasan diri sendiri. 

5 comments:

  1. hobi yang menarik, saya pun suka keychain gak hehe

    ReplyDelete
  2. dulu suka jugak kumpul keychain tapi hilang sebab letak dekat kunci pastu tercicir lah, putus lah sudahnya fedup nak kumpul hahaha

    ReplyDelete
  3. Comel sungguh semua key chain koleksi Nieyl..
    Samalah kita Nieyl, kebanyakkan key chain dari luar negara sis dapat dari office-mates dan pen-pal bukan melancong sendiri.. Selain postcard dan setem sis pun kumpul key chain & fridge magnet dari luar negara..

    ReplyDelete
  4. samalah kita. suka kumpul fridge magnet n keychain. seronok bila belek sbijik2.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)