Showing posts with label cenderahati. Show all posts
Showing posts with label cenderahati. Show all posts

10 October, 2024

Ole- Ole Sarawak

by on October 10, 2024

 

Ole- Ole Sarawak |  Hujung bulan 9 hari tu syida kena outstation dekat Kuching 3 hari. Bos dia siap tanya lagi "kamu pernah pergi kuching?", syida jawab tak pernah..Ok saya hantar awak ke Kuching ya 3 hari.. hahaha.. Kira oklah tu boss pagi peluang tu kan, jadi bekerja sambil jalan-jalan sana. Nieyl pun sarawak belum pernah sampai lagi, Sabah pernah sampai sekali.. Jadi, syida bagi ole-ole keychain dan fridge magnet. Keychain macam biasa nieyl akan gantung dekat dinding dan fridge magnet tu nieyl akan tampal dekat badan CPU ni hehehe..( tengah plan nak cari papap untuk fridge magnet) 

Dah alang-alang ke sarawak tu kan, benda wajib yang kena beli adalah Cake Mita ni. Nieyl kirim dekat Syida 2 kotak je. Nieyl suka cake ni tapi nieyl suka makan masa dia sejuk-sejuk. Nieyl tak suka makan masa dia suhu bilik. Sebab rasa dia lebih sedap kalau makan time sejuk-sejuk tu kalau tak percaya nanti korang try lah. Harga cake ni sekarang RM18.50 naik sikit sebab kos bahan mentah pun dah naik kan tapi ok je..benda sedap berbaloi pun beli sebab bukan selalu dapat nak ke sarawak tu kan hehehe..



01 August, 2023

Koleksi Keychain Luar Negara

by on August 01, 2023


Koleksi Keychain Luar Negara | Tak tahu la masih ada lagi ke orang yang suka mengumpul keychain macam nieyl ni. Kalau ada , kita genga la. Nieyl sejak dari zaman mula-mula masuk kerja gomen ni nieyl memang suka sangat kumpul terutama sekali keychain dari luar negara. Setiap orang mesti ada angan-angan nak pergi ke luar negara kan, cuma rezeki je mungkin belum sampai lagi. 

Bos-bos dekat pejabat selalulah holiday ke luar negara. Selalunya dieorang akan belikan nieyl keychain sebab dieorang tahu nieyl suka kumpul keychain dan dieorang selalu nampak koleksi keychain nieyl dekat workstation. Macam dalam gambar ni nieyl akan pamerkan sebab nampak cantik. Tapi biasanya kalau EKSA, nieyl akan simpan semuanya hahaha...

Setiap keychain yang nieyl kumpul takkan sama walaupun dari negara sama. hehehe baru nampak menarik kan kalau ada keychain yang sama boring orang nak tengok.Jadi, nieyl akan pilih yang nieyl tak pernah ada lagi. 




Masa ni bos suruh pilih nak Keychain yang mana dari LONDON. wah!banyak gila pilihan rambang mata nak pilih yang mana satu. Last-last ini yang menjadi pilihan nieyl.

Ini keychain terbaru boss nieyl pergi melawat anak dia dkt UK. 

Kalau korang, korang suka kumpul apa?

28 July, 2023

Koleksi Brooch Pemberian Dari Yang Tersayang

by on July 28, 2023


Koleksi Brooch Pemberian Dari Yang Tersayang | Teringat masa mula-mula nieyl nak ikut boss nieyl pindah ke agensi lain, bermacam-macam perasaan ada tau, biasalah bila di tempat baru ni kita tak kenal pun sesiapa lagi la time nieyl masuk tu PKP baru bermula. Tapi Alhamdulillah tahun ni nak masuk 3 tahun.. Bersyukur sangat nieyl dikelilingi dengan officemate yang semuanya baik-baik. Nieyl dilayan macam adik bongsu walaupun umur dah 35 tahun dah ni hehehe... 

Pegawai-pegawai nieyl semuanya baik-baik belaka, kalau ada mesyuarat ke, bengkel ke dekat luar kawasan mesti nieyl akan dapat ole-ole . Tak kisah barangan ke, makanan ke..walaupun nieyl belum ada rezeki kerja tetap, ini juga dikira rezeki disayangi oleh semua orang. Brooch yang atas sekali tu pemberian Kak Emmy, dia sangat baik dengan nieyl dan dia juga kopi hunter, food hunter pun dia juga, sebab dia boleh pergi merata untuk makanan. Kadang-kadang tu breakfast dekat selangor, makan malam dia dah ada dekat Penang. Magis!itulah kak Emmy...

Yang ni terbaru yang nieyl terima dari Dr. N dia kena bagi talk dekat Indonesia bulan lepas, jadi beli brooch dari sana, yang besar cantik tu nieyl hadiahkan dekat Mak nieyl, yang pink tu nieyl punya. Dr. N ni seorang yang sangat lemah lembut, nieyl tak pernah lagi dengar dia cakap marah-marah, dia layan nieyl sangat baik. Pernah sekali tu dia beli telekung SK untuk nieyl lepas tu dia bagi satu lagi telekung untuk mak nieyl juga.Allahuakhbar..terima kasih Ya Allah selalu hantar mereka-mereka yang baik untuk nieyl♥

Pin shawl ni nieyl tak ingat siapa yang bagi, kecil atau besar bukan menjadi masalah pun. Yang penting ingatan seseorang itu pada kita itu lebih berharga. Actually sebelum-sebelum ni pun banyak lagi brooch yang nieyl dapat tapi kadang-kadang tu terlupa nak snap, dah pakai dan ada juga yang hilang hehehe.. Tak tahu la macam mana tak nak bagi brooch-brooch ni hilang ya..Tak berdisiplin macam ni lah suka letak merata-rata. Korang pun sama tak macam nieyl, brooch hilang-hilang?


 

12 April, 2019

Hobi Mengumpul Keychain Luar Negara

by on April 12, 2019
Hobi Mengumpul Keychain Luar Negara | Sebelum ni hobi nieyl adalah mengumpul setem, masih ada lagi buku setem dalam simpanan nieyl. Terlalu banyak setem lama-lama, cuma sekarang ni nieyl dah tak ada masa nak pergi ke pejabat pos nak beli setem. Bila zaman semakin canggih ni, nieyl ada hobi baru iaitu kumpul keychain dari luar negara. 

Kebanyakkannya bukan nieyl yang pergi melancong ke luar negara, tapi orang-orang sekeliling nieyl yang pergi, bos-bos, kawan-kawan dan sahabat -sahabat. Bila dieorang tahu hobi baru nieyl ni setiap kali pergi luar negara dieorang akan belikan satu keychain untuk nieyl. So far, walaupun negara yang sama tapi keychain tak pernah dapat yang sama lagi tau...


Selalunya nieyl akan publish keychain-keychain ni di workstation nieyl, so kawan-kawan pejabat memang tahu nieyl suka simpan keychain . Jadi bila tersusun cantik di dinding tu, selalu menjadi pemandangan yang indah untuk berangan hahahaha..

Meh nieyl tunjukkan dekat korang keychain yang nieyl dapat setakat hari ini, semuanya cantik dan nieyl ingat setiap mereka yang memberi ni. Ini adalah kenangan nieyl bekerja di jabatan ni..


Dari Dubai


Dari Vietnam


Dari Indonesia


Dari Itali


Dari Thailand


Dari Jepun


Bear  dari Korea
Bell dari Jepun


Dari Makkah


Dari London


Dari Egypt


Dari Krabi


Dari Hatyai


Dari Holland


Dari Paris


Dari Austaralia


Yang ni semua dari Malaysia

Ok itu je keychain yang setakat ni dalam simpanan nieyl. Insya'Allah moga akan datang bertambah lagi koleksi keychain nieyl . Ianya sekadar hobi yang mengembirakan hati nieyl. Ianya satu kepuasan walaupun tak pergi jejakkan kaki ke negara orang. Lain orang, lain caranya untuk kepuasan diri sendiri. 

29 September, 2016

Souvenir from Turki

by on September 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Souvenir from Turki | Siapa dapat peluang pergi travel jauh-jauh tu, pergi la..sebab boleh belikan macam² souvenir untuk nieyl nanti..hihihi. Bestnya dapat jejakkan kaki ke negara orang sambil mengembara bersama kawan-kawan. So, kali ni nieyl dapat 2 souvenir dari kakak opis yang baru balik dari holiday dekat Turki dan Istanbul..



Ini nama dia turkish delight, sebelum ni pernah makan juga yang ori dari sana. Ini kali kedua nieyl dapat makan makanan dari sana. Dalam kotak tu ada 3 perisa, delima,madu dan satu lagi tak sure apa..biasalah rasa dia sangat manis bila sampai dekat tekak..kena banyak minum air lepas makan..hihi..

Boleh tengok dalam manisan tu ada kacang pistachio, hazelnut pun ada,pelbagai kacang dalam satu jenis tu. So,dia cover rasa manis tu. kalau berpeluang,try laaa..

Sambil-sambil makan turkish delight nie dengar story pengalaman di negara orang, tengok gambar-gambar dieorang dekat sana,tempat dieorang melawat dan yang best dieorang dapat naik air balloon macam dalam filem cinta di cappadocia tu...wah!seronoknya...tapi harap maklum nya harga dia tersangat lah mahal, kata kakak opis tu harga dekat 1k duit malaysia..huhuhu...



Okey untuk penutup tahun nie,dapat souvenir FM dari Istanbul dan beg duit syiling dari turki...Cantik sangat. Alhamdulillah...kakak opis nie kalau pergi travel tak pernah lupa belikan FM dan souvenir lain...Thank you...thank you kak naz dan kak aya...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

12 November, 2013

Souvenir lagi...made in korea

by on November 12, 2013
Salam..
Selamat Petang..
mengantok nyer mate..lepas makan mcnie la...
Sejak2 nie murah rezeki...
selalu dapat Souvenir...
terima kasih pada yang ingat kat nieyl yea..:)

seindahcerita: Target bulan depan nak beli tv 50' :)

01 November, 2013

Souvenir From Phuket

by on November 01, 2013
Salam..
Sebelum ape2 pun..
nak cakap..selamat bercuti la yea...
nieyl akan naik keje hari rabu..
bestnyer laaaa....indahhh hidupppku...

Alhamdulillah...dapat Souvenir lagi..
kali nie bukan FM lagi...
hihihi~up ckit yea...:)


TQ bos :)

seindacerita: rasa mcm nak bagi follower yang bertuah hadiah la.. :)

20 August, 2013

Tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia?

by on August 20, 2013
Salam..
Selamat pagi selasa..
Alhamdulillah..malam tadi nieyl sempat beraya seorang member nieyl..
mampu raya 1 umah je semalam..
yela..nak raya banyak umah..
esok pagi nyer keje..kang de yang x bangun g keje kang..hihihi

oklah..nieyl nak review ckit la pasal petang smlm..
balik-balik aje keje..
dapat benda2 nie..
wah!teruja kot..
ade mug, keychain ngan FM..
dari Australia..hihi~
Tq yen...

seindahcerita: keje semakin hari semakin mencabar..

19 March, 2013

| dapat souvenir lagi |

by on March 19, 2013
Salam...
Selamat tengah hari..
kalau dapat souvenir siapa la yg x senyum sokmo kan..hehe
lelagi tempat yang x mungkin kite akan dapat pergi...
hihihi~ala..sure nyer nieyl x dapat pegi tempat tuh..

malam tadi nieyl kan ade tetamu mai umah...
wah~petang bersilat kat dapur memasak...
siap nyer maghrib...siap jugak...
tetamu nyer mai kol8 lebih gituh...

ala..masak simple aje..
Bihun sup ajo...
jadi ler kan..hihi..
actually kakak nieyl yg Fiji tuh dah de kat Malaysia da..
die balik cnie tok bersalin..
due die awal bulan 5 kang..
lepas abis pantang kan..balik semula ke Fiji tuh...
tahun depan baru balik cnie semula..Insya'Allah..

Nak tgk ape die beli tok nieyl??
:
:

"part nie mmg la nieyl suke gler"
"yg nie pun khas dr Fiji for nieyl ngan mr.husband"

Bukan itu aje...
smlm nieyl tetibe lak teringin nak makan big apple..
kakak nieyl sanggup p Alamanda beli..
wah!terharu nyer..die takut adik die kempunan...haha~
tapi itu la bler teringin tuh..dah nampak depan mate..xmo makan plak...
adeh..masuk ler peti sejuk tuh..
balik kang baru nak makan... :)

seindahcerita : hepi sbb dapat berita adik nieyl kat Lahad Datu tu nak balik dahh :)

28 December, 2012

|from korea|

by on December 28, 2012
Salam..
selamat tgh ari..
hihihi~arini nieyl murah rezeki...
dapat lagi ole-ole from korea..
dari pegawai nieyl baru balik dr holiday kat sane...:)
sweet kan...

ari-ari tgk airasia.com
ari-ari check tiket..
tapi x jgk pegi-pegi..hahaha

seindahcerita: petang nie de makan mee kari kat umah ibu mertua..:)



19 November, 2012

|nak pegi..xtaw la bler...|

by on November 19, 2012
Salam..
selamat tengah ari semua...
arini nieyl dah start diet semula...
diet mcm nak kwen aritu la...
sbb nyer..sebelum kawen berat nieyl 74kg..(..berat kan..)
lepas kwen nie..sekali timbang ha..amekaw 80kg... (..nak pengsan..)

Bukan keran terpakse nak diet nie...
cume ade kesedaran diri atas kesihatan sendiri...
arap2 boleh la turun kan seberapa yang byk..
lepas tu da leh maintain...
hihihi~
doakan nieyl k...

oklah berbalik pada tajuk nieyl kat atas tuh...
nieyl mmg teringin sgt nak ke Singpore tuh...
tapi byk perkara yang menghalang untuk ke sana...
so, x dpat pergi pun x pela...
dapat FM dr sane pun ok dah..wat kenangan...hihi~
kawan nieyl bagi.. :) 
bertambah lg koleksi en.husband...

seindahcerita: x sabar nak bercuti lg hujung bulan nie..