10 October, 2024

Ole- Ole Sarawak

 

Ole- Ole Sarawak |  Hujung bulan 9 hari tu syida kena outstation dekat Kuching 3 hari. Bos dia siap tanya lagi "kamu pernah pergi kuching?", syida jawab tak pernah..Ok saya hantar awak ke Kuching ya 3 hari.. hahaha.. Kira oklah tu boss pagi peluang tu kan, jadi bekerja sambil jalan-jalan sana. Nieyl pun sarawak belum pernah sampai lagi, Sabah pernah sampai sekali.. Jadi, syida bagi ole-ole keychain dan fridge magnet. Keychain macam biasa nieyl akan gantung dekat dinding dan fridge magnet tu nieyl akan tampal dekat badan CPU ni hehehe..( tengah plan nak cari papap untuk fridge magnet) 

Dah alang-alang ke sarawak tu kan, benda wajib yang kena beli adalah Cake Mita ni. Nieyl kirim dekat Syida 2 kotak je. Nieyl suka cake ni tapi nieyl suka makan masa dia sejuk-sejuk. Nieyl tak suka makan masa dia suhu bilik. Sebab rasa dia lebih sedap kalau makan time sejuk-sejuk tu kalau tak percaya nanti korang try lah. Harga cake ni sekarang RM18.50 naik sikit sebab kos bahan mentah pun dah naik kan tapi ok je..benda sedap berbaloi pun beli sebab bukan selalu dapat nak ke sarawak tu kan hehehe..



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)