02 October, 2024

Mudah teracun betul

Mudah teracun betul | Kuasa membeli adalah di tangan pengguna betul tak tapi kalau asyik lalu je beli lalu je beli rasa-rasanya macam kena unistall lah apps ni hahaha... Diri ku memang tak kuat menahan godaan TikTok lah macam mana nii weh...

Baru ni lah tengok syok-syok layan mata tengok Tiktok iklan benda alah ni lalu. Terus terhenti nak scroll dan terus tengok review terus habis lepas tu terus je klik..klik..tahu-tahu sampai dekat rumah hahaha. Husband dah jeling sampai kutub utara dah tu. Dia tanya ha beli apa lagi tu hahaha....

Dengan muka tak bersalah, nieyl cakap ni ha beli alat cuci tingkap hahaha..rumah siapa yang masih pakai tingkap nako?sebenarnya kan nieyl tak suka pakai tingkap nako ni..sebab jenis bukan orang yang rajin setiap bulan nak cuci tingkap hahaha.. Biasanya bila nak raya baru la masing-masing nak cuci tingkap tu. Doakan kalau ada rezeki, nieyl nak tukar tingkap nako tu..tak nak pakai dah sebab dia punya pembuka tu suka patah..

Ok macam ni lah rupa alat pencuci tingkap nieyl beli tu. Yang hitam tu span dia, satu nieyl beli extra yang 1 lagi tu dia bagi free. 

Nak pasang span tu senang je dia ada clip just masukkan je dalam lubang yang dah disediakan.
Ni kalau nak kepit dia nanti just tarik je benda yang macam penarik pistol tu, nanti dia akan auto terkepit dan kedalam.
Sebelum tu nieyl nak test dulu, funtion ke idak benda alah ni kan. First nieyl basahkan dulu span dan tarik punat tu ke dalam untuk dia perahkan air dalam span tu. kemudian bolehlah kita kepit dia. Tapi nieyl rasa sebelum ni pun ada yang jenis manual tu kan, masa zaman sekolah selalu guna untuk bersihkan tingkap sekolah. Cuma yang ni macam canggih sikit la hahaha..

Nieyl suka benda ni juga sebab dia boleh adjust mengikut kesukaan hati kita macam mana nak mengayakan semasa mencuci tingkap asalkan tingkap kita bersih hahaha.

Yang ni nieyl try bersihkan cermin pintu rumah nieyl pula. Mengada-ngada nak bersihkan guna benda ni sedangkan kalau ko ambil kain lepas tu lap je pun lagi senang hahaha..Apa-apa pun kan, benda ini berguna untuk orang-orang tak berapa rajin seperti nieyl hahaha dan anak-anak pun boleh guna senang dan mudah nak handle. Harga dia pula RM3.79 sahaja. Beli di Apps TikTok just search Mini Squeeze Mop Portable Cleaning. 

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)