23 October, 2024

Plan Boarding Outing

Plan Boarding Outing | Sejak balik jalan-jalan JB tu, kiteorang bertiga dah lama tak bertentang mata berenam sebab masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Lagi-lagi si Afika tu dia semakin sibuk sejak duduk BP semula. Bekerja lepas tu dia sekarang layan gym, setiap hari nampak status dia pergi main gym. Lepas tu dia pergi travel sana sini. Kalau dia datang Cyberjaya pun tak sempat kitaorang nak jumpa sebab dia rushing jumpa kakak dengan anak buah dia lepas tu balik ke Batu Pahat semula. 

Yang si syida pula walaupun nieyl dengan dia satu opis tapi jarang-jarang dapat jumpa dia. Sebab dia sekarang pun sibuk meeting , bengkel dekat luar. Macam semalam pun nak jumpa, dia kerja duty dekat Parlimen , tapi pagi tadi naik lif terjumpa dalam lif hahaha..

So, nieyl tengah plan nak ajak dieorang jumpa sebagai penutup 2024 kononnya. Kalau tak buat plan, memang payah nak jumpa. So, nieyl tadi dah bagi suggestion date untuk kita bertiga berjumpa. So far, nampak positif date yang nieyl bagi tu. Now, nieyl nak fikir apa aktiviti yang kita boleh buat seharian nanti. So far dah ada beberapa yang bermain di fikiran nieyl hehehe.. Semoga perancangan yang baik ini dipermudahkan..Aminn

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)