11 October, 2024

chicken wrap tortilla

 

Chicken wrap tortilla | Jumaat dah hari ni,pagi ni nieyl buat wrap lagi cuma kali ini buat style lipat pula, hari tu nieyl buat gulung kan. So, hari ni nieyl guna bahan utama ayam, salad, telur dan tomato . Bahan lain tu Chili Mayo, Sos cili sikit dan Chili flake. 

Semalam nieyl buat ayam grill kan. Untuk hari ni terasa macam nak makan ayam pedas-pedas crispy macam tu. So, nieyl goreng ayam dengan tepung beberapa pcs je buat syarat nak bagi sedap bila makan wrap nanti. 

Untuk wrap tu nieyl masak macam telur dadar tu ( lada sulah sikit, Chili Flakes sikit) . Kemudian nieyl akk potong sikit buat garisan, untuk senang nak lipat nanti.. Dekat side ayam tu nieyl letak Chili Mayo dan dekat salad tu nieyl letak tomato dengan sos cili sikit. Kemudia lipat segi tiga..

Serius..sedap dan kenyang sekarang ni. Mata pun adoi la kuyu pula dia hahaha. So, sesiapa yang tak ada idea nak buat menu breakfast..bolehlah try buat macam nieyl ni, simple je bahan-bahan ni.. Selamat Mencuba..



1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)