21 October, 2024

Pepahat atau Siput Buluh

Pepahat atau Siput Buluh | Siapa suka makan pepahat ni?Selalunya ada dekat restoran seafood benda ni tak pun dekat kedai makan yang dekat-dekat dengan pantai. Kalau dekat tempat ni selalu ada dekat Bagan Lalang. Petang semalam husband nieyl cakap dia nak pergi banting , tengok pekerja dia ( orang asli) mancing dan cari pepahat, mana tahu dia kata boleh beli hasil dia. 

Sebelum ini pekerja husband nieyl ada bagi juga tapi dah lama dah rasanya. Pekerja husband nieyl ni bagus tau, kadang-kadang hasil tangkapan dieorang, sikit mesti dia akan bagi dekat husband nieyl. Tapi husband nieyl dia akan ambil tapi dia akan bagi duit poket dekat orang tu, tak kisahlah rm10 ke rm20 ke kan, sebab husband kata mesti penat cari-cari benda ni guna tenaga walaupun orang asli tu dia tak minta pun duit tapi sebagai manusia, kita kena ada common sense lah pada benda-benda macam ni kan.

So, balik petang semalam husband nieyl tunjukkan hasil yang dia dapat beli dari pekerja dia tu. Alhamdulillah, banyakk..seronok nieyl tengok. Plan petang ni nak masak untuk makan malam tapi tak ada idea lagi nak masak apa..korang pernah masak tak?ce lah bagi idea dekat nieyl masak apa yang sedap pepahat ni. 


 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)