03 October, 2024

Burger & Taco Di Tamarind Square

 

Burger & Taco Di Tamarind Square | Nak kata selalu sangat keluar lunch hari jumaat tu sebulan tu adalah sekali ataupun 2 kali itupun sebab time gaji. Kalau tengah bulan duduk jela office tu 3 jam ya hehehe. So, jumaat lepas nieyl memang plan tak nak makan nasi nak try makan burger dekat salah satu kedai yang nieyl baru jumpa masa jalan-jalan dengan syida bulan lepas. Nama kedai ni Burger & Taco dia dibahagian atas tamarind square. Kebiasaannya orang tertumpu kedai-kedai dibahagian bawah, atas ni macam suram sikit tapi sebenarnya ada je kedai-kedai makan best dekat bahagian atas. 

Biasalah nieyl sebelum nak pergi sini, nieyl research sikit makanan apa yang orang selalu try. Yang itulah yang nieyl nak try. Jom tengok apa yang nieyl order, oh ya nieyl pergi 3 orang. Syida dan kak emmy. Ini first time kak emmy join nieyl dengan syida pergi lunch. Lepas dah order tu, kita santai-santai sembang sambil melihat sekeliling kedai ni, cantik decoration dia. 

Dia ada juga sediakan kerusi tinggi dan meja ni kalau-kalau ada orang yang nak makan sambil menikmati pemandangan diluar tu kan. Macam nieyl tak suka duduk kerusi tinggi ni sebabnya susah sis i nak naik hahahaha..

Masa nieyl sampai tu orang tak ramai lagi jadi bolehlah pilih tempat yang best-best . Ok yang ini bahagian depan kaunter. 

Ok makanan dah sampai. Untuk kak emmy dia pilih set Chicken Quesadilla + Fries dan mineral water sebab dia cakap nak beli coffee balik tu, last-last kenyang tak jadi beli coffee. Syida pula dia order Chicken Burrito + Fries dan air grape tin. Dan last sekali nieyl punya order hahahah..gambar seperti di bawah...

Ini nieyl punya, nama dia Match made in Heaven + Fries dan air milkshake chocolate. Terbelit-belit nak sebut nama makanan dia. Jangan haraplah disebut, kita pakai tunjuk-tunjuk je hahaha..

Nak cakap, fries dia sedappp besar-besar masa sampai tu panas-panas lagi, yang itu dulu kitaorang bertiga makan sampai habis. Syida pula makan wrap dia tu tak habis dan budak ni kalau makan kan mesti tak habis tau..geram hahaha...sebab itulah kalau travel dengan syida ni makanan tu memang lebih baik beli sorang 1 jenis dan kongsi je sebab dia memang takkan habis selalunya jadi mangsa kalau tak nieyl si afika hahaha.  Kak emmy pun tak habis wrap pizza dia tu, dia makan 2 keping je, sekeping lagi take away , nieyl yang kena bawa balik. 

Gambar adalah wajib ambil sebab tandanya nieyl dah sampai sini. So far, makanan dia sedap dan banyak je lagi pilihan yang boleh di makan. Burger tu untuk nieyl boleh kongsi 2 orang kot, sebab nieyl makan seorang tu pun terasa kenyang sangat-sangat sampai tak boleh nak beli coffee lepas tu. 

Ada lagi 2 tempat dalam tamarind ni yang nieyl singgah bulan lepas haha, balik-balik muka nieyl hehehe tapi kedai yang berlainan. Nieyl kan suka mencuba kedai baru. Nanti nieyl shareee..nasib baiklah ada Syida boleh layan nieyl..hehehe











No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)