22 October, 2024

Biskut Timbang


Biskut Timbang  | Sekarang ni nieyl suka beli biskut timbang. Setiap hari sabtu kan nieyl akan ke Pasar Borong selangor untuk beli barang basah dan kering untuk seminggu. Selesai memberi barang basah, nieyl akan singgah kedai Balaji dekat Pasar Borong tu, untuk beli bawang merah, ikan bilis, ikan masin dan biskut timbang. Dekat kedai Balaji ni ada macam-macam jenis biskut timbang, yang menjadi kegemaran nieyl ada 2 jenis. Iaitu Julies Peanut butter, selalunya nieyl akan beli dalam Rm5 itupun dah banyak dah, cukuplah makan seminggu dekat rumah. 

Ha..macam ini rupa biskut peanut butter dia, rasa masin-masin lemak. Biskut ni kalau dekat rumah nieyl memang laku keras selain biskut craker biasa tu. 
Yang kedua, biskut julies juga Finger Lemon Cream. Yang ni pun sedap juga ada rasa lemon cream. Yang ni pun nieyl beli untuk seminggu je. 

Nieyl beli untuk seminggu je, sebab nieyl memang setiap minggu akan membeli. Kadang-kadang nieyl tukar biskut lain yang nampak sedap. Banyak je pilihan yang boleh dibeli dekat situ. Rumah nieyl biskut memang laku keras sebab kadang-kadang husband tak nak makan nasi, dia akan makan biskut sama juga dengan mak nieyl. Cuma nieyl je tak berapa sangat, makan tu makan tapi bukan jenis yang makan hari-hari la..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)