04 October, 2024

Selamat Maju Jaya Kak Nija

Selamat Maju Jaya Kak Nija | Walaupun nieyl dah berpisah dengan bahagian nieyl yang lama tu, dieorang sentiasa dekat dengan hidup nieyl. Sesekali tu nieyl akan singgah ziarah kakak-kakak dekat situ so, group whatsapp pun masih kekal lagi dalam tu. 30 September merupakan hari terakhir salah seorang kakak nieyl akan meninggalkan jabatan untuk meneruskan impian sambung study di UTM . 

Kak nija ni sebenarnya nieyl dah kenal dia dah lama sangat. 2009 masa di jabatan lama nieyl, kemudian dia berpindah keluar, dan kita bertemu kembali 2020 di jabatan yang baru dan sehinggalah 2024. 2020 masa nieyl masuk sini tu kita satu bahagian dan juga kak nja pernah menjadi penyelia nieyl setahun dua macam tu. 30 hari bulan tu sebelum balik, nieyl singgah bahagian lama nieyl nak jumpa kak nija dan bergambar sebagai kenangan..Lepas tu dia kasi nieyl hadiah, ala..ala sweet sangat ni...

Kalau dekat bahagian lama nieyl dulu.. Kak ziehan (PA), Kak nija (PTB) dan Nieyl (PT) kami 3 orang ni kiranya orang kuat bahagian lah...yang paling dekat dengan pengarah. Elok la tu tinggi pun lebih kurang hehehe. 

Ni dengan kakak-kakak bahagian lama nieyl, dieorang ni semua best..ramai lagii tapi petang tu yang ini je yang ada dekat office..

Bila tengok gambar ni kan, sedih, sebak, rindu semua adalahhhh...sebab kitaorang ni very close each other. 

Walaupun dah berlainan bahagian, dieorang kalau ada apa2, diaorang akan ajak nieyl join hahaha.. Jadi tak adalah nieyl rasa sunyi sangat dekat jabatan baru ni. Bahagian nieyl semakin sunyi sebab ramai yang berpindah keluar, cuti belajar. Semoga ikatan ukhwah ini akan kekal sampai bila-bila. 



 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)