24 October, 2024

Kisah di Hospital

 

Kisah di Hospital  | Kisah semalam nieyl minta kebenaran bos untuk keluar awal sikit waktu lunch untuk ziarah bekas pegawai nieyl di bahagian lama nieyl. Nieyl panggil dia kak aisyah, sekarang ni dia buat phD dan cuti study. Minggu lepas, nieyl dapat info dari group yang kak aisyah warded di Hospital Putrajaya, Dr. suspek kuman dalam darah tapi belum confirm lagi setakat semalam. 

So, semalam nieyl pergi ziarah kak aisyah, bersama kak milah dengan kak emmy. Waktu melawat jam 12.30 tgh hari sampai pukul2 petang. Masa sampai ward tu ramai orang yang datang ziarah kak aisyah. Jiran-jiran, cikgu-cikgu sekolah anak dia. Masa ni kak aisyah dia macam tak sedar, mungkin Dr. baru bagi ubat dekat dia untuk dia berehat, dia macam sedar tak sedar bila orang panggil dia. 

Sebelum balik, nieyl bisik dekat kak aisyah , nieyl doakan semoga kak aisyah cepat sembuh dan sabar dan tabah..Lepas tu nieyl beransur keluar dari ward.

Siapa kenal nieyl, tahu lah kalau sesiapa yang pergi hospital putrajaya nieyl akan order pau hospital. Tak tahulah kenapa suka sangat dengan pau hospital ni. So, semalam sebelum keluar dari hospital teruslah menuju ke kedai yang menjual pau ni tapi malang nasib ku pau belum masak..sedihnya tak dapat makan pau hospital semalam. 

Disebabkan hati kita sedih tak dapat makan pau hospital tu, kita bawa diri menuju ke pintu keluar, on the way tu ternampak dah masa datang tadi mesin kopi. Jadi, marilah kita mencari sedikit kegembiran dengan coffee. Ini kira first time nieyl guna coffee machine brand ni. Seperti biasalah fav nieyl adalah latte so, kita try Ice latte dia. 

Apa yang nieyl suka brand ni, kita boleh control tahap coffee, gula dan susu mengikut selera kita guys. So, macam nieyl suka tahap sedang-sedang je semua, so nieyl tak ada nak ubah apa-apa pun. Macam kak milah dia tak nak gula, jadi dia 0 gula. Lepas air dah siap, kita ambil dekat tempat dia tu, dan tutup sendiri dekat sebelah tu ada disediakan penutup dan juga sarung coffee yang comel.

Ha..macam nieyl tunjuk ni, nampak macam beli dekat kedai coffee kan padahal kita beli dekat coffee machine je. Nieyl ambil gambar coffee machine ni nak minta office nieyl sediakan machine ni dekat lobby office hahaha..cuba nasib...

Lepas settel hal hospital, kitaorang singgah makan dekat paparich dan nieyl makan kuey tiew goreng je cepat dan sedap. Air sejuk kosong je kitaorang bertiga order sebab masing-masing dah minum coffee. Ok begitulah kisah nieyl semalam, korang doakan kak aisyah kembali sihat ya dan boleh kembali menjaga anak-anak dia dan mak dia. Amin.. 









No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)