04 October, 2024

Ole-Ole Thailand


Ole-Ole Thailand | Bulan lepas ramai betul nieyl tengok orang pergi melancong ke Thailand. Salah seorangnya anak buah nieyl, dia dengan kawan-kawan tempat kerja dia pergi ke Krabi 3 hari 2 malam. Balik tu adalah dia bagi nieyl ole-ole dari Krabi tu. Ada keropok, ada keychain gajah, Fridge Magnet, ada beg duit syiling dan juga shawl. 

Lepas tu afika pun ikut makcik dia pergi ke Thailand rasanya dia pergi Hatyai. Kebetulan kakak si Afika ni memang kerja satu building dengan nieyl, dulu kakak dia satu bahagian dengan nieyl juga. Kakak dia balik ke kampung, so afika kirim la ole-ole dari Thailand juga untuk nieyl dan Syida. Walaupun jauh dimata, tetap di hati..Alhamdulillah. 

Semua benda corak gajah dan Shawl dekat rumah yang anak buah nieyl bagi tu pun corak gajah. Lawaklah nak pakai bila tu pun tak tahu hahaha..ke simpan je buat kenangan..


 

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)